EXHIBITION OUR SANRIO TIMES MALAYSIA DI QUILL CITY MALL KL - KEUNGGULAN WANITA LIFESTYLE AUTHOR TRAVEL BLOG

Selasa, 25 Disember 2018

EXHIBITION OUR SANRIO TIMES MALAYSIA DI QUILL CITY MALL KL



SANRIO membawa adik-adik dan peminat karakter Sanrio dan Hello Kitty  & Rakan-Rakan ke Malaysia. Pastinya adik-adik akan teruja melihat pelbagai karakter yang dipamerkan oleh  Sanrio di Pameran OUR SANRIO TIMES yang kini dipamerkan di Quill  City Mall Kuala Lumpur. Jom baca sampai habis kalau nak tau apa yang ada di Sanrio.



Sempena musim perayaan ketika Cuti Krimas, Tahun Baru dan Tahun Baru Cina dan cuti sekolah, adik-adik bolehlah mengajak ibubapa untuk berkunjung ke pameran tersebut yang telah dilanjutkan dari 24 Nov 2018 hingga 17 Febuary 2019. Jadi adik-adik dan rakan-rakan bersama keluarga datang memeriahkan pameran Our Sanrio Times yang terbesar di Malaysia dan Asia Tenggara.




Wah,,,tengok tu Giant Hello Kitty yang Seri Wangi bergambar...geramkan? Tentu adik-adik pun teruja bila melihatnya. Tau  tak Giant Hello Kitty tu tingginya 3.5m. Itu belum lagi bertemu dengan rakan-rakannnya yang lain. Untuk makluman uoll OUR SENARIO TIMES adalah pameran sebesar 1,500 meter persegi yang menampilkan 13 zon bertemakan Sanrio yang pelbagai karakter yang sangat comel, cantik dan pastinya akan membuat adik-adik happy. Sanrio mempunyai 100 daripada  400 watak comel berwarna-warnir  yang pelbagai rupa dan dipamerkan di sini, Seri Wangi sendiri pun kagum dan tidak sabar untuk bergambar pada setiap karekter yang dipamerkan. Jadi cepatlah adik-adik datang bersama family pastinya akan menjadi kenangan manis.


13 ZON  DI SANRIO VILLAGE - HELLO KITTY 
DAN RAKAN-RAKAN


Terdapat 13 Zon utama di Sanrio yang paling utama adalah SANRIO VILLAGE  di mana terdapat 100 watak dari keluarga Sanrio, tarikan kedua replika dompet syilling Hello Kitty  iaitu barangan pertama ciptaan Sanrio yang dipamerkan di Malaysia.

1. OUR SANRIO TIMES


Pintu masuk ini menampilkan gaya penuh berwarna-warni Sanrio yang sangat menarik yang menggambarkan tema utama "Our Sanrio Times" dan sacara rasminya membuka tirai perjalanan yang penuh fantasi dan kenangan manis bagi generasi yang tidak kira siapa pun.
 


2.  SANRIO TIME TUNNEL

Sebanyak 100 ahli keluarga Sanrio yang dicipta dari tahun 1970-an sehingga kini digambarkan melalui Sanrio Time Tynnel yamg unik dan menarik sangat memanglah seronok bila dapat bergambar di situ.
 




3.  THE RETRO CLASSIC

Replika dompet syilling Hello Kitty, barangan pertama dicipta Sanrio dan julung kali dipamerkan di Malaysia. Peminat-peminat generasi pertama pasti teruja dan berasa seronok di zon ini.




4.  The Plushy World

Menampilkan patung Hello Kitty gergasi berketinggian 3.5 meter bersama-sama lebih 2,000 boneka mewah terdiri daripada 100 watak rakan Sanrio.









5.  PAPER DOLL FUN

Pelbagai jenis anak patung kertas gergasi yang pastinya membuatkan Seri Wangi terungatkan zaman kanak-kanak yang ketika itu suka bermain anak patung kertas  yang mana adik-adik dapat memadankan gaya Kiki dan Lala dengan almari kertas yang hebat dan cantik, pastinya ini menyeronokan.





6VINTAGE STATIONERY HOUSE

Zon yang ni memang Seri Wangi suka sebab teringatkan zaman sekolah masa kecik-kecik dan berangan hendakkan barangan Sanrio. Di zon ni adik0adik dapat melihat pelbagai barangan alat tulis klasik Sanrio dari tahun 1970-an atau 1980-an yang pastinya membuatkan kita teringatkan zaman sekolah dulu-dulu.






7.  DRAWING CLASSROOM

Kalau nak tau zon Drawung Classrom ni melibatkan Pereka Sanrio yang dijemput untuk dalam pameran ini dan menyediakan demontrasi lakaran untuk 9 watak utama Sanrio yang mana kita dapat melihat bagaimana watak Sanrio yang comel dilukis dalam kelas tersebut dari awal satu persatu dan belajar bersama bagaimana untuk melukis watak kesukaan adik-adik.




8.  SMILE GIFT BIG SMILE

Happy tak adik-adik bila dapat hadiah kecil ketika berbelanja di Sanrio Gift Gate? Jadi untuk menonjolkan falsafah "Hadiah Kecil Senyuman Besar" (Small Guft Big Smile) dari Sanrio, adik-adik bolehlah berkongsi kebahagiaan dengan kawan-kawan tersayang melalui hadiah kecil dari Sanrio.




9.  SANRIO VILLAGE

Zon Sanrio Village memang best sebab disinilah tumpuan utama di pameran ini sebab terdapat Klasik Sanrio Train dengan reka bentuk yang dicipta sama seperti Sanrio Guft Gate of Gotanda, Tokyo pada tahun 1970-an. Kalau adik-adik semua nak tau di sini terdapat 100 ahli keluarga muncul di Sanrio Village seperti Patty & Jimmy dan Minna No Tabo yang menanti kedatangan adik-adik di atas kereta api. Di samping itu, Sanrio Guft Gate yang unik dan nostalfia mempunyai banyak khazanah.








10.  STRAWBERRY NEWSROOM

Strawberry News diterbitkan oleh Sanrio Japan sejak Oktober 197 yang merupakan majalah bulanan global untuk berkongsi maklumat terkini mengenai Sanrio. Adik-adik boleh membaca edisi Strawberry News yang terdahulu di sini.





11.  STRAWBERRY OFFICE

Menjadi perintis dan jiwa kepada Sanrio, Strawberry Office mungkin menyembnyikan banyak rahsia.



12.  STRAWBERRY STUDIO

Gerai foto yang mempesonakan ini akan menjadikan adik-adik penghias kulit majalah Strawberry News.

13.  SANRIO MELAWAT MALAYSIA

Memandangkan ini adalah kali pertama kali Sanrio mengadakan pameran di Malaysia, menjadi kemestian untuk menonjolkan kepelbagaian budaya di Malaysia sebagai latarnya. Adik-adik akan dapat melihat karakter-karakter Sanrio beraksi di tempat tarikan populay di Malaysia.






JUALAN BARANGAN SANRIO DAN CENDERAMATA

Terdapat juga jualan barangan Sanrio seperti cenderamata, baju-baju, payumg dan pelbagai barangan Hello Kitty.








Terdapat juga zon permainan di ruang pameran menampilkan 5 permainan yang pasti menyeronokkan adik-adik yang disediakan seperti Finding Ribbon, Feed 'D; Fish, Let Me Roll, Shark Hunting dan Rolling Stone.
 di pintu masuk



MAKLUMAT PAMERAN OUR SANRIO TIMES
KUALA LUMPUR



Pembelian Tiket:  

Harga Tiket

Warganegara Malaysia: RM33
Warga Emas, Badan Bukan Kerajaan (NGO), Pelajar dan Orang Kurang Upaya (OKU) : RM20
Bukan Warganegara Malaysia: RM60
Korporat: RM28
Pembelian di kaunter:  Kanak-kanak ketinggian 90cm ke tas dikenakan bayaran dan semua harga tiket adalah tidak termasuk RM2 yuran pemprosesan

Tarikh

24 November 2018 hingga 17 Febuary 2019

Waktu:  11am - 9pm

Tempat

Dewan 5, Tingkat 5
Quill City Mall Kuala Lumpur

Tel: 03-92228811


Website




19 ulasan:

  1. Bestnya kak.. Ada hello kitty besar pulak tu.. Bawak anak2 buah ni mau berejam duk dalam ni asyik nak main je hehe.. Tp kan mmg seronok sekali sekala bawa ank2 kan..bg diorang happy..

    BalasPadam
  2. Untuk meraka yang nak pergi ni perlulah cepat sikit kan? Sehingga Ferbruary saje. Kanak-kanak tentu sekali akan terhibur dengan watak-watak kartun yang terdapat di sini. :)

    BalasPadam
  3. so fun and such wonderful experienced snap with Hello Kitty. Yeah I love Hello Kitty too, soon next week back to school, but I know many parents buy Hello Kitty school bags for their gal.

    BalasPadam
  4. Oh my. Banyaknya lokasi yang menarik nie. Kalau bawa anak saudara Rawlins, mau ada yang taknak balik dari exhibition nie.

    BalasPadam
  5. Vavavaa a... Oh my oh my! Hello kitty! Kalau laaa anak kita nampak ni memang tempat wajib pegi. Dah masuk confirm tak mau keluar. Huhuuu... Banyak nya yang menarik dalam ni. Mak dia lak tak tentu arab ni. HAhaaa

    BalasPadam
  6. if i happen to go quill city mall, sure would want to dropby there! i think surely it attracts a lot of ppl to visit especially hello kitty fans!

    How to deal with markets ups and downs?

    BalasPadam
  7. Bestnya kak pameran our sanrio times ni. Banyak port yang cantik untuk bergambar. Rasa macam masuk dunia sanrio sebenar pulak. Nak terjah lah nanti.

    BalasPadam
  8. Wah! Bestnyaaa. Peminat hello kitty mesti excited untuk pergi dan join join aktiviti yang disediakan. Siapa ada ruang² tersendiri untuk melukis hello kitty kan? Strawberry studio, strawberry house semua nampak menarik. Siap ada tempat main lagi. Bagus. Mesti anak² teruja.

    BalasPadam
  9. They choose every little kids favorite character. Even me love the theme. So kawaii and magical too. Long time never visit to Quill City Mall.

    BalasPadam
  10. Uittt kalau bawak anak-anak buah ni sure diaorg tak nak balik ni...macam2 lah nanti permintaan diaorg. Kita yang dah tua ni pun suka tengok benda2 cantik cam ni..:D

    BalasPadam
  11. Ooo pameran Our Sanrio Times ni sampai bulan Februari .Ingatkan sampai bulan Disember saja .Kalau sampai Februari ada masa lagilah nak bawa anak anak datang ke pameran ni. Anak anak memang suka Hello Kitty ni. Kalau diorang pergi mesti teruja punya

    BalasPadam
  12. Wah banyak juga bilik-bilik tema hello kitty ni yer. Masuk RM33 je kan. Rasa nak singgah sini bila gi KL. Sebab Lia suka snagat watak Hello Kitty ni,

    BalasPadam
  13. Nasib baik tak minat hello kitty. kalau tak time sekarang ni jugak saya pergi hehehe.

    BalasPadam
  14. Have fun akk! Cantiknya setiap sudut ni, bolehlah ambil gambor byk byk, lawa dan buat kenangan nnt.

    BalasPadam
  15. Bnyknya character cartoon comel. Rasa macam nk pergi je sini bawak anak-anak buah. Mesti dieorang suke. Thanks kak limah share this.hehehe

    BalasPadam
  16. sanrio ni memang dekat je dengan rumah airah. tapi tak berkesempatan lagi nak pergi haha. ni banyak la promosi dan tarikan kan sebab cuti sekolah

    BalasPadam
  17. wahhh dah ada dekat kl la. kenapa la baru tahu, nasib baik lambat lagi tarikh tutup. paling suka dinding dengan banyak toy tu hehe parents patut bawak anak diorang datang sini. mesti diorang suka hehehe

    BalasPadam
  18. Wahh.. Bestnya.. Bagaikan dialam fantasi gitu. Hello kitty yang comel. Ni kalau saya masuk situ, maunya tak balik kot. Anak mesti suka. 🙂

    BalasPadam
  19. Tengah berkira2 nak datang sini.Xtahu adira minat ke x sebab dia more kepada upin ipin hahaha
    Takut nanti bawak dia xlayan rugi je hahaha
    Tapi maknyaa suka hello kitty hahaha

    BalasPadam

Thak You For Your Comment