Time for Shopping...I Love Shopping....Wahh..tipulah kalau uoll kata tak suka shopping kan? Seri Wangi pun suka shopping...naknya kalau time payday kan?Tapi...Seri Wangi kalau nak bershopping bagai jenis berkira sikit...kalau ada bujet bolehlah shopping yang harga mahal sikit, tapi...kalau kurang bujet mestilah nak cari yang murah-murah sikit kan? tapi walaupun murah barang yang kita beli tu hendaklah yang elok, cantik dan berkualiti...betul tak?
Ni...haaaa....Seri Wangi dapat tahu dari kawan-kawan ada satu tempat yang jual barangan murah...murah giler dorang kata....haaaa...Still tak boleh caya ada barangan murah and branded lagi, dorang cakap kat Seri Wangi dorang banyak shopping kat Jalan Jalan Japan. Apa tu....? First time Seri Wangi dengar tau...barangan dia semua barangan terpakai (preloved) dari Japan ke? Kali ni dorang cakap ada cawangan baru Jalan Jalan Japan yang keempat iaitu Jalan Jalan Japan di M3 Shopping Mall, Taman Melati. Kalau korang nak tau Jalan Jalan Japan sudah mempunyai 3 cawangan iaitu
- One City Skypark USJ
- 1 Shamelin Mall Cheras
- Centerpoint Seremban
Ni dia M3 Shopping Mall kat Taman Melati...seronoklah sapa yang tinggal berdekatan dengan mall tersebut dapat shopping untuk Hari Raya nanti sebab di Jalan Jalan Japan M3 Shopping Mall semua barangan ada dari baju wanita, baju lelaki, baju kanak-kanak, baju sejuk yang suka travel tu, barangan hiasan rumah, perabut, permainan kanak-kanak, kasut, beg, produk golf pun ada, papan luncur pun ada...isssshhhh...semualah ada...jadi uoll kenalah singgah kat sini sebab semuanya murah-rumah giler dari harga RM4 hingga seratus ke atas tengok pada branded and kualiti. Dan Seri Wangi nasihatkan uoll jangan bawak anak sebabnya.....haaaa nanti bila dia nampak permainan siaplah uoll nanti semuanya dorang nak!!! nanti uoll nak shopping benda lain pun tak boleh...heee. Jadi...uoll bolehlah shopping di Jalan-Jalan Japan di M3 Shopping Mall yang akan beroperasi sepenuhnya pada 18 May 2019. Untuk info uoll Jalan Jalan Japan diasaskan oleh Mr Daici Shuzui , Director of Jalan Jalan Japan Malaysia yang merasmikan pelancaran #4 SuperStore semasa pre-opening di M3 Shopping Mall di Taman Melati yang mana Seri Wangi dan teman-teman media mendapat jemputan khas untuk melihat sendiri operasi #4 SuperStore tersebut.
Mr Daici Shuzui |
Apa Yang Ada
Di Jalan Jalan Japan M3 Shopping Mall
Uoll tau masa Seri Wangi masuk jer..kat dalam dah menanti staf-staf JJJ dengan bakul masing-masing untuk diberikan kepada pelanggannya, memang layanan mesra habis, uoll kalau blur nak cari kat mana barang yang uoll tak tau tempatnya jangan segan silu tanya kat dorang tu, pasti layanan tip top. Haaa....bermulalah shopping time. Tapi...anak dah awal-awal bagi tau jangan beli banyak barang....haaaaa....sebabnya Seri Wangi datang naik motor jer....pandai errr!! dia takut mak dia terlebih bujet nanti tapi takper....next time l datang kat sini naik kereta pulak. Sabar jer lah....heee.
Tengok kedainya memang luas...terpaku kejap sebab nak mula merncari barang apa dulu haaaaa....tu my body guard yang baju merah, tolong bawak bakul...round dulu dia pun tumpang sekaki nak shopping. Ok...jom tengok apa yang Seri Wangi shopping...window shopping dulu...bila jumpa yang berkenan terus grab...
Haaaa....dah jumpa kasut yang berkenan di hati...cantik tak?Tu jer yang berkenan sebab muat dengan kaki Seri Wangi, kalau uoll suka kasut tumit tinggi memang banyak tapi nasiblah kalau yang berkenan tu ada size uoll. Oh lupa nak cite kasut tu harga dia cuma RM20 jer...
Jom tengok baju perempuan pulak...sebenarnyakan banyak jer baju-baju pompuan ni...tapikan....tulah bila dah tengok banyak-banyak tu jadi tak reti pulak nak memilih rasanya mau duk kat situ sampai 1 hari 1 malam baru puas hati memilih...last Seri Wangi campai baju berbunga-bunga gitu...yang swsuai dengan usia Seri Wangi dan tau tak harganya cuma RM10.00 jer...murahkan?
Baju kanak-kanak pun banyak seronoklah sapa yang ada baby and kanak-kanak sebab banyak pilihan. Seri Wangi pun leka tengok terutamanya baju kanak-kanak perempuan macam-macam fesyen. Murah pun murah.
Seri Wangi round pulak kat bahagian baju sejuk lelaki sebab nak belikan untuk abang tersayang Winter Coat sebab kami akan travel ke Turki bulan Dis hujung tahun ni. Wauu...dah jumpa dah yang amat teemurah gitu...cuma RM40...kalau kat luar agak-agaknya berapalah kan? Happylah sangatlagh dia sebab ngam-ngam dengan badannya tinggi tu. Hmmm...dah settle apa yang nak Seri Wangi beli tinggal anak bujang l ajer...my body guard..jom tengok apa yang dia beli.
Biasalah budak lelaki sukakan benda-benda macAm tu, duk tengok Lama-lama kat situ bahagian toys dan anak-anak patung serta kereta-kereta dan figura patung mainan....last nak tau apa yang dia beli?Tu dia...patung Minion dia kata kalau kat luar mahal dan dia memang suka buat tidur dan nak tau berapa harga dia? cuma RM30 jer...Seri Wang pun beli satu permainan untuk cucu-cucu Seri Wangi buat keleksi kat rumah sebab bila dorang datang habis dikerjakannya mainan kat rumah...biasalah bebudak mesti bersepah-sepahnya...tapi grama dia jenis baik hati....tak kisah pun...heeee
TOYS - RM8.00 |
Seronoknya shopping sedar tak sedar tengok time dah lebih dekat 3 jam duk dalam tu, kira-kira bujet Seri Wangi beli barang kat situ dalam RM100 lebih, agaknya kalau datang naik kete maunya lebih..haaaa.
Oklah....dah habis shopping tengok tu...satu plastik besar jugal Seri Wangi shopping...penuh jugak bakul motor nak bawak balik....haaa. Uoll jangan lupa tau datang ramai-ramai masa pembukaan Jalan Jalan Japan #4 SuperStore pada 18 May 2019 di M3 Shopping Mall, Jalan Madeasah, Jalan 1/22a, Taman Melati, 53100 Kuala Lumpur.
Haaaaa.....#JJJump4Joy masa pembukaan nanti 18 May 2019 |
Seri Wangi Belanja Youtube
Jalan Jalan Japan
#jjjump4joy #jalanjalanjapanmy #preloved #M3hoppingmall
Untuk maklumat lanjut berkenaan
Jalan Jalan Japan layari
WEBSITE
FACEBOOK
INSTAGRAM
yeah I like to go this JJJpan, so much to see and shop. Many things I can find from there. good there having more outlets now, can find a day to go.
BalasPadamNak shopping sana jugakk..mcm berbaloi jer shopoing kt sana kan
BalasPadamWahhh..banyak ke shopping kak? Memang seronok masuk jjj ni..macam2 ado. Hanny pernah ke Cheras..not bad gak
BalasPadamBest kan kak shopping kat sini. Saya suka JJJ ni. Murah! Kalau travel, mesti cari barang tambahan kat sini. hehehe
BalasPadamSyira peminat barang preloved. Jalan jalan Japan ni dah lama syira dok usha. Tapi tak sempat lagi pegi. Nanti nak pegi
BalasPadamBestnya shopping dekat sini, banyak pilihan, barang pun berkualiti elok lagi, murah pulak tu! Kalau akak naik motor boleh habis RM100, bayangkan yang naik kereta ni haaa
BalasPadamNad haritu datang sini pun masa tapau sab.. Pergh banyak betul barangan dia nak p ambil.. Barangvmasih cantii dan elok.. Murah lulak tu.. Mau tak ambil banyak barang..
BalasPadambestnya kak halimah shopping di sini. dah lama saya teringin datang ke sini. tak sampai2 lagi. okay nanti nak plan bawa satu family shopping barang dekat JJJ.
BalasPadamBestnya tengok ramai orang update shopping kat sini. bila lah kat penang ada satu cawangan jalan-jalan japan.
BalasPadam