'SAYANGI SAWITKU'
Seri Wangi berkesemparan hadir di majlis Pelancaran rasmi label terbaharu minyak masak jenama 'ALIF' oleh Syarikat Sime Darby Oils pada 3 September 2019 di Grand Hayat Kuala Lumpur. Pelancaran tersebut telah disempurnakan oleh Menteri Industri Utama, Yang Berhormat Teresa Kok.
Minyak masak jenama 'ALIF' yang berkonsepkan 'Ladang Ke Dapur' (farm-to-table) sudah pastinya proses setiap penghasilan minyak masak tersebut dari penuaian buah kelapa sawit di ladang sehinggalah ke proses penapisan minyak sawit dan pembotolan produk di kilang, diurus dan dikawal rapi mengikut tahap piawaian yang tinggi.
Menurut Pengarah Urusan Sime Darby Oils, Mohd Haris Mohd Arshad, 'Ladang Ke Dapur' merupakan salah satu identiti minyak masak 'ALIF' yang melambangkan jaminan syarikat tersebut dalam memastikan hanya produk minyak masak yang terbaik dapat dinikmati oleh para pelanggan 'ALIF'.
Minyak masak 'ALIF' ni dihasilkan daripada minyak sawit mentah bermutu tinggi, yang mana telah diuji untuk menentukan kualitinya terlebih dahulu dan kemudian disuling untuk menghasilkan minyak masak. Minyak sawit amat kaya dengan karotenoid dan Vitamin E iaitu sumber antioksidan yang memberi manfaat kepada kesihatan jantung serta pengurangan kadar kolestrol tidak baik. Dan lagi minyak sawit ini sendiri adalah produk bebas kolestrol dan lemak trans, serta sesuai digunakan untuk menggoreng berulang kali...baguskan? Seri Wangi rasa menjimatkan jugak dan baik untuk kesihatan. Semua kebaikan dan keistimewaan ni terdapat dalam minyak masak 'ALIF'
Sime Darby Oils yang merupakan anak syarikat milik penuh Sime Darby Plantation Berhad iaitu pengeluar minyak sawit diperakui lestari terbesar dunia turut memberi jaminan bahawa minyak masak 'ALIF' dihasilkan sepenuhnya secara mampan atau lestari. Jaminan tersebut disahkan dengan penampilan logo pensijilan 'Roundtable on Sustainable Palm Oil' (RSPO) pada label minyak masak 'ALIF'. Selain itu, minyak masak 'ALIF' juga mempunyai pengiktirafan HALAL daripada JAKIM.
Perakuan pensijilan RSPO memberi jaminan kepada pelanggan bahawa minyak masak 'ALIF' dihasilkan tanpa mengakibatkan kerosakan kepada alam sekitar dan biodiversiti. Sime Darby Oils turut memastikan agar suasana kerja serta hak para pekerja terpelihara dan kepentingan masyarakat di sekeliling operasinya sama sekali tidak terjejas dalam proses menghasilkan minyak masak tersebut.
Label baru 'ALIF' turut menampilkan logo 'Sayangi Sawitku' sebagai tanda sokongan Sime Darby Oils kepada aspirasi kempen tersebut yang diperkenalkan oleh kerajaan. Kempen yang dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada bulan Mac 2019 adalah bertujuan untuk meningkatkan rasa bangga dan penghargaan masyarakat terhadap sumbangan minyak sawit Malaysia kepada negara dan dunia, sekaligus memperkukuhkan lagi sokongan tempatan kepada industri sawit Malaysia.
Bersempena dengan pelancaran label baharu 'ALIF', Sime Darby Oils turut mengumumkan Pertandingan 'Mastaclass Goreng' yang akan diperkenalkan oleh syarikat tersebut pada suku keempat tahun 2019. Pertandingan tersebut adalah secara online yang menawarkan hadiah kepada 20 pemenang bertuah untuk muncul di Program 'ALIF MastaClass Goreng' bersama 2 selebriti terkenal, Chef Nik Michael Imran serta pelakon dan penyanyi terkenal Alif Satar sebagai hos program tersebut. Program 'ALIF MastaClass Goreng' akan ditayangkan secara eksklusif di Laman Facebook Minyak Masak 'ALIF' mulai 16 September 2019 di https://www.facebook.com/officialMinyakMasakALIF/
Alif Satar |
Chef Nik Michael Imran |
Untuk Maklumat Lanjut
awal2 baca tajuk, ingatkan dato alif syukri kluarkan produk minyak masak.hehe
BalasPadamalif satar jadi hos, mmg kena sangat la alif yang ini sbb kira mcm simbolik yang 'kena' sgt dgn minyak alif ni..
Packaging baru kan, lagi nice berbanding yang lama punya tu .. Hope minyak masak jenama Alif mampu bersaing dgn brand lain .
BalasPadamKalau tak seri murni, Sal beli jugak Alif . Dari segi kualiti memang setakat ni Sal puas hati berbanding dengan minyak masak jenama lain. Harap prestasi Sime Darby Oils dapat dikekalkan
BalasPadamINI LAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN MENDAHULUKAN PRODUK TEMPATAN DAN JUGA PRODUK MUSLIM BARU LAH LEPAS TU KITA BELI PRODUK IMPORT... KERANA KITA YAKIN SANGAT PADA PRODUK TEMPATAN MEMANG SELAMAT DAN HALAL TU YANG PENTING BETUL TAK KAK LIMAH..
BalasPadamTrauma pulak dengar nama Alif aziz ni. 🤣🤣. Eh Jenama Alif. Wah. Apa lagi guys, jom support produk bumiputera. Kata beriya boikot bagai. Meh2 join . Produk ni femes jgk. Pernah jugak guna
BalasPadammemang sepatutnya kita support local product. tambah lagi sawit tu antara yang dikeluarkan oleh Malaysia. minyak masak dia pun berkualiti.
BalasPadamCantik logo baru. Rasanya tak pernah lgi kut guna produk alif ni. Nak cubalah lepas ni. Terima kasih sbb share ya..
BalasPadamTerbaikla aliff buat rebranding. Moga trs sukses menjadi minyak masak bo 1 di malaysia. Harga pun sangat berpatutan
BalasPadam