FAM TRIP TRAVEL AGENT MALAYSIA & SINGAPORE DAN MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA ASNAF SERTA ORANG KURANG UPAYA (OKU) DI LOTUS DESARU BEACH RESORT & SPA - KEUNGGULAN WANITA LIFESTYLE AUTHOR TRAVEL BLOG

Rabu, 22 Mei 2019

FAM TRIP TRAVEL AGENT MALAYSIA & SINGAPORE DAN MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA ASNAF SERTA ORANG KURANG UPAYA (OKU) DI LOTUS DESARU BEACH RESORT & SPA

DAY 2 -  Pada 17 May 2019 - Seri Wangi dan teman-teman berkumpul di Dewan Lily, Lotus Desaru Beach Resorts & Spa untuk menghadiri sesi dailog dan perasmian Fam Trip Ejen Pelancongan Malaysia dan  Singapura serta Media bersama wakil Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya mengenai kerjasama dalam pelancongan tahun 2019 dan 2020 .







Setelah selesai program tersebut semua tetamu yang hadir telah dibawa untuk melihat seluruh kawasan Lotus Desaru Beach Resorts & Spa. Seri Wangi pun tidak sabar nak ronda-ronda seluruh kawasan Lotus Desaru apatah lagi ketika itu cuaca memang cantik. Jom ikut Seri Wangi ronda-ronda  tapi kalau nak tengok Seri Wangi makan apa kena tunggu malam time berbuka.



LOTUS DESARU BEDROOM SUITE










Bilik Penginapan

One-Bedroom Suite from RM298 per night
Two-Bedroom Suite from RM520 per night
Three-Bedroom Suite from RM650 pernight
Four Bedroom Suite 
Penthouse Apartment 
(termasuk sarapan pagi & 2 tiket Waterpark)

LOTUS DESARU "SPLASHTACULAR" WATERPARK










Daily Ticket Waterpark Lotus Desaru

Dewasa  -  RM28
Kanak-Kanak - RM18
Dibuka setiap hari - 8.00am - 6pm


Kalau uoll menginap di Lotus Desaru ni memang tak sah kalau tak turun mandi-manda di Waterpark Lotus Desaru ni. Penginapan di sini uoll akan dapat 2 ticket untuk bermandi-manda di Waterpark Lotus Desaru dan juga di kolam renangnya yang sangat unik dan cantik landskap di sekelilingnya dan pastinya memang happy makcik-makcik bawang ni berselfie...haaaa


DINING & ENTERTAINMENT




Bestkan dapat round-round tengok pemandangan seluruh kawasan Lotus Desaru. Jom Seri Wangi bawak uoll tengok restoran-restoran yang terdapat di sini yang terletak di tepi pantai, memang best sebab uoll dapat menikmati hidangan menu-menu yang lazat dan sedap dengan tiupan angin sepoi-sepoi bahasa dan malamnya yang nyaman dan dingin.


Kalau uoll nak tau di Lotus Desaru mempunyai 3 restoran yang uoll boleh pilih sama ada makan sambil menikmati keindahan pantai ataupun menikmati hidangqn masakan melayu asli seperti di Teratai Coffee House, Rhu Seafood Restaurant & Beach Hut dan Sea View Restaurant, 



Penyambut Tetamu Tak Bergaji


(Baca: Menikmati Bufet Ramadan di Teratai Coffee House)


MANJAKAN DIRI DI LOTUS SURIA SPA




Oklah...dah penat round satu kawasan dengan rombongan Kak Limah, jom kita gi urut mengurut pulak untuk manjakan diri di Lotus Suria Spa dan juga ada Lotus Suria Ayurveda Spa. Korang boleh pilih yang mana nak diurut sama ada sytle Bali ataupun Tradional India iaitu AYUR makna Kehidupan dan VEDA pula makna pengetahuan. Memang syoklah bila satu badan diurut terasa badan segar dan hilang lenguh-lenguh satu badan.

LOTUS DESARU FARM


Seri Wangi cuma dapat melihat Mini Zoo yang terdaat di situ, paling best kedatangan akan disambut dengan suara riuh-rendah iaitu si Burung Merak Kayangan, sekali-sekali dia akan kembangkan ekornya yang berwarna-warni dan setiap kali uoll lalu pasti dia buat bising. 

Penginapan Di tepi Pantai
Lotus Seaview Beach Resort & Spa - Pengerang


Lotus Seaview Beach Resort & Spa adalah lokasi kedua penginapan mewah di tepi pantai yang terletak di Pengerang. Seri Wangi sangat tertarik melihat keindahan pantainya, ari itu cuaca sangat panas jadi masing-masing tak larat nak bercanda di tepi pantai...haaaaa


Kami semua diberi peluang untuk meninjau kawasan penginapan Lotus Seaview & Spa dari dekat, sememangnya nampak mewah dan eksklusif untuk yang suka dengan pemandangan di tepi pantai dan berbbq bersama family waktu holiday. Jauhnya Lotus Seaview ni dari Lotus Desaru kira-kira 15 minit perjalanan.



 Seri Wangi dan kawan-kawan sudah penat seharian ronda-ronda seluruh kawasan Lotus Desaru dan Lotus Seaview Pengerang, semua dah kepenatan oklah time semua berehat untuk Majlis Berbuka Puasa pulak...tungguu...

MAJLIS BERBUKA PUASA DI LOTUS BALLROOM


Satu Majlis Berbuka Puasa telah diadakan di Ball Room, Lotus Desaru & Spa bersama wakil Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, OKU, Asnaf, ejen-ejen pelancongan dan juga media. 


Menu-menu yang dihidangkan semasa berbuka puasa sangat menarik dan membuka selera di samping itu pelbagai acara diadakan seperti Penganugerahan Sijil Pengiktirafan BeSS oleh Jabatan Kesihatan Negeri Johor, Penyampaian sumbangan kepada Asnaf dan orang kurang upaya (OKU) dan 3 persembahan daripada PDK Bandar Tenggara & Asnaf (Kota Tinggi).








Penganugerahan Sijil Pengiktirafan BeSS oleh Jabatan Kesihatan Negeri Johor, Penyampaian sumbangan kepada Asnaf dan orang kurang upaya (OKU) dan 3 persembahan daripada PDK Bandar Tenggara & Asnaf (Kota Tinggi).




Alhamdulillah...selesai sudah majlis berbuka puasa malam tu dengan meriah dan jayanya. Syukurlah dapat juga Seri Wangi berbuka di Lotus Desaru Beach Resort & Spa bersama wakil Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, OKU, Asnaf, ejen-ejen pelancongan dan juga media.


Untuk maklumat mengenai pakej penginapan, tempahan, harga dan promosi bolehlah layari:

WEBSITE

ALAMAT

Lot 1854, Jalan Desaru
Bandar Penawar
81930 Kota Tinggi
Johor Darul Takzim

TELEFON

+6078842800


15 ulasan:

  1. Wah. Banyak aktiviti yang dijalankan kat situ ye.
    Mesti penat memasing seharian penuh dengan aktiviti. Tapi yang best sebab last dapat berbuka puasa dengan semua yang ada.

    BalasPadam
  2. Luasnya Lotus Desaru ni sampai bila tengok satu-satu gambar kat blog ni rasa macam tak habis berjalan seharian. Environmentnya pun cantik dan bersih. Harap dapat pergi kat sini juga nanti

    BalasPadam
  3. Seronoknya akak sampai ke Desaru ha. Tengok gambar, rasa nak pergi je nanti. Musim cuti seolah ke kan. Hehehe

    BalasPadam
  4. seronoknya dapat ikut fam trip macam ni...mesti banyak pengalaman best terutama ada menteri yang turut hadir memeriahkan majlis..satu program csr yang perlu diteruskan lagi

    BalasPadam
  5. nampak menarik tempat dia..boleh masuk dalam wishlist bercuti nanti..ada tempat mandi manda tu yang syok..ade farm lagi..pergh..hotel pun menarik

    BalasPadam
  6. bestkan pergi Lotus Desaru...lagi best dapat pi massage dia..hilang semua lenguh2 badan

    BalasPadam
  7. menarik betul aktiviti2 yang dijalankan di situ. meriah ! mestis eronok je anak2 asnaf kat situ. kita perlukan program sebegini lebih banyak di masa akan datang.

    BalasPadam
  8. Bagusnya usaha murni FAM TRIP TRAVEL AGENT MALAYSIA & SINGAPORE ni buat majlis berbuka puasa bersama Asnaf serta orang kurang upaya.. semoga kebaikan mereka diberi ganjaran yang berlipat kali ganda...

    BalasPadam
  9. Wah!! Sakan kak limah jenjalan sambil lakukan tugasan.. Last nampak gambar en hubby kak limah.. Best la dpt spent time together dgn en husband kan??

    BalasPadam
  10. Tempat yang menarik ... semoga mereka bergembira juga

    BalasPadam
  11. Cantik lah deko desaru resort ni! Memang best kalau nak bergambar masuk insta tak pun simpan jadi kenangan buat photobook. Hilang stress bila lepak tempat cantik macam ni. Siap ada spa pulak tu.

    BalasPadam
  12. Murahnya harga waterpark di sini. Next time saya boleh try pergi sini.

    BalasPadam
  13. Bestnya dapat pengalaman berbuka di tempat orang dan join macam-macam aktiviti dan part best ada jugak program csr..terbaik sungguh. Next nak join gak lah..hehehe

    BalasPadam
  14. Amboi kak limahhh.. rajinnya travel bulan puasa ni. Tapi tu la, saya pun tak pernah sampai lagi tempat ni. Luas jugak ekk. Siap ada mini zoo dengan waterpark lagi. Ha, nanti kalau ada pergi ke Desaru, maybe leh stay sini

    BalasPadam
  15. menariknya pergi FAM trip masa bulan puasa. tak pernah rasa lagi .. mungkin tahun depan bila kids dah besar

    BalasPadam

Thak You For Your Comment