MAJLIS PELANCARAN PROGRAM UMAH CINTA QURAN - PENGEDARAN DAN PENYAMPAIAN QURAN WAKAF DAN SUMBANGAN BANTUAN RAMADHAN KEPADA FAKIR MISKIN DAN ASNAF SELURUH MALAYSIA - KEUNGGULAN WANITA LIFESTYLE AUTHOR TRAVEL BLOG

Ahad, 21 April 2019

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM UMAH CINTA QURAN - PENGEDARAN DAN PENYAMPAIAN QURAN WAKAF DAN SUMBANGAN BANTUAN RAMADHAN KEPADA FAKIR MISKIN DAN ASNAF SELURUH MALAYSIA

ASSALAMUALAIKUM


Seri Wangi berkesempatan hadir di Majlis Pelancaran Program Ummah Cinta Quran pada 18 April 2019 lepas yang di Dorsett Hartamas, Kuala Lumpur. Sempena ketibaan bulan Ramadhan yang tidak lama lagi disambut oleh umat Islam maka Program Ummah Cinta Quran tidak secara langsung dapat membantu dan memberi sumbangan kepada fakir miskin dan asnaf seluruh Malaysia yang memerlukannya.


Program Ummah Cinta Quran ini diterajui oleh Puan Sofia Aliza Mohd Isa - Pengasas Daily Quran di mana beliau menganjurkan sesi tadabbur dan huraian tafsir selama 10-15 minit sehari dan Saudara Razalif Mohamad Zain - Metamorphorsis Skill Sdn. Bhd adalah seorang usahawan muda dan menerajui beberapa buah syarikat penerbitan (production house), PR dan event serta juga ada menerbitkan beberapa buah filem dan banyak lagi dan juga En Azmi Jaffri dari SWA TV adalah rakan media yang turut serta menyertai program tersebut. Untuk makluman semua bahawa program ini tidak meminta sumbangan orang ramai ataupun korporat kerana kos penganjuran program tersebut ditanggung oleh pihak Metamorphorsis Skill Sdn. Bhd sebagai memenuhi tanggungjawab korporatnya kepada masyarakat. Program tersebut juga bekerjasama dengan Fahd Agensi, penerbit dan pencetak Quran Wakaf di mana Fahd agensi menyumbang Quran Wakaf beserta terjemahan sebanyak 1500 buah naskah dan 530 buah lagi diwakafkan oleh agensi-agensi seperti Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Malaysia, Istana Budaya, Jabatan Muzium Negara, Kelab-Kelab dan agensi Kerajaan/Swasta, selebriti dan ramai lagi.









Pengisian Program Ummah Cinta Quran 


Pengisian Program Ummah Cinta Quran sepanjang bulan Ramadhan adalah seperti berikut:

1.   Pengedaran dan penyampaian Quran Wakaf sebanyak 2000 naskah kepada lebih kurang 100 buah masjid/surau/madrasah di seluruh negara ang akan bermula pada 23 April 2019 dan berakhir pada 3 Mei 2019.

2.   Pengedaran dan penyampaian Quran Wakaf sebanyak 30 naskah kepada 1 buah masjid dan surau di Seoul, Korea pada 7 hingga 10 Mei 2019.

3.  Penyampaian sumbangan bantuan makanan kepada golongan fakir miskin dan asnaf yang ditaja sepenuhnya oleh Metamorphorsis Skill Sdn. Bhd sepanjang jelajah penyerahan Quran Wakaf tersebut.

4.  Saudara Razalif Zain juga menganjurkan Tadrus bersama sahabat/Ummah Cinta Quran di masjid-masjid yang dinyatakan di atas sepanjang bulan Ramadhan ini. Beliau jug akan menyumbangkan makanan untuk bersahur kepada golongan asnaf dan fakir miskin sepanjang Ramadhan nanti.

5.  Program Khatam Al Quran dan Berbuka Puasa di sebuah hotel terkemuka yang akan dihadiri oleh salah seorang Imam Besar Masjidil Haram , Mekah pada 25 Mei 2019.

6.  SWA TV juga akan menyertai program tersebut sepanjang pengedaran dan penyampaian quean-quran wakaf ini di Malaysia da juga di Korea di mana penyerahan quran ini akan dimuatnaik di saluran Cinta Quran di SWA TV. 

En Azmi Jaffri - SWA TV
Sekiranya ada yanf berminat untuk sama-sama menyertai dalam program Quran Wakaf tersebut dengan menyumbang sebanyak RM5 untuk satu penama di tempat-tempat seperti berikut:

Hari Jumaat:  Di kaunter Tetap Masjis Negara, Pintu 4 dan Pintu 5.

Hari Ahad :  Di Pasar Tani Shah Alam, Selangor. 




  
Untuk maklumat lanjut berkenaan Quran Wakaf bolehlah hubungi:
                    
                     Sofia :  011-32546474   Razimi: 017-4344197


19 ulasan:

  1. alhamdulilah benda yang baik elok kita buat supaya boleh jadi manfaat kat orang lain. tambah lagi dah nak dekat bulan puasa ni kan

    BalasPadam
  2. terima ksih atas perkongsian ni..moga kita semua dapat manafaat dan menyumbang sedikit sebanyak

    BalasPadam
  3. Bagus program sebegini.. Nak pula tak lama lagi Ramadan bakal tiba.. Perbanyakkan sedekah pd yg lebih memerlukan

    BalasPadam
  4. Program macam nihlah yang kita nak untuk mendidik masyarakat bersedekah dengan mewakaf al quran untuk golongannyang memerlukan .Nak nak bulan ramadhan ni elok buat benda bermanfaat dan memdatangkan pahala ni kanm

    BalasPadam
  5. Bagus ada inisiatif macam ini untuk membantu golongan anak yatim. Semoga diberkati dan dipermudahkan segala urusan. aminn

    BalasPadam
  6. Komplet lengkap panjang dan jelas kalau baca tajuk tu sahaja hehehehe tapi bagus usaha macam ni tak ramai NGO dan juga badan swasta terlibat dan ia adalah satu usaha murni tambah-tambah nak bulan Ramadan kena tambah amalan kan akak...

    BalasPadam
  7. alhamdulillah. semoga lebih banyak program sebegini diadakan supaya semua dapat menerima manfaat dan rezeki :) terima kasih atas perkongsian ini :)

    BalasPadam
  8. Bagus program csr macam ni. Sesuatu yg blh diiikuti bukan sahaja od bulan ramadhan nanti. Moga sumbangan yg diberikan dapat mengurangkan bebanan

    BalasPadam
  9. Bestnya. Emi dah lama tak join program macam ni. Sibuk sikit kebelakangan ni. Program2 macam ni bagus sebenarnya..

    BalasPadam
  10. Sesekali kita mengimarahkan bacaan alquran kan.. liez pun suka klau ada program wakaf alquran sbb ini salah satu cr kita mendapat pahala berterusan dan juga membantu org2 yang memerlukan..semoga segala yg kita kongsikan dpt memberi sedikit pahala dan kesedaran berterusan

    BalasPadam
  11. Baguslah program2 sebegini. Menambahkan lg kecintaan kita pd AlQuran. Perlu lebih banyak program2 sebegini utk masa akn datang

    BalasPadam
  12. Alhamdulillah.. Moga lepas ni lebih ramai syarikat korporat yang akan turut serta memberi sumbangan dan menyalurkan bantuan buat yang memerlukan. InsyaAllah

    BalasPadam
  13. wah bagusnya program macam ni. Banyak jugak ya al-quran yang diwaqafkan. Moga Allah permudahkan urusan kalian untuk program ini.

    BalasPadam
  14. Suka sangat program ini sebab banyak membantu gologan susah. Harap program macam ni dapat diteruskan sampai bilaw

    BalasPadam
  15. Memang baik lar syarikat ini. Boleh menyemai cinta untuk Al Quran kan? Patut galakkan lebih banyak syarikat untuk berbuat demikian.

    BalasPadam
  16. Alhamdulilah di atas usaha sebegini. Moga diberkati usaha mereka semua dan dipermudahkan urusan untuk meladeni semua lapisan masyarakat. InsyaAllah, dermawan di Malaysia akan membantu.

    BalasPadam
  17. Bagus sangat usaha macam ni.. untuk mendekatkan kita lebih dekat dengan alquran dan dalam masa yang sama turut membantu mereka yang memerlukan

    BalasPadam
  18. alhamdulillah ada juga program dan pengisian yang bagus untuk masyarakat, semoga berterusan dan akan banyak penyertaan dimasa akan datang

    BalasPadam
  19. Kak thanks for sharing this good deeds during Ramadan, i will share with my Malay friends.

    BalasPadam

Thak You For Your Comment