IKEA - KEMPEN SEPANJANG TAHUN BAGI TAHUN 2020 DAN KATALOG IKEA TERBARU - KEUNGGULAN WANITA LIFESTYLE AUTHOR TRAVEL BLOG

Ahad, 8 September 2019

IKEA - KEMPEN SEPANJANG TAHUN BAGI TAHUN 2020 DAN KATALOG IKEA TERBARU


IKEA.... sebut jer namanya pasti uoll dan para surirumah terbayangkan pelbagai barang-barang kelengkapan yang terdapat di IKEA, yang paling Seri Wangi selalu inginkan ialah kelengkapan bilik tidur seperti cadar, tilam, selimut, bantal dan pelbagai lagi yang pastinya akan membuatkan kita tidur lena...betul tak?Hmmm..macam-macam lagi yang ada di IKEA...bila kaki melangkah ke situ...sudah tentu uoll akan tertarik bila melihat pelbagai kelengkapan yang ada...haaaa...siap jer ongkosnya,,,nanti nak beli satu dua barang bila sampai kat sana pasti penuh bakul dibuatnya.


Apa berita terbaru di IKEA?

Pastinya ada berita terbaru buat pelanggan setia IKEA. Kini IKEA mengumumkan Kempen sepanjang tahun bagi tahun 2020 yang bertemakan "Make Home Count" dengan tumpuan khusus kepada Bilik Tidur agar uoll dapat tidur dengan lena, tenang, nyaman dan selesa. Kenapa? Sebabnya berdasarkan pendapat daripada tinjauan global life of home, IKEA mengakui peranan penting yang dimainkan oleh bilik tidur di rumah. Bilik tidur berfungsi sebagai tempat pemulihan dan asas bagi tubuh dan minda yang sihat. Suasana bilik tidur sememangnya memain peranan yang penting agar dapat mengeratkan kasih sayang antara pasangan ataupun keluarga. Bersempena dengan pelancaran Katalog IKEA yang terbaru, IKEA ingin membantu rakyat Malaysia memperolehi ketenangan di bilik tidur demi kehidupan harian yang lebih baik. 



Untuk makluman semua bahawa kita banyak menghabiskan satu pertiga dalam hidup kita di bilik tidur, berehat dan mengumpulkan tenaga agar kita dapat mengharungi kehidupan seharian kita dengan lebih baik dan kadang-kala kita tidak cukup tidur  serta hanya tidur lebih kurang 6 jam sehari. Menerusi kempen "Make Home Count" ni dapat memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk memberikan keutamaan kepada tidur, dengan menggunakan penyelesaian bilik tidur yang bereka-bentuk, menarik, mampu milik dan lestari, untuk menjadikan bilik tidur mereka sebagai tempat memperolehi ketenangan yang rehat.


Dapatan yang diperolehi daripada tinjuan Life at Home IKEA mendapati bahawa banyak orang berusaha untuk mendapatkan keseimbangan antara kerja dengan kehidupan seharian mereka, akan tetapi dalam usaha ini, mereka juga mengabaikan tidur. Tinjauan juga mendapati orang ramai lazimnya menyamakan tidur yang kurang dengan kejayaan, bahawa keadaan terlalu sibuk hingga sukar mendapatkan tidur yang sempurna merupakan harga yang perlu dibayar untuk mencapai kejayaan. Walau bagaimanapun hakikatnya adalah tiada jalan pendek kepada kehidupan harian yang baik daripada mendapatkan tidur yang secukupnya bagi melaksanakan hidup yang berkesan.


Gerard Jasen, Timbalan Pengarah Runcit, IKEA menjelaskan, "Di IKEA kami percaya bahawa tidur amat penting bagi mengekalkan fungsi fizikal dan mental orang ramai untuk berfungsi secara berkesan, memiliki emosi yang terbaik dan menikmati kehidupan. Bilik tidur yang selesa dan dirancang dengan rapi adalah penting untuk mencapai matlamat ini. Namun kami akur bahawa orang ramai adakalanya menghadapi kesukaran untuk membantu rakyat Malaysia mengambil langkah pertama bagi melakukan perubahan yang positif, tumpuan kami yang pertama bagi kempen sepanjang tahun ini menekankan usaha melaksanakan perubahan kecil di bilik tidur yang memberikan impak yang besar."

IKEA - ROOMSET DEMONSTRATION


ROOMSET 1




ROOMSET 2




ROOMSET 3




Untuk makluman uoll, mulai bulan September hingga Disember 2019, IKEA akan menampilkan kepada orang ramai bagaimana perubahan di bilik tidur adalah mudah dengan menggunakan tekstil yang berbeza dan pada masa yang sama tidak membebankan dari segi perbelanjaan. Ruang pameran yang telah diberi nafas baharu di gedung IKEA dapat memberikan inspirasi baharu kepada pelanggannya dan mampu dimiliki serta membolehkan orang ramai melaksanakan perubahan besar di bilik tidur dengan nilai di bawah RM320.


Para pelanggan bolehlah melawat IKEA Damansara, IKEA Cheras, IKEA Tebrau, IKEA Batu Kawan atau pun layari online: IKEA untuk mendapatkan idea dan petua daripada set bilik baharu yang dipamerkan atau mula meneliti Katalog IKEA yang baharu. Katalog baharu ini juga akan diedarkan ke rumah-rumah berhampiran gedung IKEA dan juga tersedia di www.IKEA.my/catalogue




Para pelanggan juga boleh mendaftar sebagai Ahli IKEA FAMILY secara percuma untuk menikmati promosi istimewa yang ditawarkan untuk ahli. Untuk mendaftar para pelanggan hanya perlu berkunjung ke Kiosk IKEA FAMILY di gedung ataupun secara dalam talian: www.IKEA.my/FAMILY


Untuk Maklumat Lanjut Tentang IKEA

4 ulasan:

  1. Tak pernah sampai lagi dekat ikea teringin gak nak shopping set katil hahaha

    BalasPadam
  2. Alahai.. kalau sebut IKEA je semua org memang suka.. design simple tapi cantik2.. suka tengok deko barang2 ikea..

    BalasPadam
  3. So, bila Ikea nak masuk Sabah / Sarawak ni? jeles aaaa tengok semua cantik2...

    BalasPadam
  4. tak pernah tak lawa design dari ikea..memang terbaik!!

    BalasPadam

Thak You For Your Comment