Rangkaian Produk Penjagaan Kulit Farhat Laboratoires Adalah Yang Berkualiti Tinggi - KEUNGGULAN WANITA LIFESTYLE AUTHOR TRAVEL BLOG

Selasa, 16 Julai 2019

Rangkaian Produk Penjagaan Kulit Farhat Laboratoires Adalah Yang Berkualiti Tinggi


Kecantikan sememangnya menjadi topik utama bagi setiap wanita, bohonglah kalau setiap wanita itu tak nak cantik kan?Termasuklah Seri Wangi walaupun semakin berusia tetap nak nampak cantik! Cantik yang dimaksudkan bukanlah saja pada bertatarias, bermakeup tetapi dari segi kecantikan kulit yang pastinya diidamkan setiap seorang wanita. Semakin berusia kulit wajah kita semakin bermasalah...kedut sana, kedut sini, jerawat sana, jerawat sini...risaukan? Memanglah kita tak akan cantik selamanya betul tak? Tapi camner pun kalau boleh kita nak juga dapatkan kulit wajah yang nampak mulus, bersih, berseri, anjal dan tetap ayu...untunglah sapa yang memiliki kulit wajah yang cantik....


Bila setiap wanita inginkan wajah cantik, maka produk kosmetik dan rangkaian penjagaan kulit sering menjadi tumpuan individu yang inginkan wajah yang lebih sempurna, berseri, cerah dan bebas daripada jeragat, kesan jerawat ataupun berminyak. Semua orang nak nampak cantikkan? Ia bukan sahaja penting dalam menyerlahkan penampilan diri kita agar dapat menyakinkan diri kita sendiri. Kita sendiri sedar bahawa setiap hari terdapat pelbagai pilihan produk dari dalam mahupun luar negara, malah banyak syarikat-syarikat yang dikenali ramai juga sering menawarkan varian baharu yang didakwa lebih baik daripada keluaran sebelum dengan formulasi mahupun ciri-ciri yang lebih baik. Dan juga testimoni-testimoni pengguna dan hasil kajian yang tertera pada pek dan iklan produk menjadi sandaran dalam menambat hati orang ramai yang membelinya.

Hingga kini masih ramai yang tidak peka dan ingin mengetahui sama ada produk tersebut mengandungi ramuan terlarang atau pun yang mampu memberi kesan mudarat kepada kulit sama ada pada jangka pendek mahupun panjang. Sapa-apa tentu teruja bila melihat produk-produk keluaran baru di pasaran, apa lagi apabila melihat keberkesanan sesuatu produk terutamanya jika ia memberikan kesan yang diingini dalam masa yang singkat dan membuatkan mereka terus setia dengan jenama berkenaan. 


sumber google
Tanpa diketahui orang ramai, kandungan logam berat seperti merkuri, plumbum atau bahan racun seperti hidrokuinon, tretinoin, paraben, antibiotik dan kortikosteroid sering kali menjadi pilihan pengeluar yang tidak bertanggungjawab dalam menghasilkan rangkaian produk kosmetik dan penjagaan kulit yang mampu memberi kesan negatif pada kulit dan kesihatan. Merkuri boleh memberikan kemudaratan pada kesihatan dan menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan saraf. Logam berat ini boleh mengganggu perkembangan otak bayi dalam kandungan serta kanak-kanak apabila diserap di dalam kulit, malah penggunaan produk yang mengandungi merkuri juga boleh mengakibatkan ruam, kerengsaan dan perubahan pada tona kulit. Hidrokuinon pula biasanya ditambah ke produk pemutih kulit bagi mendapatkan kulit yang lebih cerah atau merawat masalah pigmentasi pada kulit dan lagi ia menjadikan kulit kemerah-merahan, perubahan warna kulit dan hipersensitif, selain mengurangkan perlindungan kulit daripada pancaran sinar UV yang berbahaya dan meningkatkan risiko kanser kulit.

Tretinoin dan antibiotik pula digunakan untuk merawat masalah kulit berjerawat, tetapi ramai yang tidak sedar bahawa ramuan berkenaan menjadi kulit tidak selesa, pedih dan mengelupas serta sangat sensetif pada matahari. Penyalahgunaan krim kortikosteroid pula dikaitkan dengan masalah penipisan kulit, peningkatan kanser kulit serta kulit yang semakin gelap, produk kosmetik dan penjagaan kulit yang tidak sesuai pada keadaan kulit juga memberikan kesan negatif pada kulit termasuk jerawat, jeragat, kegatalan dan keadaan yang sensitif.


FARHAT SOOTHING MIST


Wah....bila tau bahan-bahan tersebut boleh memudaratkan kulit kita rasa takut pulak hendak membeli produk sebarangan betul tak? Menyedari akan kepentingan penjagaan kulit yang baik, Farhat Laboratoires memperkenalkan produk terbarunya iaitu Soothing Mist iaitu semburan bagi menangani masalah penggunaan produk yang tidak sesuai pada kulit wajah. Menurut Pengasas Farhat Laboratoires, Dr. Farhat Ayaz, rangkaian terbaharui itu mampu menenangkan kerengsaan kulit dan seterusnya mengelakkan daripada kekal teruk serta bermasalah.


Farhat Soothing Mist diformulasikan istimewa darpada sumber alam dengan ekstrak bunga-bunagan dan daun menjadi ramuan utama dalam meminimumkan stress pada kulit wajah. Ianya juga tidak mengandungi bahan kimia yang merbahaya dan wangian sintetik bahan terlarang. Produk terbaharu ini dapat membantu mengatasi masalah kulit pengguna secara semula jadi. Farhat Soothing Mist mengandungi ramuan seperti daun Hamamelis Virginia atau lebih dikenali sebagai daun Witch Hazel yang dapat membantu mengurangkan keradangan. Sifat-sifat antikeradangan yang terdapat pada tumbuhan herba ini meredakan keadaan tanpa bertindak secara langsung kepada penyebab keradangan, sekali gus memberi kesan yang lembut pada kulit.

Selain itu, bunga mawar Damsyik (Rosa Damascena) dan bunga kamomil (Chamomilla recutita) bukan sahaja dikenali dengan sifat wangian semulajadi tetapi juga ciri-ciri farmakologikal termasuk antibakteria, antitusif dan kesan yang menenangkan keradangan kulit. Perlindungan antioksida yang terdapat pada bunga-bungaan ini juga mampu menenangkan dan memberi kelembapan kulit . Daun Aloe Vera (Aloe baradenesis) pula bersifat memulih dan antikeradangan yang mengurangkan kerengsaan kulit. Kandungan giberellin dalam tumbuhan ini berperanan sebagai hormon pembersaran yang merangsang pembetukan sel-sel baharu. Ini seterusnya membenarkan keadaan kulit bertambah baik dengan lebih pantas serta meminimumkan kesan parut.

Ramuan Farhat Soothing Mist
Kehadiran herba Centella Asiatica seperti pegaga yang mengandungi sebatian aktif termasuk madecassoside berperanan sebagai antioksida pada kulit. Kandungan yang kaya dengan asid amino juga memberi kelembapan yang baik dan menenangkan kulit yang bermasalah atau rosak. Ia juga mengurangkan kesan kerosakan kulit akibat sinaran cahaya matahari serta meningkatkan keupayaan perlindungan kulit. Farhat Soothing Mist juga mengandungi sebatian magnesium sulfat yang membantu dalam memastikan kulit sentiasa segar, sihat dan kelihatan muda dengan membantu mengurangkan garis-garis halus dan kedutan pada wajah serta mengatasi masalah jerawat dan jeragat. Manakala sodium hyaluronate mampu meresap ke bahagian dalam kulit wajah, memastikan kelembapan kulit yang berpanjangan. Ia juga tidak toksik, tidak memberi kerosakan atau merengsa kulit.

Ramuan tersebut turut membantu menggantikan kehilangan asid bialuronik serta menghalang mikroorganisma penyerang dalam sebatian beracun, seterusnya menghasilkan kulit yang lebih sihat, berseri dan cerah. Tocopheryl acetate atau Vitamin E nerupakan nutrien penting dengan sifat-sifat antikeradangan. Ia membantu menyokong sistem imun, fungsi sel dan penjagaan kesihatan kulit. Ia juga bersifat antioksida dan berkesan dalam menangani kesan radikal bebas di persekitaran. Tocopheryl acetate juga memberi manfaat perlindungan daripada kesan sinaran UV, menggalakkan proses penyembuhan kulit mempertingkatkan fungsi rintangan kulit serta mengurangkan kehilangan air pada kulit.


Dr. Farhat Ayaz mempunyai pengalaman selama 15 tahun dalam bidang penjagaan kesihatan kulit dan menyatakan bahawa pencegahan kulit adalah penting dalam memastikan kesihatan yang berpanjangan. Namun solusi pada masalah yang dialami juga penting dan Farhat Soothing Mist mengatasi keadaan kulit yang terkesan daripada penggunaan kosmetik dan rangkaian penjagaan kulit yang tidak sesuai dengan keadaan kulit pengguna. Ujarnya Farhat Laboratoires sentiasa memberi tumpuan pada produk penjagaan dan kecatikkan kulit terutamanya kulit wajah dengan menyediakan rangkaian produk berkualiti tinggi yang sesuai dengan segenap keperluan kulit. Rangkaian produk Farhat Laboratoires juga memperolehi kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia. Farhat Soothing Mist kini ditawarkan pada harga RM150.00 sebotol 100ml dan boleh didapati di Klinik Kulit Dr Farhat Ayaz & Farhat Wellness.

Rangkaian Produk Farhat Laboratoires


Selain produk Farhat Soothing Mist, Farhat Laboratoires juga menawarkan rangkaian lain-lain produk keluarannya:
  • Blossom Beauty Soap - RM50
  • My Secret Weapon - RM120
  • Sleeping Mask - RM150
  • Recover Serum - RM120



Untuk Maklumat Lanjut Berkenaan
Farhat Laboratoires layari

Facebook

Instagram

Email

Talipon
+60196167505

Alamat

No. 29-G, Jalan PJU 5/20AThe Strand Kota Damansara47810 Petaling Jaya, Selangor

17 ulasan:

  1. Boleh tahan juga harga yang soothing mist tu ye kak? Baru pasang angan-angan nak try hahahha. Pakai mist ni seronok time bosan-bosan boleh spray je :p Ada pernah baca juga tentang produk Dr Farhat ni..

    BalasPadam
  2. First time cx dengae dan tahu pasal Farhat product ni. Menarik juga ya sebab asas bahan² dia adalah bunga²an dan ianya tiada merkuri ke plumbum atau bahan kimia yg lain. Bagus sangat . Terjagalah kulit wajah kita. Takdelah was² nak guna

    BalasPadam
  3. waa mcm menarik jugak yea brand Farhat ni, brg2 pon nampak mcm not bad. suka baca bila ingredients bnyk all natural dan bahan2 yg bnyk fungsi yg baik unt kulit kita kan. Item2 mereka ni semua all natural ke yea? nnt nk tgk2 laa 😍

    BalasPadam
  4. Wahh.. Suka dengan produk yang menggunakan bahan-bahan semulajadi ni. Rasa lebih percaya sebab tak ada kandungan bahan kimia yang diragui. Hihi. Tapi sekarang pun bukan semata-mata perempuan je utamakan kecantikan muka, lelaki pun sama juga. Lagi-lagi dengan cuaca tak menentu sekarang ni bahaya kalau tak ada apa-apa perlindungan.

    BalasPadam
  5. I like to use anything witch hazel. Glad to know Farhat ni guna witch hazel dalam product diorang. Patut pun, byk pengalaman Dr Farhat ni ye.

    BalasPadam
  6. Macam menarik je produk Dr. Farhat ni. Semua gunakan bahan yang bagus. Dekat sana boleh buat treatment sekali ke atau boleh beli produk je? Nak tau jugak kan analisis kulit sebelum beli produk.

    BalasPadam
  7. Menariknya. Macam sesuai untuk eczema. Nanti nak try lah.

    BalasPadam
  8. macam macam product dan jenama yang ada di pasaran sekarang. Memang boleh pening wanita nak pilih mana yang sesesui dengan diri dan kulit.. Nasib baik Mat Drat ni mcm lelaki lain, tak banyak pakai brg kosmetik jadi tak ada la pening nak memilih.

    BalasPadam
  9. takut betul tengok kesan dari produk2 yang tidak berkualiti dan berbahaya. saya sekarang x berani nak simply pakai produk especially kt muka.

    BalasPadam
  10. Produk penjagaan kulit yang berunsur tumbuh-tumbuhan lembut terhadap kulit kita ni. Rangkaian produk Farhat Laboratoires juga memperolehi kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia. Selamat.

    BalasPadam
  11. Bagus kan ada produk yang menggunakan natural elements dalam dia. InsyaAllah jika bersesuaian dengan tuan badan, boleh teruskan. Harga produk dia pun berpatutan

    BalasPadam
  12. Rajinnya akak buat review skincare. Emi sendiri dah lama tak buat review skincare bagai ni, hehe. Btw ni first time emi dengar tentang jenama ni.

    BalasPadam
  13. Ada juga baca pasal produk ni, baguslah Dr sendiri yang keluarkan produk. Tak adalah rasa ragu-ragu sangat.

    BalasPadam
  14. tak mudah nak pilih skincare. perlu tgk jenis kulit, umur, elergi kalau ada. then, perlu tgk ingredients satu2 skincare tu kan. yg penting, wajib beli yg original, like this brand. jgn beli yg timbang kilo!
    aida memang wajib guna sleeping mask. at least 1 kali dlm 2 hari. the next day bangun, muka rasa sgt segar, tegang dan selesa :)

    BalasPadam
  15. Eh dekat je dengan rumah kalau dekat the strand! Boleh singgah nanti & try dapatkan consultation on products dia sebab quite great lah guna natural product

    BalasPadam
  16. Nice sharing kak limah. Produk natural ni memang bagus tapi kena tengok gak sesuai ke tak dengn kulit

    BalasPadam

Thak You For Your Comment