RAKITA JENAMA BARU MEDIA PALING SEGAR MASA KINI MELALUI RAKITA WATCH, RAKITA GO, RAKITA XR DAN RAKITA 107.9 - KEUNGGULAN WANITA LIFESTYLE AUTHOR TRAVEL BLOG

Jumaat, 11 Januari 2019

RAKITA JENAMA BARU MEDIA PALING SEGAR MASA KINI MELALUI RAKITA WATCH, RAKITA GO, RAKITA XR DAN RAKITA 107.9



#MEMANGLIT

RAKITA kalau uoll nak tau siaran jenama media terbaru paling segar masa kini. Jenama penyiaran baru maklumat hiburan (infotainment) pertama yang menyampaikan dan menghiburkan audiens  dengan kandungan pelbagai genre terkini yang segar, original dan sahih daripada digital, radio, on-ground dan realiti berperanta. Pelancaran RAKITA Digital XR Technology and Radio Station 107.9 yang diadakan baru-baru ini di ISPACE, Menara OBYU, Damansara Perdana PJ Trade dengan Cogankata #MemangLit


RAKITA juga melancarkan platform pelbagai saluran untuk kandungan yang menarik melalui RAKITA WATCH, RAKITA 107.9, RAKITA GO dan RAKITA XR yang menggunakan kaedah menarik hari ini untuk menjangkau audiens daripada pelajar sekolah kepada golongan muda yang bekerja berusia 15 tahun hingga 29 tahun. Platform RAKITA akan memastikan mereka sentiasa berhubung menerusi berita dan peristiwa terkini, muzik, gaya hidup dan hiburan yang pastinya menarik dan menghiburkan.


Kevin Isitor (DJ Skeletor) 
"Kami sangat teruja untuk melancarkan jenama RAKITA dengan pelbagai saluran hari ini. Ini adalah penanda aras seterusnya untuk inovasi dan pertumbuhan dalam industri dan kami teruja untuk melancarkan aset-aset ini sekarang. Kami percaya bahawa gabungan empat saluran berbeza di bawah satu jenama akan meningkatkan keterlibatan dan mendorong penghasilan kandungan lebih relevan yang akan merangsang pertumbuhan positif dalam industri," kata Kevin Isitor yang juga dikenali sebagai DJ Skeletor, orang utama di belakang jenama RAKITA.

Norra Ismail (tengah)

RAKITA XR adalah kaedah intraksi terkini yang menawarkan pengalaman yang mendalamdi mana setiap orang boleh merapatkan jarak dan berhubung antara satu sama lain untuk mengakseskan  maklumat dan kandungan. 
"Kami sangat teruja untuk emperkenalkan RAKITA dan platform digitalnya yang membolehkan orang ramai berinteraksi dan berhubung di mana-mana pun mereka berada. Dengan RAKITA WATCH, penonton dapat mengakses kandungan terkini  dan membentuk perkaitan dalam talian 24 jam setiap hari dan kami berusaha lebih keras bagi menghasilkan sesuatu yang lebih menarik dengan RAKITA XR di mana audiens dapat melihat, mendgar dan merasai kandungan dengan cara yang baru" kata Norra Ismail, Ketua Pembangunan Perniagaan dan Jualan RAKITA.

Kredit photo - Maestro Ridwan

Empat Platform RAKITA

RAKITA mempunyai pelbagai saluran  yang menarik dan secara aktif mencari, menghasilkan, membentuk dan mengendalikan kandungan interaktif segar yang menghubungkan dan merangsangkan deria penontonnya melalui RAKITA WATCH, RAKITA 107.9, RAKITA GO dan RAKITA XR.

1.  RAKITA WATCH

Rakita Watch - Platform kandungan digital yang membincangkan isu sosial dan budaya pop. Tiada had topik, masih mengekalkan kesahihannya. Penonton dapat mengakses kandungan terkini dan membentuk perkaitan dalam talian 24 jam setiap hari. 

2.  RAKITA GO

Rakita Go -  Peminat akan melihat kereta RAKITA GO di seluruh Lembah Klang dengan barangan dan aktiviti menarik untuk para pendengar. Jadi bersiap sedia menanti kedatangan mereka dan berpeluang menyertai dan memenangi pelbagai hadiah menarik. 

3.  RAKITA XR

Rakita XR -  Mengubah cara anda melihat dan melibatkan diri dengan kandungan melalui pandangan digital RAKITA dengan mengetepikan batasan kretiviti dan maklumat hiburan untuk memastikan para pendengar terhibur dan terlibat bi;a-bila masa dan di mana sahaja berada. 

4.  RAKITA 107.9

Rakita 107.9 -  Menampilkan kekuatan barisan muda, bergaya dan berpengaruh dalam media digital sebagai duta jenama RAKITA iaitu:

Segmen Pagi-Pagi RAKITA -  Anas Ridzuan, Amirul Agam dan Rsjs Putri Nur Aqilah. 

Segmen Pagi RAKITA -  Nadya Syahera Rosli mengutarakaan hal-hal kecantikan, makeup dan produk-produk kecantikan. 

Segmen Petang RAKITA -  Atoi Tohet dan Zooey Teo.

Segmen Malam RAKITA - Akmal Yusof (Bob) 

Untuk Krew Trafik dan Berita RAKITA pula akan dapat membantu pendegar dengan situasi lalulintas semasa dalam 7 hari seminggu. Diketuai oleh Priscilla Patrick, personaliti Trafik Malaysia, mereka juga akan menyiarkan berita terkini dari seluruh dunia ke udara dalam talian menerusi platform RAKITA.  















Untuk Info Lanjut RAKITA

Website

8 ulasan:

  1. Wah! Macam² siaran baru ada sekarang kan? Rakita pula haa . Cx tak pernah dengar lagi . Dtg sini baru tahu hihihi. Baguslah ada banyak siaran bau, org tk bosan huhi

    BalasPadam
  2. Wahhhhhh! Good luck for RAKITA! Moga ramai yang mendengari saluran RAKITA nnt. Tak sabar nak dengan topik kecantikan dari NAdea :)

    BalasPadam
  3. It looked so much fun at Pelancaran RAKITA Digital XR Technology and Radio Station 107.9 yang diadakan baru-baru ini di ISPACE, Menara OBYU, Damansara Perdana PJ Trade. Their Cogankata #MemangLit is good to remember hehe

    BalasPadam
  4. Wahhhh bagus laaa kak limah ada stesen media terbaru ni...syabas kepada RAKITA...tambah lagi channel radio boleh didengari sambil2 hadap jem masa p keje...

    BalasPadam
  5. First time tahu pasal Rakita ni. Lebih banyak info boleh dapat lepas ni. All the Rakita. Semoga terus sukses untuk keempat-empat platform yang ada

    BalasPadam
  6. Bertambah dah pilihan hiburan untuk penggemar radio. Boleh la tukar2 channel kalau terlekat dalam kesesakan jalan raya kan. Tahniah RAKITA

    BalasPadam
  7. First time dengar pasal saluran baru ni. Moga rakita terus sukses dan diterima masyarakat setempat

    BalasPadam
  8. Rakita? First time dengar. Bunyi macam bahasa jepun gitu. Apa2 pun, good luck utk team rakita.

    BalasPadam

Thak You For Your Comment