Seri Wangi berkesempatan hadir di Perasmian Rumah Ronald McDonald (RRM) di Hospital USM, Kubang Kerian, Kelantan pada 6 Ogos 2019 yang lepas. Seri Wangi berasa terharu akhirnya dapat jugak menjejak kaki di Rumah Ronald McDonald dari dekat dan melihat sendiri sekitar kawasan rumah tersebut. Rumah Ronald McDonald ini dapat meringankan beban keluarga pesakit kanak-kanak di Kelantan. Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC Malaysia) telah membina Rumah Ronald McDonald (RRM) di Hospital Universiti Sains Malaysia (Hospital USM) hasil sumbangan pelbagai pihak. Rumah penginapan sementara ini dapat memenuhi keperluan keluarga pesakit pediatrik di samping meringankan beban kewangan ketika anak mereka menjalani rawatan di Hospital USM dengan kos penginapan yang amat rendah dan berpatutan berharga RM5 untuk satu malam, murah sangatkan?
Rumah Ronald McDonald (RRM) di Hospital USM yang telah dirasmikan oleh YB Dato' Mohd Amar Abdullah, Timbalan Menteri Besar Kelantan ini merupakan rumah kedua seumpamanya yang dibina di Malaysia. Rumah Ronald McDonald pertama dibina pada tahun 1999 di Hospital Canselor Tuanku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia (HCTM-UKM) Kuala Lumpur yang bakal menyambut ulangtahun ke 20. Di peringkat global, Rumah Ronald McDonald oleh RHMC kini mencecah 370 buah di seluruh dunia.
YB Dato' Mohd Amar dalam ucapannya berkata, Kerajaan Negeri Kelantan amat gembira melihat inisiatif sebegini yang dilaksanakan oleh RMHC Malaysia. Konsep rumah penginapan sementara seperti ini amat unik kerana ia membolehkan keluarga pesakit yang datang dari jauh untuk berada dekat dengan anak-anak mereka ketika menjalani rawatan yang berpanjanagan. Sudah pasti rumah ini akan dimanfaatkan sepenuhnya oleh mereka yang datang ke Hospital USM atau hospital-hospital lain di Bandar Kota Bahru.
YB Dato' Mohd Amar bin Abdullah |
Oleh itu, seiring dengan pengiktirafan USM sebagai Universiti Program Pemancuan untuk Kecemerlangan (APEX), ia telah memacu USM ke hadapan dengan kedudukannya sebagai hospital rujukan utama dan hub kesihatan komuniti di Pantai Timur melalui APEX fasa kedua (bermula tahun 2014 hingga tahun 2025). Kewujudan Rumah Ronald McDonald di sini secara tidak langsung mengukuhkan kedudukan Hospital USM sebagai sebuah hospital yang cakna kepada keperluan pesakit dan waris mereka, khususnya di Pantai Timur.
Azmir Jaafar, Presiden RMHC Malaysia |
Azmir juga menekankan bahawa belanja pembinaan Rumah Ronald McDonald yang bernilai RM4 juta tidak mungkin berjaya direalisasikan tanpa sumbangan ikhlas daripada pelanggan-pelanggan McDonald's melalui tabung RMHC Malaysia di semua restoran McDonald's di seluruh negara, syarikat-syarikat korporat, para pekerja dan juga francaisi McDonald's. Beliau juga berbesar hati dapat memberi kemudahan Rumah Ronald McDonald ini untuk kegunaan ramai, lebih-lebih lagi untuk rakyat Kelantan dan Pantai Timur. Diharap dengan adanya rumah ini, ibu bapa lebih senang hati dan selesa menghantar anak mereka untuk menjalani rawatan di hospital.
Profesor Datuk Dr. Asma Ismail |
Profesor Datuk Dr. Asma Ismail berkata, "Sokongan ahli keluarga sama ada fizikal atau emosi merupakan faktor penting bagi mengalakkan pemulihan kesihatan pesakit-pesakit pediatrik. Dengan adanya keluarga berada dekat dengan mereka dalam kawasan hospital, pesakit kanak-kanak ini akan lebih bersemangat dan gembira, secara tidak langsung kesan-kesan positif boleh dilihat sepanjang proses pemulihan."
"Pembinaan RRM Hospital USM ini menjadi pemangkin kepada USM khususnya Hospital USM dalam menzahirkan teras USM sebagai Universiti APEX di mana antara fokus yang diutamakan adalah aspek kesejagatan, kesejahteraan dan kemanusiaan khususnya golongan sasaran B40," kata beliau.
FAKTA RINGKAS RUMAH RONALD McDONALD
HOSPITAL USM, KELANTAN
RHMC Malaysia turut memberi tumpuan kepada 4 program utama untuk membantu kanak-kanak di Malaysia iaitu Rumah McDonald, Bilik Sensori Ronald, 'Gift of Smile' dan Pek Kembali ke Sekolah bagi pelajar-pelajar sekolah rendah dari keluarga yang memerlukan. Semua program ini meliputi 3 bidang utama RHMC Malaysia iaitu Kesihatan, Pendidikan dan Kebajikan. Program lain oleh RHMC yang terdapat di Hospital USM termasuklah 'Gift of Smile' yang merupakan program bantuan kewangan penuh untuk kanak-kanak yang dilahirkan dengan sumbing bibir dan lelangit bagi menjalani pembedahan pembetulan.
- Bilangan Bilik tidur 18 (boleh memuatkan 18 keluarga dalam satu-satu masa). Bilik Katil - 72 katil
- Kemudahan Biik Sensori Ronald McDonald lengkap dengan peralatan multi deria khas untuk membantu perkembangan kanak-kanak istimewa.
- Kemudahan lain yang disediakan - Ruang Istirahat, Ruang Makan, Dapur, Bilik Dobi dan Bilik Permainan.
Baca juga: Rumah Ronald McDonald di Hospital USM
JOM LAYAN YOUTUBE
Jika berminat untuk menyumbang wang tunai
atau sukarelawan untuk RHMC Malaysia
bolehlah hubungi Cawangan Rumah Ronald McDonald
di Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM (HCTM-UKM)
di talian: 03-91735994
atau
IbuPejabat RHMC Malaysia
di talian: 03-78433388
WEBSITE
RMHC
https://www.rmhc-malaysia.my
McDonald's
inisiatif yg sgt baik ni.
BalasPadammembantu yg memerlukan.
berbakti kpd masyarakat.
ini sepatutnya diwujudkan di seluruh malaysia.
di spital2 yg besar.
mudah utk org nak stay. maklumla, sakit ni bukan nyer sekejap.
memerlukan masa yg lama, so, penginapan ibu bapa / keluarga yg menunggu, ada.
Great CSR projects by McD to help family in need and the hospital. I will do my part too in contributing some money to the fund.
BalasPadamBagus usaha McD ni. Meringankan beban keluarga pesakit. Memudahkan urusan keluarga pesakit.
BalasPadamWow!!!!!! This is awesome. McD Malaysia never fail their customers.
BalasPadamBagusnya ade aktiviti macam nie..sekurang2nya dapat membantu meringankan beban pesakit yang kurang berkemampuan..
BalasPadamBagus jugak mekdi buat inisiatid rumah ronald mcdonald ni utk pelawat yang betul2 memerlukan. Harapnya orang awam yang mampu and yang tak memerlukan sangat untuk bermalam bagi lah peluang kat orang2 yg betul2 susah dan memerlukan.
BalasPadamKesian nanti berebut nak jimat RM 5/malam, jadi penuh. Harapnya dapat bagi manfaat lebih.:)
cantk yer rumah baru Mcd kat kelantan ni.nampak selesa dan mewah juga. untung org2 kelantan. walau jaga ahli keluarga yg sakit, diri sendiri pun kena jaga kesihatan kan, bagus lah ada rumah ni, mudahkan mereka berehat
BalasPadamSatu langkah yang bagus pada pihak USM sendiri kerana menyediaka satu kemudahan yang patut ada pada ketika ini. Melihat pada keadaan pada gambar di atas, ia akan memberi keselesaan pada pengguna itu sendiri
BalasPadamAlhamdulillah akhirnya ada juga badan koporat yang sudi buat projek amal macam ni yang berguna kepada masyarakat setempat dan paling bagus buka kat area Kelantan yang memang jarang orang ambil kisa pasal semua tu...
BalasPadamBagus adanya rumah Ronald McDonald ni diadakan kat sana, sekurangnya keluarga pesakit yang jauh dan kurang berkemampuan bolehlah menginap disini jika mengambil masa yang lama menunggu pesakit. Harap dapat memberi keselesaan buat mereka
BalasPadamRawlins terlibat sekali di Rumah Ronald McDonald Cheras dulu. Rawlins sangat mengkagumi usaha murni ini yang membantu bukan sahaja pesakit, malah memudahkan urusan ahli keluarganya sekali. Moga usaha ini akan sentiasa diberkati.
BalasPadamBagusnya! Tempat cantik, bersih dan selesa! Satu kerja murni yg harus dicontohi
BalasPadamthaniah RMHC untuk sebuah rumah ni. terimakasih kerana mencelikkan mata ramai pihak untuk ubah persepsi terhadap mcdonald.
BalasPadamWah nampak menarik betul Rumah Ronald Mcdonald kat sini. Harap dapat diperkembangkan seluruh negeri dan beri peluang untuk orang awam yang lain.
BalasPadamnampak besar jugak rumah ni. bagus sangat. anak-anak yang sakit pon ceria bila ada ahlikeluarga menemani dan ahli keluarga pon selesa sebab ada bilik untuk dorang mneginap. negeri lain pon harap dapat buat macam ni
BalasPadamBagusnya bila ada inisiatif macam ni, sangat membantu keluarga yang memerlukan. Moga banyak keluarga mendapat manfaat dari perkara ni.
BalasPadamPernah terbaca pasal
BalasPadamrumah mcd ni. Bagus ada inisatif mcm ni.Harap
lepas ni diperluaskan di setiap negeri
perlu banyak lagi rumah ronald mcdonald ini di masa akan datang bagi membantu mereka2 yg kurang ebrnasib baik utk ebrteduh dari panas dan terik mentari dan hujan.
BalasPadam