NK Fashion Week (NKWF) Dianjurkan Sempena London Fashion Week (NKLFW) Oleh Norish Kareem Couture (NKC) Jenama Fesyen Tempatan - KEUNGGULAN WANITA LIFESTYLE AUTHOR TRAVEL BLOG

Jumaat, 21 Jun 2019

NK Fashion Week (NKWF) Dianjurkan Sempena London Fashion Week (NKLFW) Oleh Norish Kareem Couture (NKC) Jenama Fesyen Tempatan

NORISH KAREEM merupakan pengasas kepada Norish Kareem Couture (NKC), Norish Kareem Cosmetic dan Norish Kareem London dan akan menganjurkan NK Fashion Week (NKFW) sempena acara fesyen antarabangsa iaitu London Fashion Week (NKLFW) yang akan diadakan pada September 2019.


NK Fashion Week (NKFW) juga buat pertama kalinya akan disertai oleh pereka-pereka fesyen dari Malaysia iaitu Fana Couture, Lila Majnun, Ummiriaz International, MW by Mimi Waheda dan Liza Zulkarnain. Tidak ketinggalan turut serta pereka fesyen dari luar negara. 


Fashion Week tersebut akan dikolaberasi dengan strategic partner iaitu Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE). NKLFW ini dijangka akan diadakan di tengah-tengah Kota London dan dihadiri oleh penggiat fesyen dari seluruh negara dan ianya adalah julung-julung kali dianjurkan oleh pihak Norish Kareem. 



Norish Kareem juga berhasrat untuk mengetengahkan designer-designer Malaysia di pentas dunia dan memberi mereka pendedahan kepada industri fashion antarabangsa. Beliau juga menyedia ruang placement di Butik Norish Kareem London untuk designer-designer di seluruh dunia mempamerkan jenama mereka di Kota London dan sekali gus menembusi pasaran UK dan Eropah yang mana ianya tidak terhad hanya pada pakaian malah kosmetik dan aksesori.





NKFW juga dijangka akan diadakan di Doha, Qatar pada November dengan berkoleberasi dengan agency Kerajaan Qatar dan beliau berharap Label NKFW sebagai satu Organiser Fashion Antarabangsa yang mengadakan Fashion Week di pusat fashion dunia seperti London, Doha, New York, Paris dan Dubai. Bagi designer-designer yang berminat menyertai NK Fashion Week bolehlah menghubungi di email: sales@norishkareem.com






Untuk Maklumat Lanjut layari

WEBSITE

INSTAGRAME

18 ulasan:

  1. bagus ada platform macam ni.. untuk designer yang baru nak mencipta nama tentu takkan lepaskan peluang macam ni kan..

    BalasPadam
  2. Wow London Fashion week looks really interesting. Love how those designers clothes look so lovely and chic. Most importantly it is very suitable for Muslim ladies.

    BalasPadam
  3. Interesting.. Now its a lot easier for new designers to showcase their designs to the fashion industry and be seen to the world

    BalasPadam
  4. Bagusnya baju-baju menutup auarat diketengahkan di idustry fashion anatrabangsa. Anak-anak tempatan mesti bangga dengan kolaborasi ni. Nampak design baju baju semua cantik-cantik. Teringin jugak nak bergaya macam ni.

    BalasPadam
  5. tahniah usahawan melayu tempatan boleh berjaya sampai ke tahap antarabangsa. boleh senang nak sampai ke level macam ni. rasa inspire kejap. design baju pun cantik & nampak ekslusif

    BalasPadam
  6. Untuk orang yang tak berapa tahu pasal fesyen ni, saya rasa event atau platform macam ni sangatlah bagus untuk bakat-bakat baru serta pereka fesyen Malaysia untuk menonjolkan imej Malaysia di mata dunia melalui fesyen. :)

    BalasPadam
  7. Whoa tak pernah dengar designer ni tapi memang nampak cantik design-design dia. Teringin jugak nak tengok fashion show

    BalasPadam
  8. Menarik. nampak sangat simple, design really have certain followers. bagus bila dapat introduce Malaysian designer kat london fashion. tahniah

    BalasPadam
  9. Best tau ada event mcm ni. Bagi mereka yang berbakat dalam dunia fesyen, boleh tonjolkan kretiviti masing masing. Kita suka tengok macam macam fesyen yang keluar. Kadang tak terjangkal dek akal pun ada.

    BalasPadam
  10. Bagus usaha untuk mengetengahkan local talents ke luar negara. Moga dipermudahkan urusan semua - yang mengelola dan juga yang bakal mempamerkan hasil kreativiti masing-masing. Tu kira bawa nama negara gak kan.

    BalasPadam
  11. Wah.. ada pelbagai design dari designer berlainan.. nampak elegan gitu design diorang.. bagus ada event macam ni.. mengumpulkan designer2 yang baru bertapak

    BalasPadam
  12. first time dengar nama nama norishkareem ni..itulah pentingnya platform mcm ni kan...bangga nya org kita berjaya macam ni..

    BalasPadam
  13. Baguslah London Fashion dianjurkan bagi mengangkat martabat fashion designer Malaysia kan. At least orang luar boleh nampak bakat yang ada pada rakyat kita kan. Peluang yang ada perlulah direbut. Betul tak

    BalasPadam
  14. saya memang suka fashion2 nie kak limah. suka tengok model2 berjalan atas runway. rasa macam nak ikut jalan sama. eh !

    BalasPadam
  15. Tak pernah lagi hadir event fashion show camni kak. Bestnya dapat jumpa designer terus. Semoga designer Malaysia terus mendapat tempat di peringkat global. Sama hebat 👍

    BalasPadam
  16. Cantik2 design dia..seronok dapat hadiri event macam ni..Tahniah kepada semua yang terlibat

    BalasPadam
  17. Super extravagant style.. Nak pakai untuk jamuan or majlis khas bolehlah I think.. For normal macam too diva pulak... Kehkeh... But its so nice to see local fashion designers appearing at this kind of grand scale event.

    BalasPadam
  18. Fashion tempatan ni mesti nak sokong ni! Nampaknya fashion designer tempatan makin berbakat tentang fashion ni :) Bagus!

    BalasPadam

Thak You For Your Comment