WE ONLY SERVE QUALITY AND FRESH
First time Seri Wangi sampai di Pak John Steamboat & BBQ di 101 City Mall Putrajaya, cawangan terbarunya yang baru dibuka, sebelum itu Pak John juga mempunyai cawangan di eCurve. Seri Wangi bersama anak dan menantu ambil pakej Dinner yang bermula jam 5pm hingga 10pm tapi disebabkan anak Seri Wangi kerja pada hari Sabtu jadi Seri Wangi sampai lambat sikit dalam pukul 8pm dan bila masuk betapa ramainya orang, Seri Wsngi rasa happy sebab dah booking meja. Apa lagi....jom layan....makanlah!!
Kalau uoll nak tau..untunglah sapa yang ada anak umur bawah 5 tahun dapat makan free...haaaa. Kalau uoll ada anak ramai pun tak kisah asal umur dorang bawah 5 tahun...syoknya, lagi satu untung kalau ambil Dinner Buffet sebab time dinner jer ada special iaitu Premium Meat iaitu uoll dapat rasa hirisan daging kambing, daging lembu, itik dan Abalone....aduh....sedapnya....
Sebenarnya kalau uoll nak tau di Pak John Steamboat & BBQ ni terdapat 160 pilihan makanan buffet halal yang terdiri dari:
- pelbagai makanan laut (seafood) yang menggoda tekak
- bermacam pilihan mee kering yang pelbagai jenis
- pelbagai sayur-sayuran yang memang favourite Seri Wangi
- Macam-macam jenis sos, Thai sos paling sedap
- buah-buahan
- pencuci mulut, aiscream paling sedap
- cake dan kuih muih pun ada
- Pelbagari jenis makanan bergoreng, nasi goreng udang paling sedap
Seri Wangi paling suka chicken Sup sebab cucu ikut sekali dan paling cucu Seri Wangi sukan makan tak habis-habis...nasi goreng udang, memang marvellous habis....ada 5 pilihan sup untuk Steambot iaitu sup Tom Yam, sup Ayam., sup Kari, Sup Udang dan Sup Miso
Hmmm....sedapkan....? puas betul dapat makan semua yang Seri Wangi idamkan selama ni, terutamanya menantu Seri Wangi yang nak sangat makan mee wantan. Sup ayam steamboat dia memanglah sedap sangat, tambah pulak grill daging kambing...cicah pulak sos thai...aduh,,,sedapnya. Seri Wangi sangat suka makan sayur, macam-macam sayur-sayuran yang ada terutamanya cendawan, abalone...kalau boleh nak makan semua tapi kita ni bukan tamak orangnya haaa...
Seri Wangi rasa berbaloi datang ke Pak John Steambot & BBQ 101 City Mall Putrajaya, walaupun jauh, lagipun menantu tengah mengidam nak makan kat steamboat, happy sangat dia, apatah dapat makan aiscream yang sedap belaka. Sememangnya bagus sangat kita membawa family makan bersama di sini sambil bersantai dan layanan mesra dari staf-staf Pak John di sini. Jadi uoll yang berdekatan dengan area Putraja tu bolehlah singgah di sini tau....!Next time rasanya nak datang lagi menjamu selera dan makan banyak-banyak...haaaa

Jom Tengok Video ni...
Untuk Maklumat Lanjut:
WEBSITE
FACEBOOK
Wahh.... Memang nampak sedap makanan yang dihidangkan. Tak sabar nak pergi makan jugak nanti
BalasPadam