TRAVELOG - MENIKMATI BUFET RAMADAN DI TERATAI COFFEE HOUSE, LOTUS DESARU BEACH RESORT & SPA - KEUNGGULAN WANITA LIFESTYLE AUTHOR TRAVEL BLOG

Ahad, 19 Mei 2019

TRAVELOG - MENIKMATI BUFET RAMADAN DI TERATAI COFFEE HOUSE, LOTUS DESARU BEACH RESORT & SPA



RAMADAN - PUASA HARI KE 14

Jauh Perjalanan, Luas Pandangan - peribahasa Melayu yang sudah lama kita lupakan, sekali-sakala kita berperibahasa pula. Ianya sangat bermakna buat Seri Wangi dalam menempuh perjalanan yang jauh buat diri ini kerana perjalanan kami menaiki bus ekspress menuju ke destinasi Bandar Penawar, Kota Tinggi, Johor. Sememangnya ini adalah kali kedua Seri Wangi menaiki bas ekspress walaupun rasa letih namun begitu perjalanan jauh dapat kita rasakan penuh kenangan sebabnya perjalanan kali ini adalah bersama rakan-rakan lain seramai 5 orang dari KL ke Bandar Penawar dengan menaiki Bas Mara Liner. Kalau nak tau yang lawaknya nampak macam cuma kami berenam yang carterd bus pergi balik sebab tidak ramai penumpang ke Kuala Lumpur.

Haaaa.....Rombongan Kak Limah
Uoll mesti nak tau apa yang kami buat kat sana? Haaaa....kami dapat jemputan untuk Fam Trip Travel Agent Malaysia & Singapore dan Majlis Berbuka Puasa bersama Pengarah Tourism Malaysia, OKU dan Asnaf pada 17hb May 2019 lalu di Lotus Desaru Beach Resorts & Spa, Bandar Penawar, Kota Tinggi, Johor. Of courselah kami bermalam selama 3 hari 2 malam di sini.

  
Day 1 - Hari pertama kami sampai di Terminal Bas Bandar Penawar, Johor pada pukul 2.30 petang di mana kami bertolak dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS) lebih kurang dalam pukul 9.30pagi, kiranya cepat jugaklah kami sampai jadi banyak masa kami boleh berehat.   Pihak hotel sudah sedia menunggu kami untuk dibawa ke Lotus Desaru Beach Resort & Spa. Wau...sangat memukau hati sebab pemandangan seluruh kawasannya sangat luas, cantik dan indah, apatah lagi di tepi pantai. Di lobi hotel masing-masing mendaftar diri check-in untuk penginapan kami. Tidak sabar hendak lihat bagaimana rupa bilik penginapan kami yang merupakan  3 Bedroom Suite bernombor 408.
 




Jom tengok bilik penginapan kami - Wah....macam duduk kat appartment rasanya sebab memangpun bilik penginapan kami merupakan 3 Bedroom terletak di Block C. Alaaa....macam appartment 3 biliklah. Seri Wangi duk bilik masteroom yang ada bilik air, yang lagi 2 bilik tu, berkongsi bilik air...tapi memang puas hati macam kita datang holiday dengan family. Semua kelengkapan ada sebab siap ada dapur bagai...puas hati....


View dari bilik

Tak sah kalau tak selfie

Macam mana best tak bilik penginapan we all? tu... belum lagi tengok bilik penginapan di bilik lain. Jom kita pusing-pusing area Lotus Desaru Beach Resort & Spa tengok apa yang ada sementara menunggu time berbuka puasa.


 





BUFET RAMADAN DI TERATAI COFFEE HOUSE 

Time berbuka dah tiba akhirnya sebab masing-masing memang dah kelaparan haaaa...tapikan bila dah tengok dan round-round area Lotus Desaru tu...tibe-tibe jer...hilang laparnya....haaa. Jom tengok apa menu dia pula...biasalah bila bufer ramadan memang banyak juadah berbuka yang disediakan, antara larat dengan tak larat nak makan...





MENU-MENU BUFET RAMADAN





Alhamdulillah....dah kenyang dah berbuka puasa, Seri Wangi makan yang mana suka ajer...tak larat nak makan banyak-banyak. Menu-menu yang dihidangkan memang semuanya sedap belaka terutamanya roti canai, capati, kari lagilah sedap, ada jeruk lagi firstly ceruk kelubi...fuhhh...





HARGA 

RM58.00nett (dewasa)
RM29.00 (Kanak-Kanak 4-12 tahun)




Kalau uoll nak tau lebih detail dan juga tempahan 

WEBSITE

ALAMAT

Teratai Coffee House
Lotus Desaru Beach Resort & Spa
Lot 1854, Jalan Desaru, Bandar Penawar
81930 Kota tinggi, Johor


TELEFON

07-8842800 Samb: 1966/1822




19 ulasan:

  1. Memang sedap-sedap hidangan di sini. Resort pun cantik dan selesa. Best3x

    BalasPadam
  2. bestnya ke Lotus Desaru! tempat cantik, makanan pun nampak sedap semuanya!

    BalasPadam
  3. Buffet ramadhan ini nampak sedap and harga pun not that expensive. But unfortunately it is very far from KL.

    BalasPadam
  4. Bestnya! Hotel nampak selesa, bilik luas & nice view. Makanan plak nampak sedap. Boleh masuk list untuk holiday ngan famili ni.

    BalasPadam
  5. Seronoknyaaa. Airah tinggal dekat johor pun tak pernah pergi sini lagi. Maybe nanti nak plan la singgah bercuti dekat sini

    BalasPadam
  6. Cantiknya tempat dia. Beruntungnya kak seri wangi dapat ke sana bersama kawan kawan.
    Sungguh, satu perjalanan yang hebat la. Sebab pergi pun naiki bas kan.

    BalasPadam
  7. Menarik juga Lotus Desaru nie kan.
    Penginapan 3 Bedroom tu pun macam best untuk tempah bila percutian dengan keluarga kan.
    Makanan dia menarik gak.
    Thanks share info nie - nanti boleh la masuk dalam list lokasi percutian.

    BalasPadam
  8. Seronoknya kak Limah dan kawan kawan berbuka di sana .Nampak cantik pulak hotel ni. Seles , bilik luas dan view yang cantik. Makanan pun ada banyak pilihan .Mata saya nampak roti canai. Hehehe

    BalasPadam
  9. wahhhh sampai ke desaru kak limah pergi yer untuk berbuka puasa. nampak best betul hidanngan berbuka puasa di sini. rasa macam nak datang sinilah utk menikmati juadah berbuka

    BalasPadam
  10. Jauhnya akak pergi berbuka puasa. Siap pergi bercuti santai lagi kan. Lawa resort ni. Makanan pun nampak sedap sedap. Terbaik

    BalasPadam
  11. Best nya Desaru , besar naw bilik tu baru syok nak tido selesa hehe

    BalasPadam
  12. bestnya dapat bebuka dekat sini..semua mkanana namapk sedap..bilik pun nampak selesa..dah kenyang boleh balik bilik dan rehat..syok

    BalasPadam
  13. Wah!! Jauhnya kak limah berbuka.. Sampai ke Desaru.. Nampak sweet je gambar kak limah dgn cik abg.. Hehehe.. Tapi meriah n byk benor pilihan iftar di sini yea.. Puas hati n harga mmg berbaloi..

    BalasPadam
  14. Seronok dapat berbuka ramai-ramai dan enjoy perjalanan ke Lotus Desaru tu. Bas 6 orang je ke? Mesti bertambah seronok kan. Juadah berbuka pun menarik. Rugi tak join hari tu

    BalasPadam
  15. Wahh bestnya lah dapat jalan jauh dn dapat nikmati berbuka di tempat orang. Nampak best je resort ni..kalau kesana leh lah cuba duduk sini

    BalasPadam
  16. perghhhh! letop la kak limah kita, jalan ke johor. Jauhnya berbuka puasa kak. Mesti bestkan. dapat pulak pergi dengan kawan-kawan, meriah gila la jawabnya :D

    BalasPadam
  17. Bestnya kalau dpt duk sama dgn family. Buffet spread tu nmpk sgt menyelerakan & harga pun very reasonable.

    BalasPadam
  18. Kak limah jalan sokmo dia ye. I is jeles okey. Tapi berbaloi lah harga buffet dia. Tahun ni I perasan buffet ramadan makin murah2

    BalasPadam
  19. Wah best nyer pergi bercuti kat Desaru, that day i passby but tak sempat nak jengak resort tu lagi.

    BalasPadam

Thak You For Your Comment