Bercuti Raya Bersama DIDI & FRIENDS - RILEKLAH! di Quill City Mall Kuala Lumpur - KEUNGGULAN WANITA LIFESTYLE AUTHOR TRAVEL BLOG

Ahad, 2 Jun 2019

Bercuti Raya Bersama DIDI & FRIENDS - RILEKLAH! di Quill City Mall Kuala Lumpur


Rileklah!

Rileklah!! Sempena sambutan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri 2019, kali ni Quill City Mall Kuala Lumpur mengadakan kempen Raya yang  bermula dari 23 May hingga 9 Jun 2019 dengan destinasi mesra keluarga merasmikan kempen Rileklah!Raya Bersama Didi & Friends. Tahun ini Quill City Mall Kuala Lumpur dengan tema rayanya berkenaan pengembaraan Didi & Friends ke pantai untuk sambutan Hari Raya, tema pantai yang santai dan tenang gabungan elemen sambutan Raya secara tradisional dan moden. Dikelilingi dekorasi warna-warni lampu di Atrium Utama, rumah pantai, pokok kelapa, pemandangan laut yang visualistik dan potongan papan Didi antara dekorasi Raya yang tidak boleh dilupakan. Kawasan bertemakan pantai di Atrium Utama untuk keluarga dan kanak-kanak berbuka puasa dan sesi santai di tepi laut dengan beg kekacang berwarna-warni. Konsep terbuka dan bebas ini membolehkan kanak-kanak berkumpul dan bersosial antara satu sama lain dengan koleksi fesyen terbaru. 





Perasmian  Sambutan Rileklah!Raya Bersama Didi & Friends di Quill City Mall Kuala Lumpur telah dirasmikan pada 25 May 2019 oleh Dato' Ar. Micheal Ong - Pengarah Eksekutif Kumpulan Quill, Dato' Lee Fong Yong - Pengarah Syarikat Quill, Encik Alan Cheong - Pengurus Pusat Quill City Mall Kuala Lumpur dan Joseph Teo - Naib Presiden, Pemasaran Quill City Mall Kuala Lumpur. Perasmian tersebut diiringi dengan pelbagai persembahan.




 
Dengan inisaitif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dari Quill City Mall KL satu program We "Sea" Your Wish Wish akan diadakansepanjang tempoh kempen iaitu dari 23 Mei hingga 9 Jun 2019, bersempena sambutan Ramadan dan Hari Raya, para pengunjung akan berpeluang menyumbang kepada Rumah Anak Yatim Yayasan Chow Kit dengan menunaikan impian mereka menerusi kad ucapan yang dipamerkan di We "Sea" Your Wish Display Area di Atrium Utama, Aras Bawah. Kami berharap dengan program ini, kanak-kanak dapat bergembira dan menggalakkan orang ramai untuk turut serta dalam festival keamanan, refleksi dan dipenuhi dengan kebaikan, sambil mengingati mereka yang kurang bernasib baik di dunia. Seperti biasa, kami ingin sebarkan kasih sayang dan kegembiraan kepada mereka yang kurang  bernasib baik sebagai kenangan Hari Rayabyang tidak akan dilupakan pada tahun ini," kata Dato' Ar. Micheal Ong - Pengarah Eksekutif Kumpulan Syarikat Quill.


 Untuk menyertai We "Sea" Your Wish

  1. Pilih satu daripada kad ucapan kanak-kanak
  2. Tulis mesej anda pada bahagian belakang kad
  3. Hantarkan kad ucapan tersebut bersama hadiah ke Kaunter Khidmat Pelanggan
  4. Kami akan bantu anda untuk serahkan hadiah kepada kanak-kanak pada akhir kempen
Penampilan Maskot Didi & Friends


Seri Wangi rasa kanak-kanak ramai sukakan karakter kegembiraan mereka iaitu Didi & Friends. Setiap hujung minggu bermula 23 Mei hingga 9 Jun 2019, penampilan Maskot Didi & Friends akan bertemu peminat dan lihatkan persembahan mereka sambil menyanyi, menari dan merakam ganbar bersama Didi & Friends  di Atrium Utama, Aras Bawah.





Pertandingan dan Promosi Hari Raya


Pelbagai aktiviti yang akan berlansung sepanjang kempen Rileklah!Raya Bersama Didi & Friends seperti Unique Raya Redemptions of Didi & Friends Raya Packets and Sticker, Didi & Friends Zoomoov Ride, Carousel Ride, Guess & 'Sea' Vouchers Redemption, Spot Didi & Friends Photo Contest yang berlangsung dari 23 Mei hingga 9 Jun 2019, satu gambar hanya sah untuk 1 penyertaan dan pengunjung dibenarkan untuk serta contest tersebut tanpa had.
  • Cari Didi & Friends di Quill City Mall KL
  • Pos gambar anda bersama Didi & Friends dan dekorasi Hari Raya di Facebook
  • Letakkan taanda hastag #RayabersamaDidiandFriends dan tag @Quill City Mall KL
  • Pastikan pos gambar anda disetkan 'Public'
3 pemenang dengan gambar yang paling kreatif akan memenangi baucar tunai MR D.I.Y bernilai RM300 seorang. 

Pelbagai Poromosi Sempena Ramadan dan Hari Raya


Quill City Mall KL pengunjung boleh dapatkan koleksi baju-baju baru Sempena Hari Raya yang ada dijual di Reruai Raya seperti Reruai Fesyen Raya yang terletak di Main Atrium Quill City Mall KL, koleksi baju dan barangan  Didi & Friends di bahagian Foyer Pintu Masuk Utama, Aras Bawah. Selain itu para pengunjung boleh menikmati parkir dengan kadar percuma dengan cara mencari Poster Scan Me QR Code pada hari biasa dan percuma untuk 2 jam yang pertama dan hujung minggu pakir adalah percuma. Jadi jom..beramai-ramai berkunjung ke Quill City Mall KL bersama keluarga untuk membeli-belah, melihat pelbagai persembahan dan pelbagai pertandingan untuk adik-adik di hujung minggu sepanjang sambutan Ramadan dan Hari Raya.



Quill City Mall KL mudah diakses melalui lebuhraya, pengangkutan awam dan stesen monerel Medan Tuanku yang terletak di sepanjang Jalan Sultan Ismail, berhadapan dengan Sheraton Imperial Kuala Lumpur dan Asian Heritage Row.

Untuk maklumat lanjut dan aktiviti di Quill City Mall KL

WEBSITE

FACEBOOK

INSTAGRAM

15 ulasan:

  1. that was fun and good info for the fans too. Yeah the concert will be happening too as know just few month away.

    BalasPadam
  2. Great to enjoy raya holiday with didi and friends.. kids must enjoy themselves to maximum..

    BalasPadam
  3. Alamak, kempen ni baru je berakhir semalam la kak Halimah. Mesti dapat sambutan ni sebab Didi & Friends famous betul di kalangan budak-budak sekarang. Good enough that Quill collaborate with this kind of event.

    BalasPadam
  4. Alamak dah terlepas pulak. Next taim jelar join :(

    BalasPadam
  5. Looks like fun activity. I haven't go quill city mall for some time already. Should make a visit there soon.

    BalasPadam
  6. wahhhh nampak meriah betul sambutan di quill city mall nie. ruginya tak datang masa hari kejadian. lama dah tak singgah quill city mall. lepas nie nak kena alert dgn event2 yg diadakan

    BalasPadam
  7. Bagusnya kempen macam ni. Duit bagi budak-budak yang tak reti guna nampak macam tak ada nilai. Tapi hadiah lagi bermakna. Rasa dekat jugak

    BalasPadam
  8. Ala kempen ni dah tamat. Anyway memang bagus inisiatif yang di ambil oleh Quill City Mall untuk mengetengahkan kartun Didi and Friendz sebagai tema kempen mereka. Aktiviti yang dianjurkan menarik peehatian kanak kanak

    BalasPadam
  9. This one I suka sebab kita martabatkan kartun dan animasi tempata daripada luar negara pelik kartun luar negara pakai baju melayu wakakakak... tapi memang ramai peminat Didi & Friend ni termasuk anak sedara kita tak lengkang biji mata tengok huhuhuhuh.....

    BalasPadam
  10. Menarikla dekorasi kat sini. Cantik dan nampak neriah. Kempenpun nampak catchy rilekla hehehe

    BalasPadam
  11. Memang best kalau ada anak kecik tapi cam kita ni, anak2 sume dah berkeluarga, nak tunggu cucu lah pulak baru boleh enjoy to such event
    Cara nak hubungkan nama domain ke webhosting

    BalasPadam
  12. Alololo cutenya kakkkk. Didi Ni kalau anak saya jumpa. Mesti anak saya peluk dia. Seronok bila ikon tv yang mereka kenal bleh beli sebagai kenangan. Macam tshirt tu. Comel.

    BalasPadam
  13. tak pernah lagi pergi wuiin city mall ni..wah didi and friends..ni baak memg anak2 suka ni...ala tapi dh habis ye sampai 9 jun tu..huhu

    BalasPadam
  14. anak ciktom pun suka sgt didi and friends..mesti dia suka kalau dapat ajak bek ke wuin city mall ni..dekorasi cantiknya...syg jauh plk..

    BalasPadam
  15. Wah best nyer event macam ni, boleh bawa anak and enjoy sama sama on weekends right.

    BalasPadam

Thak You For Your Comment