WAJAH SEMAKIN BERSERI DENGAN 3 LANGKAH PENGUNAAN PRODUK UFORA SKINCARE - KEUNGGULAN WANITA LIFESTYLE AUTHOR TRAVEL BLOG

Sabtu, 6 Oktober 2018

WAJAH SEMAKIN BERSERI DENGAN 3 LANGKAH PENGUNAAN PRODUK UFORA SKINCARE



"less items, more skincare"

UFORA (YOU FOR ALL) Skincare produk terbaru dari UFORA yang telah dilancarkan baru-baru ini dengan gilang gemilang di mana Seri Wangi dan rakan-rakan blogger dan para jemputan hadir di majlis Pelancaran 3 Produk terbaru Penjagaan Kulit UFORA Skincare di The Club Bukit Utama Golf Resort pada 1 Oktober 2018,

Puan Supiah Saupi dan Nik Mohd Hilman

Di malam majlis pelancaran tersebut diperkenalkan Pengasas UFORA iaitu Puan Supia Saupi dan suaminya CEO UFORA Encik Nik Mohd Hilman Mustapha. Sebelum itu UFORA telah mendapat sambutan hangat dengan pengeluaran produknya iaitu UFORA BEAUTY COLLAGEN. Oleh itu, memandangkan produk pertamanya telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari pengguna setianya, maka timbul idea dari Puan Supia Saupi untuk mengeluarkan produk keduanya iaitu UFORA Skincare. Untuk makluman uoll, UFORA SKINCARE juga melancarkan satu rakan niaga strategik untuk kesemua distributor terbesar di seluruh Malaysia yang mana sebagai pembekal yang luas dan dan terbesar di Malaysia bagi memastikan produk UFORA Skincare sampai kepada setiap penggunanya di Malaysia.



Pengasas jenama UFORA Skincare, Puan Supia Saupi berkata bahawa produk tersebut telah difomulasikan khas bagi membendung penuaan kulit wajah serta disasarkan untuk menembusi pasaran tempatan. 


PRODUK UFORA SKINCARE

UFORA  Skincare with 3+1 Free 3D Blend Puff


Produk terbaru UFORA Skincare mempuyai 1 set penjagaan kulit wajah yang mempunyai 3 items untuk siang dan malam sepanjang hari yang disediakan dalam 1 kotak pakaging yang sangat cantik dan menarik. Ianya terdiri dari  Facial Foam, Sunscreen dan Night Serum. Pelancaran set UFORA Skincare 3 jenis penjagaan wajah sudah cukup membuatkan wajah kita nampak cantik, putih licin dan berseri, Ianya satu konsep "less item, more skincare"  di mana kita tidak memerlukan banyak jenis produk untuk setiap penjagaan kulit wajah. 



UFORA FOAM (Pencuci Muka)


UFORA Facial Foam adalah pencuci muka yang mengandungi bahan exstrak cranberry yang mana mampu melembutkan kulit muka, menstabilkan kelembapan kulit dan juga mampu membersihkan muka jauh ke dalam liang pori-pori serta mampu mencerahkan wajah, membuatkan kulit wajah sentiasa tegang dan berkilat.

UFORA SUNSCREEN


UFORA Suncreen adalah untuk merawat kulit dan juga untuk melindungi sinaran UV cahaya matahari iaitu SPF50. Anti penuaan yang terkandung dalam UFORA Sunscreen ini mampu membuatkan kulit wajah kita kekal awet muda dan sentiasa kelihatan anggun dan ayu. UFORA Sunscreen juga diperkayakan penuh dengan Vit E.

UFORA NIGHT SERUM


UFORA Night Serum yang mempunyai kandungan ekstrak Aloe Vera yang berkualiti tinggi yang terkandung dalam UFORA Night Serum sangat sesuai untuk semua jenis kulit muka dan semua lapisan umur. Di mana ianya mampu merawat kulit muka yang bermasalah seperti jerawat, parut, kulit muka berlubang, mengecilkan pori-pori dan juga mencerahkan wajah. 


Untuk pengetahuan uoll semua produk UFORA Skincara kini boleh didapati di pasaran dengan harga RM139 sekotak yang mengandungi 3 produk penjagaan wajah dan ianya sesuai untuk semua jenis kulit dan usia. Produk tersebut boleh didapati di seluruh kedai jamu di Malaysia. Seri Wangi sudah pun mencuba produk UFORA Skincare, ianya sangat sesuai dengan wajah Seri Wangi yang sememangnya mempunyai masalah kulit kusam, kering dan berjeragat. Rumusannya hasil penggunaan produk UFORA Skincare bergantung kepada kulit wajah masing-masing dan hasilnya boleh dilihat dalam tempoh seawal dua minggu


Untuk Info Lanjut berkenaan Produk
UFORA Skincare

FACEBOOK UFORA

INSTAGRAM UFORA


MAJLIS PELANCARAN UFORA SKINCARE



 






21 ulasan:

  1. itulah baca jugak khasiatnya tadi, bagus betul untuk kulit orang asia macam kita-kita ni

    BalasPadam
  2. Wah... Satu lagi produk tempatan yang membanggakan! Packaging nampak sangat international! Boleh suggest pada kakak atau mak ni. Semoga terus berjaya!

    BalasPadam
  3. menarikk sekarang ni produk skincare macam cendawan tumbuh kena tgk molek2 takut rosak kulit

    BalasPadam
  4. Lawa laaa packaging dia. Manfaat dan kebaikkan nya pun menarik! Suka kat cleanser dia. Tentu wangi kannnn ada cranberry

    BalasPadam
  5. slalu dgr iklan kt radio psl ufora skincare ni..tk pernh tgk lg kt pasaran..tq share info product ni

    BalasPadam
  6. Produk kecantikan baru lagi. Wah lepas ni makin meletop-letop kak limah ye. Nk tunggu feedback dari kak limah baru nk belikan untuk mak.Btw packaging die nmpk mahal standard produk luar negara

    BalasPadam
  7. Cantiknya pengasas dia , semoga maju jaya untuk Ufora , fuh makin banyak produk tempatan .. hebat

    BalasPadam
  8. Product kecantikkan tumbuh bagai bagai cendawan..packaging dia cantik kak...Ufora ni jenama baru kan..nampak exclusive product dia

    BalasPadam
  9. Ekslusifnya packaging dia kak. lepas ni kak limah makin berseri-seri la. kak, nanti bagi feedback yer lepas guna Ufora ni. Teringin jugak nak cuba

    BalasPadam
  10. Lepas ni sure akak makin meletop pakai produk ni...secantik pengasas dia. Saya tengok pengasas dia tak berkelip mata dibuatnya..cantik sangat. Nanti nak cuba jugak pakai produk ni

    BalasPadam
  11. tahniah ufora di atas pelancaran produk terbarunya. kini didapati di pasaran. ruginya xdapat join. nanti nak belikan satu set utk ibu lah. mesti dia suka

    BalasPadam
  12. Waaaa cantiknya pengasas dia. By the way produk ni memang takde jual kat drugstore ke?

    BalasPadam
  13. Macam bagus plak bila tahu kandungan bahan ufora nie.. boleh la AM cuba.. nmpk eksklusif packaging ufora ini laaa..

    BalasPadam
  14. Wow skincare! Nice. Boleh cuba nanti. hehe

    BalasPadam
  15. Cantiknya wajah pengasas ni. Mmg org akan lebih yakin bila tengok pengasas dia pun berwajah cantik. Produk lokal yang boleh pergi lebih jauh

    BalasPadam
  16. skincare ni nampak bagus sangat.. 3 langkah je.. simple dan bagus.. boleh lah try try tengok suitable for our skin type or not..

    BalasPadam
  17. Tertarik la dengan serum n sunscreen dia tu sebab packging dia nmpk exclusive gitu...nak try la nnt

    BalasPadam
  18. Tertarik dengan night serum tu sebab boleh merawat kulit muka semasa tidur. Harga sekotak pun mampu milik sangat.

    BalasPadam
  19. Lawanya founder dia. Ufora. Haritu ada terbaca juga tentang produk ni. Nampak macam menarik produk ni. Jenama baru dipasaran ya.

    BalasPadam
  20. harga dia not bad jugak kan. nampak pun product dia mcm bagus. hehe

    BalasPadam
  21. Belum pernah lagi try produk terbaru ni. Glam juga majlis pelancaran ni . Nanti boleh la cuba, mungkin serasi dengan kulit.

    BalasPadam

Thak You For Your Comment