Cuti Sekolah Jom kita ke The TOP Penang Menyaksikan Penampilan Khas "Pinkfong & Baby Shark Promo Tour" - KEUNGGULAN WANITA LIFESTYLE AUTHOR TRAVEL BLOG

Selasa, 27 November 2018

Cuti Sekolah Jom kita ke The TOP Penang Menyaksikan Penampilan Khas "Pinkfong & Baby Shark Promo Tour"



Wah...sejap jer...masa berlalu dan kita sudah hendak sampai ke hujung tahun kan? Hmmm...yang pastinya anak-anaklah yang paling happy time cuti sekolah..Yehh...holidaylah,,,,kita. Sapa yang pening kepala?Haaaa....pastinya ibubapalah sebab anak-anak dah mula plan suruh mak dorang bawak gi holiday bukan? Hmmmm....dah plan ke nak bawak dorang tu ke mana? Seri Wangi rasa gerenti panjang list holiday uoll kan? Dalam list tu ada tak nak bawak anak-anak bertemu dengan watak kartun animasi kegilaan ramai? Tak tau sapa?Haaa....budak jer.....yang tau lebih-lebih lagi kalau suruh ikut rentak lagu dorang tu.....apa lagi lain tak bukan watak  'Pinkfong & Baby Shark'  suka kan?

Pinkfong & Baby Shark

Hah..anak-anak uoll tak sabarkan nak berjumpa dengan 'Pinkfong & Baby Shark'  nanti dorang pasti happy dapat melihat dari dekat watak animasi kesayangan dorang di depan mata dan melihat sendiri persembahan tarian Baby Shark dan PinkFong serta bergambar dengannya. Ni....Seri Wangi nak bagi tau kat uoll pihak Only World Group Holding Berhad (OWD) dan ASTRO akan bekerjasama menjayakan program Pinkfong & Baby Shark Promo Tour   yang akan berlangsung tidak lama lagi pada 15 Disember hingga 16 Disember 2018 bertempat di The TOP Penang.



Majlis Pelancaran Pinkfong &Baby Shark Promo Tour 



Seri Wangi berkesempatan hadir di Majlis Pelancaran Pinkfong & Baby Shark Promo Tour pada 22 November 2018 lalu di Glenmarie Shah Alam dan dirasmikan oleh Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif OWG - Tan Sri Richard Koh serta turut sama iaitu Puan Sri Jean Koh, Keta Pegawai Operasi OWG dan Jeffrey Woo - Penolong Kanan Naib Presiden Ketua Digital TV - Jualan Media dari Measat Broadcast Network System. Di majlis tersebut ditampilkan persembahan khas tarian dari Pinkfong & Baby Shark...Seri Wangi rasa kalau ada budak-budak masa tu  sudah tentu dikerumuninya Pinkfong & Baby Shark. 





 APA YANG MENARIK DI THE TOP PENANG
  • Theme Park The TOP Penang menawarkan pelbagai jenis permainan dan hiburan yang pastinya akan menarik kanak-kanak pada musim cuti sekolah, dijangkakan 15000 pengunjung akan datang ke sini semasa 2 hari promo tour diadakan.  
  • Pengunjung pasti tertarik dengan tarikan baru di The TOP Penang terutamanya pelbagai permainan di Tingkat 3, 5 dan 6 serta hingga tempat tertinggi di tingkat 68, bangunan Komtar yang pastinya mencabar stamina dan mental. 
  • Untuk uoll sekeluarga pastinya akan teruja dapat masuk ke Jurasicc Research Centre, 7D Discovery Motion Theater, Tech Dome Penang, Top Boutique dan paling viral  pengunjung dapat menikmati pemandangan indah Bandar Pulau Penang di Rainbow Skywalk yang paling menarik dan menakjubkan.

Pinkfong &Baby Shark Promo Tour

Tarikh 

15 dan 16 Disember 2018

Waktu Persembahan
Sesi Bergambar
Autograf Bersama Peminat

15 Dis 2018 :  11am . 3pm . 7pm
16 Dis 2018 : 11am . 3pm . 7pm

Harga Pakej Tiket Masuk

RM180 (1 Dewasa + 1 Kanak-Kanak)
Makan Tengahari atau Makan Malam Percuma

Kanak-kanak akan terima
Barangan Eksklusif+ Baucer Tunai

Tel: +6042623800

Lokasi:

The TOP Penang
1, Jalan Penang
100000 George Town
Penang

Laman Web

FB



HAPPY SCHOOL HOLIDAY

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Thak You For Your Comment