Syukur alhamdulilah...akhirnya pada 23 Jun 2019 akhirnya Rumah Ronald McDonald di Hospital USM Kubang Kerian, Kelantan dibuka untuk keluarga pesakit pediatrik yang mendapat rawatan di Hospital USM dan hospital-hospital sekitarnya. Lega rasanya perasaan keluarga pesakit-pesakit tersebut bila mereka ada tempat menginap sementara menunggu dan meneman keluarga mereka yang menerima rawatan di situ.
Persatuan Kebajikan Ronald McDonald Malaysia (RMHC Malaysia) dengan kerjasama Hospital Universiti Sains Malaysia (Hospital USM) telah mengadakan majlis gotong royong sempena pembukaan Rumah McDonald di Hospital USM. Pembukaan Rumah Ronald McDonald yang megah berdiri di Hospital USM menjadikannya Rumah Ronald McDonald Kedua di Malaysia selepas yang pertama dibuka di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Kuala Lumpur pada tahun 1999. Semoga kebajikan yang dihulurkan oleh RMHC Malaysia, McDonald's Malaysia, rakan-rakan niaga, dan pelanggan-pelanggan McDonald's dapat meringankan beban keluarga pesakit-pesakit tersebut.
Azmir Jaafar, Presiden RMHC dan Pengarah Urusan McDonald's Malaysia berkata.
"Rumah Ronald McDonald ini ditubuhkan kerana terdapat keperluannya yang amat tinggi di HUSM yang merupakan hospital rujukan yang menerima lebih daripada 20,000 pesakit setahun. Kemudahan seperti ini penting kerana ia bukan sahaja menyediakan kemudahan dan penginapan untuk meringankan beban kelurga pesakit, malah ia juga sedikit sebanyak memberi keluarga-keluarga ini kekuatan emosi dengan sokongan daripada keluarga-keluarga lain yang bersama-sama menemani anak mereka yang sakit."
Manakala YBhg. Professor Datuk Dr. Asma Ismail berjawatan sebagai Naib Canselor Universiti Sains Malaysia pula berkata,
"Dengan adanya Rumah Ronald McDonald di kampus, Hospital USM, ahli keluarga akan sentiasa dapat bersama anak-anak mereka sepanjang tempoh mereka menerima rawatan di hospital ini adalah penting kerana secara tak langsung ia akan menggalakkan pemulihan kesihatan pesakit-pesakit pediaktik dengan kadar yang pantas kerana sokongan fizikal dan emosi dari ahli keluarga."
Rumah Ronald McDonald di Hospital USM ini dibina dengan kos pembinaan RM4juta dan dilengkapi dengan 18 buah bilik tidur serta ruang makan, ruang istirahat, dapur, bilik dobi, bilik permainan dan lain-lain kemudahan untuk penghuni. Selain itu terdapat juga Bilik Sensori Ronald McDonald yang menyediakan peralatan multi deria khas yang disumbangkan kepada Hospital USM untuk membantu perkembangan kanak-kanak istimewa.
Bilik Tidur
Ruang Makan Dan Istirahat
Dapur
Bilik Permainan dan Padang Permainan
Surau
Bilik Dobi
Sudut BBQ
Bilik Sensori
Apa Dia RMHC
RMHC Malaysia telah ditubuhkan pada Februari 1990 sebagai organisasi bukan berasaskan keuntungan dengan misi untuk mewujudkan mencari dan menyokong program-program yang mampu meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan kanak-kanak kurang bernasib baik di Malaysia. RMHC menjalankan empat program utama untuk menyokong teras Kesihatan Pendidikan dan Kebajikan. Program-program ini ialah;
- Rumah Ronald McDonald
- Bilik Sensori Ronald McDonald
- 'Gift of Smile'
- Program Pek Kembali ke Sekolah
Sejak 28 tahun lalu, RMHC telah memberi impak dalam kehidupan lebih 20,000 kanak-kanak melibatkan kesihatan pendidikan dan kebajikan dengan pembiayaan lebih RM16 juta. Dana untuk program-program yang dijalankan diperolehi daripada sumbangan ikhlas individu menerusi tabung yang terdapat di restoran-restoran McDonald's dan juga tajaan serta sumbangan dari rakan korparat.
Hospitan USM Kubang Kerian
Hospital USM telah dirasmikan oleh KDYMM Al-Sultan Kelantan, Sultan Ismail Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra pada 26 Ogos 1984. Tujuan utama penubuhan Hospital USM adalah untuk menjadi hospital pengajar bagi bidang Sains Perubatan Sains Pergigian dan Sains Kesihatan serta Hospital USM juga menyediakan perkhidmatan rawatan kepada pesakit di samping memberi peluang kepada para penyelidik untuk menjalankan aktiviti penyelidikan. Hospital USM beroperasi dengan memberikan perkhidmatan perawatan pesakit berdasarkan kepada:
- Kecekapan pentadbiran dan pengurusan
- Produk perkhidmatan yang berkualiti
- Berkepentingan dalam aktiviti pengajaran dan penyelidikan
- Penjanban kewangan yang optima
- Pembinaan nilai murni sumber manusia
- Pemeliharaan tanggungjawab sosial terhadap masyarakat
Sekitar Gotong Royong
The house looks so spacious and I'm sure the children will enjoy staying here. Good job, Mc Donald.
BalasPadamGreat initiative from McD. It is great to give back to community and help unfortunate people.
BalasPadamSatu kerja komuniti yang boleh dibanggakan. Pesakit yang sakit pun boleh jadi sihat dengan adanya RUMAH Ronald McDonald ni. Saya yang asal kota Bharu pun tak tau ada rumah ni di tempat saya
BalasPadamMcD always got many great initiative on how to give back to the society.. well done to McD team.. let's eat more mcD to support them!
BalasPadamCantik jugak rumahnya. Harap harap McD akan buat lebih banyak rumah macam ni untuk membantu family pesakit
BalasPadamKolaborasi dan usaha yangbaik oleh McD dengan HUSM bagi membantu pesakit dan juga keluarga pesakit. Sekurang-kurangnya dapat tampung jumlah pesakit yang ramai dan kurang mampu.
BalasPadamAlhamdulillah....tabik spring dengan usaha McDonald dan HUSM untuk membantu yang memerlukan. Bila tahu inilah hasilnya menderma di kotak merah di McDonald tu. Memang sangat berterimakasih.
BalasPadamalhamdulillah, dah siap dah Rumh Mcdonalds ni..mesti lega keluarga pesakit sebb dapat tinggal denagn pesakit. Tak perlu ulang alik..good job Mcdonalds
BalasPadamWahhh dah siap rumah ni sangat cepat dan pantas mereka buat kerja hurmmm bagus ada inisiatif macam ni sangat membantu mereka yang memerlukan hurmmm... Moga banyak lagi badan koporat kat luar sana buat sama macam ni juga...
BalasPadamWah bestnya! Dah tengok dh sbnrnya pasal bende ni dan tak silap ni rumah MC Donald yng kedua sbb pertama ad buat kt Kelantan klu tak silap
BalasPadamTerbaiklah Rumah Ronald Mcdonald buat macam ni. Ni baru panggil give back to society. Very good! 👍
BalasPadamI am really happy and feel appreciated the good will they have done by building this Rumah Ronald Mcdonald! They have quite lot of facilities and easy to accommodate patients family too!
BalasPadambagusnya rumah ronald mcdonald especially kedudukannnya dekat kelantan. rasanya nak try duduk bila balik kelantan ni...fasiliti pun superb memang terbaik untuk mereka yang ingin tempat tinggal sementara...(hottel)
BalasPadamFasiliti nampak mewah dan selesa. Good Job Ronald McDonald untuk pembinaan fasiliti yang terbaik !
BalasPadamKan best setiap negeri ada kemudahan rumah ronald mcdonald ni. Memang betul membantu kebajikan masyarakat yang sangat memerlukan.
BalasPadamAlhamdulillah, nampak cantik dan kemas. Bagus adanya rumah ni, sangat berguna
BalasPadamGreat CSR for the kids and community! Support!
BalasPadamSeriously, this needs to be implemented in all hospitals...their effort is simply amazing! it's true that this will be more of convenience and comfort for both the patient and the patient's family members. No one has to sleep on the chair uncomfortably anymore, if every hospital were to incoperate this as one of their facilities.
BalasPadam