MCDONALD'S SUNWAY IPOH CITY DT, TAMBUN, PERAK - KEUNGGULAN WANITA LIFESTYLE AUTHOR TRAVEL BLOG

Khamis, 18 April 2019

MCDONALD'S SUNWAY IPOH CITY DT, TAMBUN, PERAK


I'm Lovin it


Cuti-cuti Malaysia...time for trip ke Perak pulak. Seri Wangi bukannya tak pernah ke Perak, selalu jugak ke Perak bersama hubby tersayang berjumpa dengan kawan-kawan dia jika ada majlis kahwin. Tapi tak semua tempat kita dapat pergikan? Sebenarnya banyak tempat-tempat menarik di Negeri Perak ni yang belum dapat kita terokai. Jadi semasa cuti sekolah yang lepas Seri Wangi bersama family #bloggerpantaitimur adakan trip ke Perak (Travel-Eat-Write) haaaa....kalau dah jalan-jalan, makan-makan lepas tu kenalah menuliskan? Sekala-sekali bertemu dengan dorang ni memang happening mana taknya bila dah berkumpul ramai-ramai dengan masing-masing membawa anak memanglah riuh rendah jadinya macam Seri Wangi cuma berdua jadi layan ajerlah kerenah anak-anak dorang tu...teringatlah pulak masa anak-anak Seri Wangi kecik-kecik yang banyak kerenah dan ragam.


Jadi sebelum kami meneruskan aktiviti mandi-manda, mami semua singgah untuk isi perut dulu sebab perut masing-masing dah menyanyi kelaparan, lebih-lebih anak masing-masing dah tunjuk lambang M iaitu Restoran Macdonalds Sunway Ipoh City DT Tambun, Perak.

Lokasinya memang strategik dan sesuai sangat sebab kawasan sekitarnya berdekatan dengan kawasan penduduk dan juga theme park yang pastinya ramai yang akan berkunjung ke Restoran Macdonalds Sunway Ipoh City DT Tambun, Perak untuk menikmati menu-menu lazat di sini. Sewaktu tiba di situ kami disambut oleh En. Fairuz, pemilik francais Macdonalds Sunway Ipoh City yang berusia 39 tahun dah berkahwin dan mempunyai 3 orang anak.


Walaupun beliau masih muda namun begitu dalam perniagaan beliau mempunyai pengalaman luas, berdikari dan sentiasa berusaha untuk meningkatkan perniagaannya. Beliau telah mula melinbatkan diri dalam perniagaan dari usia 19 tahun, pernah bekerja part time ketika belajar di Australia untuk menampung pembelanjaannya di sana sambil belajar masakan dari peniaga malaysia yang berada di Australia dan berniaga makanan untuk dijual kepada student-student di sana. Banyak menimba ilmu dan pengalaman sepanjang beliau melanjutkan pelajaran di Australia dalam selok belok perniagaan di samping meneruskan pelajaran di sana. Segala usaha dan ketabahan beliau itu dapatlah kini beliau berbangga dengan hasil titikpeluhnya sendiri sehingga beliau dapat membuka Francais McDonald's Sunway Ipoh City Tambun

Menu-Menu McDonald's

HOT N CRISPY CHICKEN

HOT & DELICIOUS PIE (CHICKEN RENDANG PIE)

MY FAVOURITE SMOKY GRILLED BEEF

MCDONALD'S HAPPY MEAL


Hmmmm...sedapkan? Itu hidangan yang kami makan untuk lunch pulun makan kenyang-kenyang sebab lepas ni nak discover theme park Lost World Tambun pulak. Memang semua menunya sedap-sedap belaka.




Seri Wangi sangat suka burger Smokey Grilled Beef yang memang sedap dan lembut, laju jer masuk dalam mulut...lepas tu pulun pulak makan Chicken Rendang Pie yang first time Seri Wangi makan. Patutlah budak-budak suka sangat makan pie ni...hingga makan pun dah tak toleh kiri kanan.....haaaaa





Rasanya semua dah pun kenyang and enjoy menikmati hidangan McDonald's yang sangat sedap dan lazat, jadi sudah tentu semuanya happy nanti bila pergi mandi-manda bersama family. Uoll yang rasa-rasa nak ke Ipoh tu, bolehlah singgah di Restoran McDonal's Sunway Ipoh City Tambun, Perak pasti uoll happy sebab tempatnya luas dan selesa.


Untuk Maklumat Lanjut bolehlah layari:

Facebook:


#Mcdonaldsmalaysia  #Mcd  #foodreview  #travelperak  #teamBPT

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Thak You For Your Comment