Menjamu Selera Dengan Hidangan Makanan Laut di Restoran Sisik Ikan Bakar Klang - KEUNGGULAN WANITA LIFESTYLE AUTHOR TRAVEL BLOG

Rabu, 9 Oktober 2019

Menjamu Selera Dengan Hidangan Makanan Laut di Restoran Sisik Ikan Bakar Klang


Seri Wangi sudah lama tidak merasai hidangan makanan laut yang betul-betul enak dan mengikut citarasa tekak Seri Wangi. Kadang-kala susah jugak nak cari makanan laut masakan melayu asli ni bukan? Hah....Seri Wangi akhirnya dah jumpa tempat yang dicari-cari tu inipun kawan-kawan yang bagi tau tempatnya, walaupun jauh sebab nak rasakan masakan yang dikatakan enak-enak belaka maka sampailah jugak Seri Wangi bersama kawan menuju restoran tu....mana?

Restoran Sisik Ikan Bakar 


Dulunya nama Restoran Sisik Ikan Bakar ini dikenali dengan nama Resepi Warisan Tok Sisik terletak di Klang,  betul-betul berhadapan GM Klang, so...kalau korang gi shopping kat GM Klang tu boleh singgah makan di sini, jangan risau restoran ini dibuka setiap hari dari pukul 8.00 pagi hingga 4.30 petang. Kalau korang peminat ikan bakar masakan melayu asli, bolehlah korang datang dari pukul 5 petang hingga 12.30 malam untuk hidangan makanan laut dan steamboat. Hiasan dalaman pun cantik, selesa, luas dan santai.






Menu Hidangan Enak Restoran Sisik Ikan Bakar


Hidangan masakan di restoran ni dipengaruhi dengan masakan dari Negeri Pahang, Negeri Sembilan, Melaka dan Selangor, patutlah sedap mengikut citarasa Seri Wangi sebab Seri Wangi orang Melaka. Macam-macam hidangan disediakan mengikut citarasa pelanggan yang datang berkunjung, pastinya korang akan dilayan dengan mesra. Paling Seri Wangi suka masakan hidangan makanan laut dan lain-lain makanan laut yang disediakan. Jom Seri Wangi bawak korang tengok hidangan yang disediakan.


Di Restoran Sisik Ikan Bakar ini menyediakan hidangan makanan laut yang segar-segar belaka, ulam-ulaman dan steamboat atas permintaan pelanggannya. Seri Wangi sendiri pun bila melihat ikan-ikan segar, sotong, ketam, kerang, lala dan udang yang ada memang buatkan kita tak sabar untuk menunggu masakan dorang yang dikatakan sedap dan enak, apalagi dengan hidangan yang belum pernah lagi Seri Wangi rasa.



 




Ulam-ulaman pun pelbagai pilihan dengan pelbagai sos disediakan untuk pilihan pelanggan, kita yang tengok pun terliur dibuatnya, apa lagi bila dimasak oleh tukang masak yang pakar dengan masakan melayu asli.





Hidangan Sajian 


Jom Seri Wangi tunjukkan menu-menu hidangan yang pasti buatkan korang tiba-tiba lapar. Seri Wangi pun tak sabar masa tu hendak mencubanya terutama sotong bakar madu, nasi lemak buluh dan ikan sikap bakar masak tempoyak.

ikan sikap bakar masak tempoyak
Sayur Tumis

Udang Goreng Berempah

Seafood Singgang

Nasi Lemak Buluh Perindu

Ikan Bawal Masak Singgang Pedas

Pepahat Masak Berlada

Sotong Bakar Sambal Madu
Wah...sedapkan menu-menu hidangan dia kan?Seri Wangi dan rakan-rakan dah datang beramai-ramai merasakan keenakan hidangan makanan laut di sini. Tengok gambar jer..nanti sakit mata pulak kan?heeee...jomlah datang singgah di Restoran Sisik Ikan Bakar, rasa sendiri masakan dorang ni, lepas korang penat-penat bershopping bagai kat GM Klang tu...!


RESTORAN SISIK IKAN BAKAR
No. 32 Jalan Kasiarina 1/ks7
Bandar Botani
41200 Klang, Selangor Darul Ehsan

Tel:


FACEBOOK

YOUTUBE





4 ulasan:

  1. Ikan fresh2 kan??.. liez dh pergi dah.. sedap ikan bakar sambal dia..

    BalasPadam
  2. Sedapnya nmpk makanan kat situ kak, boleh la nanti ajak cik suami gi try mkn kat sisik

    BalasPadam
  3. Sedapnya nmpk makanan kat situ kak, boleh la nanti ajak cik suami gi try mkn kat sisik

    BalasPadam
  4. Tiba-tiba perut rasa lapar tengok seafood tu

    BalasPadam

Thak You For Your Comment