Uoll tentu belum pernah dengar Kad Sim Glamor MyPrepaid kan? Seri Wangi telah pun hadir di Majlis Pelancaran Produk Kad Sim Glomor MyPrepaid Edisi Eksklusif Rozita Che Wan kepada peminat beliau di samping itu mencari usahawan yang berminat untuk mencebur diri menjadi pengedar kepada kad sim eksklusif ini.
Keistimewaan dan Kelebihan Kad Sim Glomor MyPrepaid Edisi Eksklusif Rozita Che Wan
Kalau uoll nak tau Kad Sim Glomor MyPrepaid Edisi Eksklusif Rozita Che Wan adalah kad prabayar yang ditawarkan khusus buat peminat Rozita Che Wan di seluruh negara menggunakan jenama MyPrepaid. Kad Prabayar ini adalah hasil kerjasama eksklusif antara Che Wan sebagai Brand Partner kepada My International Mobile Sd. Bhd iaitu pengeluar jenama MyPrepaid. Murah jer kad prabayar ni hanya bernilai RM10 jer..murah kan? Lagi ada kredit percuma bernilai rm5 untuk panggilan, SMS dan Data dan juga mempunyai liputan seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak...bestkan?
Kad Edisi Eksklusif ini dikeluarkan khusus kepada peminat Rozita Che Wan untuk menghargai peminatnya dengan kad sim eksklusif yang menawarkan pelan caj panggilan yang super jimat. Memberi peluang kepada peminatnya untuk menjadi usahawan dan membina hubungan berterusan antara peminat dengan Rozita Che Wan.
Kad Eksklusif ni menawarkan beberapa kelebihan berbanding kad prabayar yang sedia ada di pasaran, jom kita tengok apa kelebihan kad prabayar ni:
1. Pelan Harga super jimat yang memberikan 3 x ganda lebih masa berbual berbanding dengan kad lain dalam pasaran
- Caj psnggilan adalah 12.5 sen dengan blok 30 ssat, 10 sen untuk SMS dan 10sen/MB untuk data Pay As You Use.
- Setiap tambahnilai akan menerima Kredit Percuma secara berganda.
- Setiap RM10 tambahnilai akan digandakan secara percuma oleh syarikat. Ini menjadikan jumlah kredit keseluruhan yang mereka terima adalah sebanyak RM20. Nilai maksima tambahnilai adalah RM50.
- Tambahnilai 10, terima tambahnilai kredit RM10 menjadikan keseluruhan kredit RM20.
- Tambahnilai 20, terima tambahnilai kredit RM10 menjadikan keseluruhan kredit RM40.
- Tambahnilai 30, terima tambahnilai kredit RM10 menjadikan keseluruhan kredit RM60.
- Tambahnilai 40, terima tambahnilai kredit RM10 menjadikan keseluruhan kredit RM80.
- Tambahnilai 50, terima tambahnilai kredit RM10 menjadikan keseluruhan kredit RM100.
3. Perlindungan Takaful Kemalangan Peribadi Percuma kepada setiap pengguna
Program Usahawan Kad Sim Glomor MyPrepaid Edisi Eksklusif Rozita Che Wan
Program usahawan ditawarkan kepada semua peminat Rozita Che Wan untuk menceburkan diri menjadi pengedar kepada kad prabayar ini. Program ini hanya terbuka kepada 500 pendaftar terawal sahaja. Pendaftaran bermula pada 29 April hingga 11 May 2019. Untuk menjadi agen mereka perlu membayar ebanyak RM3,888, pembayaran penuh perlu dibuat pada 11 May 2019 dalam satu majlis dan seterusnya akan ditempatkan dalam program pembangunan usahawan pada hari yang saama. Agen yang mendaftar akan dibekalkan dengan tools pemasaran yang diperlukan.
Apa yang usahawan terima dengan nilai RM3,888
1. Mereka yang mendaftar dan menjelaskan pembayaran akan menerima 30 min KAD SIM Glamor My Prepaid Edisi Eksklusif Rozita Che Wan.
2. Akses VIP kepada sistem Vendor MyPrepaid bernilai RM4,890 yang membolehkan mereka melakukan perkara berikut:
- Mengaktifkan SIM
- Menjual tambahnilai MyPrepaid
- Menjual tambahnilai jenama lain talian prabayar di Malaysia
- Menjual tambahnilai jenama lain talian prabayar di 130 negara lain di dunia.
- Mendaftarkan agen lain
4. Tools pemasaran seperti buku, Brosir, Bunting dan buku Menu bernilai RM400
5. Wallet tambahan bernilai RM100
6. 1 x Baucer diskauan 20% bagi jenama barangan byRCW
7. 1 x Tiket majlis berbuka puasa bersama Rozita Che Wan bernilai RM250 pada 19 May 2019.
8. 1 x Tiket cabutan bertuah yang menawarkan hadiah bernilai hampir RM100,000.
Bagaimana pula cara mendaftar menjadi Usahawan
Mereka yang berminat bolehlah mendaftar di laman website www.myprepaid.com.my bermula pada 29 Apr 2019 hingga 10 May 2019.
Untuk maklumat lanjut layari
WEBSITE
FACEBOOK
INSTAGRAM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Thak You For Your Comment