SWIMRUSH SWIMMING ACADEMY MENYEDIAKAN KELAS BERENANG UNTUK KANAK-KANAK, WANITA (MUSLIMAH) DAN LELAKI DARI ZERO TO HERO - KEUNGGULAN WANITA LIFESTYLE AUTHOR TRAVEL BLOG

Rabu, 21 Ogos 2019

SWIMRUSH SWIMMING ACADEMY MENYEDIAKAN KELAS BERENANG UNTUK KANAK-KANAK, WANITA (MUSLIMAH) DAN LELAKI DARI ZERO TO HERO


Bila bercerita pasal berenang ni...memang frust sebab dah semakin meningkat usia masih tak reti-reti berenang...haaaa...syok betul bila tengok orang pandai berenang time mandi-manda di pantai, air terjun ataupun kolam renang....jelous tak? maunya tak jelous lebih-lebih lagi bila budak-budak kecik pun pandai berenang. Lagi frust giler bila tengok orang menyelam dalam laut, dapat melihat keindahan di dasar laut yang membiru, dapat tengok betapa cantiknya batu-batu karang dan ikan-ikan yang berenang-renang....jelous tak? Haaaa....termasuklah Seri Wangi yang memang tak tau berenang langsung, kalau masuk swimming pool, berenang kat tepi kolam ajerlah...jangan mimpi nak berenang kuak kupu-kupu ke, kuak lentang ataupun terapungkan badan....wah....bestkan? Hmmmm...masih belum terlambat lagi kalau korang yang tak tau berenang tu, nak belajar berenang terutamanya kanak-kanak, lagi eloklah belajar dari kecik jangan jadi macam Seri Wangi ni...dah tua-tua tak tau berenang....ZERO!!

Haaaa....Tak Tau Berenang...Duk ajerlah Tepi Pantai
Bagi wanita pula yang langsung tak tau berenang dan nak sangat belajar berenang tentu buntu nak cari kelas berenang yang khas untuk wanita sahaja kan? semestinya untuk wanita muslimah macam Seri Wangi sudah tentu nak cari tenaga pengajarnya wanita jugak...rasanya nak belajar jugak sekurang-kurang boleh berenang ke tengah main-main air atau pun dapat menyelam seketika walaupun dah berusia....memanglah cemburu bila tengok orang berenang hingga ke tengah kolam ataupun di pantai...seronok kan? Jom kita belajar berenang....!!

JOM BELAJAR BERENANG
DI SWIMRUSH SWIMMING ACADEMY


Kawan-kawan Seri Wangi pun sibuk nak cari kelas belajar  berenang untuk anak-anak dorang termasuk anak daranya yang jugak tak pandai berenang, lagipun tak ada masa maklumlah masing-masing bekerja, jadi Seri Wangi pun tolong carikan, last jumpa juga kelas belajar berenang, apatah lagi waktu dia memang sesuai sangat iaitu lepas waktu bekerja...happylah tu heeee. Kat mana yer? Haaaa....korang pun mesti suka punya kelas belajar berenang ni iaitu Swimrush Swimming Academy.


Swimrush menawarkan perkhidmatan Kelas Renang untuk kanak-kanak bermula umur 5 tahun ke atas yang Zero basic hingga pandai berenang dan Wanita (muslimah) kelas selepas waktu kerja sebab faham-fahamlah kebanyakan wanita sekarang bekerja, jadi kelas diadakan lepas waktu kerja.

Apa yang ada dalam Kelas Renang SWIMRUSH
  • Water Safety
  • Water Survival Skills
  • Freestyle
  • Breastroke
  • Backstroke
  • Butterfly

Kelas Renang Untuk Kanak-Kanak
  • Untuk wanita pula ada jurulatih wanita jadi jangan risau.
  • Jurulatih yang berpengalaman selama 10 tahun
  • Jurulatihnya mempunyai background Lifeguard
  • Mengajar teknik berenang dengan cara yang mudah
  • Menyediakan kelas ganti
  • Menyediakan water safety course
Kelas Renang Untuk Wanita
Bukan Sahaja Belajar Teknik Asas - Di Swimrush sukatan pelajarannya di samping mengajar teknik renang secara asas ianya juga memberi penekanan kepada water confident program dan juga water survival skills. 

Kelas Renang Secara Peribadi - Swimrush juga menyediakan kelas renang peribadi iaitu HOME TO HOME BASIS ke rumah untuk mengajar di mana jurulatih peribadi akan datang ke rumah tanpa perlu bayar kos pengangkutan.


Tak Tahu Macam Mana Nak Menyelam Dalam Air? -  FREE jer untuk belajar menyelam dalam 1.2 - 1.8 meter dalam air. Sesuai untuk mereka yang berminat nak belajar menyelam/suka travel.

CAWANGAN SWIMRUSH ACADEMY


Korang tentu tak sabar nak belajar berenangkan? jadi korang bolehlah pergi ke cawangan SWIMRUSH SWIMMING ACADEMY yang terdekat dengan tempat korang:
  • Batu Caves - Kompleks Renang Seri Siantan (Available for Kids, Ladies & Men Swimming Class)
  • Bangsar - Jalan Tun Bukit Bandaraya (Private Pool for Kids Swimming Class)
  • Cheras - Kompleks Sukan Desa Tasik (Available for Kids & Ladies Swimming Class)
  • Shah Alam Seksyen 14 (Private Pool for Ladies Swimming Class only)

Untuk Maklumat Lanjut 

WEBSITE I  FACEBOOK I  IG 

YOUTUBE





19 ulasan:

  1. wah kelas berenang, baguslah ni. kita pun bukan pandai sangat berenang pun kan. Tapi lokasinya jauh plak dari area rumah. Kalau dapat pi weekend bagus jugak tuh

    BalasPadam
  2. Dari zero to hero eh? Sound suitable for me. Hehehe!!!!!!!!!!!!!!!! Thank you for sharing this. Have a good day and have a good splash. Take care.

    BalasPadam
  3. Best betul kalau join ladies swimming class jadi takde la segan nak belajar dengan sama2 jantina. Senang nak belajar taktik2 berenang ni. Kena tengok la kelas ni. Kalau ada masa yang mengizinkan boleh join.

    BalasPadam
  4. bagus anta anak2 dari kecik blaja swimming.
    mudah di masa depan. bebas swim.
    lagipun swimming ni kan salah satu sunnah nabi.
    swimrush kena open kelas di melaka la. baru boleh join :)

    BalasPadam
  5. Terbaik review. Bagus ada aktiviti sebegini sebagai persediaan jika ada berlaku pada kita jika berada di kawasan berair.

    BalasPadam
  6. kalau dekat mek pergi je ni. seronok tengok anak anak berenang. mak nak berenang tak pandai. huhu.

    BalasPadam
  7. Bestnya dapat belajar swimming kat tempt macam ni. Rasa esklusif dan syariah compliance. Nanti nak check la tentang prog yg ditawarkan

    BalasPadam
  8. Memang elok ajar anak2 berenang dari kecil ni. Supaya senang berwaspada jika apa2 berlaku. Abam dh tua2 pon pandai terapung je. Haha. Nk belajar jgk la nanti. Igt nk amik private, tak la segan 😬😬

    BalasPadam
  9. Dekat rumah liez je ni. Memang plan nak hantar anak2 pergi kelas swimming. Bukan sahaja untuk keselamatan diaorang tapi sekurang kurangnya boleh belajar menguatkan badan dan meningkatkan daya fikiran. Seronok tengok anak2 pandai berenang

    BalasPadam
  10. kat sini takde.. jauh nk pergi klau tidak nak juga join.. lama dh teringin nk belajar berenang ni haa. seronok bila nampak ada cikgu berenang perempuan mcm tu.. barulah yakin dan selesa utk belajar..

    BalasPadam
  11. Senanglah lepas ni untuk anak2 dan juga wanita belajar berenang. Tak perlu nak harapkan pada suami, itupun jika suami reti berenang. Haha kalau tak, satu keluarga boleh belajar berenang. 😊

    BalasPadam
  12. Menarik la kelas swimming. Syira pun teringin nak join macam ni. Lagipun muslimah friendly kan. Tak risau sangat

    BalasPadam
  13. Bestkan dpt beljr berenang.. Nad pun tak reti gak.. Hahaha.. Rasa nak pergi sini hujung minggu nanti.. Seronok kalau dah tau berenang.. Menyelam dalam-dalam pun tak kisah

    BalasPadam
  14. wah bestnya, i was just thinking to send my kid for early swimming. This is quite convenient, ill check it out. Thanks for sharing.

    BalasPadam
  15. Tak reti berenang gak, aduh best je tengok orang berenang haha, boleh bagi anak2 belajar

    BalasPadam
  16. bagus ada kelas berenang mesra muslim ni. berenang ni bagus sebenarnya tambah lagi skill sangat berguna tuk anak muda. dari kecil kena ajar belajar berenang. nanti tak lah takut air sangat kan

    BalasPadam
  17. Teringin nak belajar berenang tp sini ada coach laki je.. Sedih betul.. Nnti ke sana nak belajar la...tidur rumah akk ipar kt shah alam..hehe

    BalasPadam
  18. Berenang ni paling nak snagat sangat belajar. Sedih tau bila pi bercuti dengan family hotel yang ada kolam best best tapi kita duk ja kat tepi. Tak berani nak turun oi . Kang x pasal cemas hahahha

    BalasPadam
  19. Wah banyak baca good review pasal Swimrush Academy ni. Bella ni penakut air tapi kalau dapat swim dalam group kecil dan dengan ladies je, tak la pressure sangat. Kalau tak, mana takut air, mana segan terkedek2 macam itik.. Adehh

    BalasPadam

Thak You For Your Comment