PROGRAM HEALTHY IS THE NEW HAPPY ANJURAN BERSAMA NATUGEE & MRS MALAYSIA WORLD 2019 - KEUNGGULAN WANITA LIFESTYLE AUTHOR TRAVEL BLOG

Selasa, 29 Oktober 2019

PROGRAM HEALTHY IS THE NEW HAPPY ANJURAN BERSAMA NATUGEE & MRS MALAYSIA WORLD 2019



Happy and terasa teruja bila dapat hadir Program Healthy Is The New Happy!A Better You Today adalah anjuran bersama antara Natugee, International Organic Skincare dengan Mrs Malaysia World 2019 yang diadakan di Furama Bukit Bintang Kuala Lumpur. Program ini diadakan bersempena dengan bulan istimewa untuk memperingati dan memberi kesedaran mengenai   kanser payudara.


Program Healthy Is The New Happy!A Better You Today ini sangat memberi manfaat kepada hadirin yang hadir terutamanya wanita-wanita untuk mendengar tentang tip-tip kesihatan dan kecantikan setiap wanita baik yang muda ataupun warga tua dalam menangani isu-isu dan masalah fizikal dan mental yang dihadapi oleh setiap wanita serta betapa pentingnya peranan seorang wanita dalam membentuk pemimpin masa depan demi keharmonian.


Sepanjang acara ini ianya banyak mengetengah isu-isu kesihatan mental di kalangan wanita yang kini jumlahnya semakin meningkat dan sangat membimbangkan jika kita tidak segera mengatasinya.


Oleh itu, menurut Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Natugee Sd, Bhd. Puan Rena Rifaee, seorang wanita memikul peranan yang besar hingga mengabaikan kesihatan diri sendiri.
"Bukan sahaja sebagai isteri dan ibu tetapi dalam masa yang sama mereka juga anak kepada orang tuanya, pekerja atau juga dia memiliki perusahaannya sendiri, dia adalah majikan. 'Topi' mereka kerap kali bertukar pakai bererti tanggungjawab yang perlu dilaksanakan juga semakin bertambah. Jika mereka tidak tahu cara untuk mengendalikan emosi dengan baik, ia menyebabkan depresi," katanya.
Oleh sebab itu, penting untuk setiap wanita memastikan kesihatan sentiasa baik, bukan sahaja fizikal tetapi juga kesihatan mental kerana ia memberi impak ke atas diri sendiri dan mereka di sekelilingnya.
"Kami ingin membantu para wanita dengan mencipta kesedaran mengenainya dan seterusnya membina keyakinan dan kekuatan diri dalam menempuh cabaran dunia hari ini," tambahnya.
Inilah yang menjadi faktor pelbagai pengisian dalam acara 'Healthy is The New Happy! A Better You Today'. Terdapat 3 Sesi perkongsian maklumat bersama peserta yang hadir iaitu:

Sesi Pertama:   Dr Linda Mat Hassin (A Certified Advance Hormones Therapy & Women Wellness Medical Doctor) - A New Formula for The Happiness.



A New Formula for The Happiness memberi pendedahan kepada peserta mengenai simptom ketidakseimbangan horman yang dapat memberi kesan kepada kesihatan dan gaya hidup seseorang.



Sesi Kedua:  Puan Rena Rifaee (Founder and CEO of Natugee Sdn Bhd. Organic Skincare Formulator and Advocate for Natural Beauty & Women Empowerment) - How To Read The Label and The 5 Misconseptions about Skin Care.


How To Read The Label and The 5 Misconseptions about Skin Care mendidik wanita bagaimana hendak membaca label pada setiap packaging cosmetic dan mendidik wanita mengenai salah tanggapan mengenai produk penjagaan wajah.



 Sesi Ketiga:  Forum Panel A New Formula For Happiness pula membincangkan mengenai kesihatan kulit, hormon, pengurusan stress dan kesihatan mental. Ianya terdiri dari 4 ahli panel iaitu Puan Rena Rifaee, Dr Linda Mat Hassin, Datin Harveen Kaur dan Datin Diana Danielle.



Best juga bila mendengar pendapat dan nasihat setiap ahli panel di mana para peserta dapat sama-sama berkongsi pengalaman masing-masing tentang masalah gaya hidup, masalah kekeluargaan, masalah kesihatan dan juga kecantikan kepada peserta yang hadir. Banyak manfaat dan nasihat yang diberikan agar setiap wanita itu dapat menangani setiap masalah dengan tenang dan dapat menghilamgkan stress.

Puan Rena Rifaee -  Take the 'me time' Optimistic  and possitive attitude.


Puan Rena Rifaee merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Natugee Sdn Bhd yang dutubuhkan pada 2016. Kini berpengkalan di Kuala Lumpur, Malaysia dan Singapura. Beliau berusia 37 tahun dan ibu kepada lima cahaya mata. Sebagai pengasas produk, beliau berkepakaran dalam bidang ini setelah memiliki Diplo,a in Organic Skincare daripada Formula Botanica, United Kingdom. Puan Rena juga amat menitikberatkan bahan dan formulasi, seiring dengan matlamatnya untuk menghasilkan produk yang ringkas tetapi berkesan dan selamat digunakan.

Dr Linda Mat Hassin -  Listen to your body. Take care of yourself first so that you can take care of others.



Dr Linda Mat Hassin memiliki Ijazah Sarjana dalam bidang Anti Penuaan, Perubatan Regeneratif dan Estetik daripada UCSIUniversity. Beliau turut diiktiraf sebagai seorang pengamal International Hormone Society, Belgium di bawah didikan Dr Hertoghe yang dikenali sebagai 'Father of Hormones. Beliau yang kini merupakan Ketua Pegawai Eksekutif di Radiant Clinique, aktif memberi ceramah terutamanya berkaitan kualiti kehidupan dan kesihatan yang lebih baik kepada badan koporat dan umum.

Datin Harveen Kaur -  Invest in yourself. Embrace your flaws. Always reach out Share your stories. Be yourself.



Datin Harveen Kaur  merupakan Mrs Malaysia World 2017 yang kini adalah Pengarah Kebangsaan Mrs Malaysia World 2019. Bekerjaya sebagai jururawat bilik bedah. Ibu kepada tiga orang anak ini menjadikan Mrs Malaysia World sebagai platform untuk memberi inspirasi kepada para wanita tanpa mengira status, bangsa dan latar belakang.

Datin Diana Danielle -  Sleep early. Enough 8 hours sleep everyday.

Datin Diana Danielle bintang kelahiran Amerika Syarikat ini pernah membintangi puluhan filem dan drama, malah beliau juga dikenali sebagai model dan selebriti popular tanah air. Merupakan isteri kepada pelakon filem terkenal tanah air, Dato' Farid Kamil, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad dan Nur Aurora.


BOOTHS

Selain kita dapat mendengar para panel memberi pendapat dan nasihat tentang kesihatan, penjagaan kulit dan kecantikan, terdapat juga beberapa booths iaitu booth Natugee, Waka Waka dan Tap App by theAsianParent.




NATUGEE




WAKA WAKA PLAYLAND







TAP APP by theAsianParent





FURAMA HOTEL BUKIT BINTANG

Hidangan deserts yang disediakan oleh Furama Hotel Bukit Bintang memang enak-enak belaka, enjoy and happy sebab menyelerakan. 




YOUTUBE



#theAsianparentMY #furamahotel #Natugee #HappyHealthy #MrsMalaysiaWorld #wirdora #jamutunteja #takkanjamuhilangdidunia #BetterSkinLovera #bondahaven #eoriwonderskin #weareunitedagainsteczema #dropoflove #wakawakaplayland

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Thak You For Your Comment