Bersarapan Pagi Bersama Susu No 1 - Dutch Lady PureFarm Yang Kaya Dengan Protein - KEUNGGULAN WANITA LIFESTYLE AUTHOR TRAVEL BLOG

Sabtu, 27 Oktober 2018

Bersarapan Pagi Bersama Susu No 1 - Dutch Lady PureFarm Yang Kaya Dengan Protein


\
Setiap pagi pastinya kita akan bersarapan bukan? Agak-agaknya apakah sarapan uoll pagi ni? ataupun tak amik sarapan pagi langsung? Kalau Seri Wangi sarapan pagi itu perlu agar perut tidak kosong, lebih-lebih lagi kalau uoll seorang yang bekerja ataaupun suri rumah sepenuh masa, perlu juga bersarapan betul tak? Tapi nak tau apakah sarapan pagi yang betul-betul menyihatkan? Seri Wangi tau biasanya setiap pagi kebayakannya suka bersarapan pagi dengan nasi lemak, mee goreng, roti canai dan minumannya pulak teh tarik, kopi O, teh O dan juga pagi-pagi dah minum ais...haaa...Seri Wangi sendiri tengok kawan-kawan setiap pagi bersarapan macam tu...baguskah amalan bersarapan begitu?susah nak cakapkan? Dan kita jarang nampak rakyat Malaysia yang bersarapan dengan minum susu? Jangan ingat susu cuma diminum oleh anak-anak kecil, pada hal orang dewasa juga perlu jugak minum susu. Dengan susu Dutch Lady memberi semangat untuk kita membina keluarga yang sihat dan kuat.



Tahukah uoll bahawa sarapan pagi sangatlah penting setiap hari kerana ianya hidangan pertama kita selepas kita tidur selama  8 hingga 12 jam dan berpuasa. Dan ketika itu badan kita kekurangan nutrien selama 12 jam, otak kita pula akan kekurangan tenaga dan metabolisme, oleh itu untuk mula aktif kita perlu bersarapan. Oleh tu jom kita mulakan bersarapan pagi dengan minum susu Dutch Lady semoga tubuh kita kembali bertenaga dan sihat dalam menjalani aktiviti di luar.

KHASIAT MINUM SUSU


Untuk makluman uoll, ibu-ibu, adik-adik semua susu mengandungi nutrien penting termasuk protein, vitamin B2 dan B12 dan juga mineral seperti kalsium. 

Vitamin A - Agar mata tetap sihat
  • Tenti ramai yang tidak mengetahui termasuklah Seri Wangi betapa manfaatnya susu untuk menjaga kesihatan mata pancaindera kita yang paling utama diberi perhatian.
  • Kandungan Vitamin A dalam susu sangat baik untuk menjaga kesihatan mata.
  • Kalau nak tau Vitamin A membantu mata dalam beradaptasi terhadap perubahan cahaya.
Vitamin D - Untuk kekuatan Tulang dan Kelembapan Kulit
  • Susu mengandungi Vitamin D yang berperanan penting dalam menyediakan Nutrisi untuk keperluan kulit kita.
  • Dengan minum susu membuatkan kulit kita cantik dan badan kita segar, bertenaga dan sihat.
  • Vitamin D juga dapat menguatkan tulang dan otot dan membuatkan diri kita dan keluarga sentiasa sihat dan bertenaga.
Mengurangi Stress
  • Percaya tak dengan minum susu dapat hilangkan stress dan tekanan?Bila dah penat dengan pelbagai kerja dan aktiviti luar, minumlah segelas susu panas sambil bersantai tenang...pastinya dapat hilangkan stress dan tekanan.
  • Kandungan tyrosine dalam susu meningkatkan hormon badan dan buatkan kita rasa relax.
Membuat Tidur lebih nyenyak
  • Kalau uoll jenis yang susah tidur (insomnia) cubalah dengan minum susu sebelum tidur.
Melancarkan Pencernaan
  • Jangan tak tau, minum susu sebelum tidur bagus untuk melancarkan air besar esok paginya.ungan Fosfor dalam susu bermanfaat bagi sistem pencernaan.
Melancarkan Urinasi
  • Susu juga dapat melancarkan proses pembuangan air kecil sehingga mengurangi resiko penyakit ginjal.


    #dutchladybreakfastchallenge 

    Cabaran  #dutchladybreakfastchallenge bersarapan pagi dengan susu Dutch Lady PureFarm dan Dutch Lady Malaysia iaitu selama 5 hari Seri Wangi akan bersarapan dengan hidangan susu Dutch Lady PureFarm, Jom tengok apakah sarapan pagi yang Seri Wangi hidangkan selama 5 hari!!....ROLLLL....!! 


    Untuk cabaran #dutchladybreakfastchallenge Seri Wangi telah menerima pek sarapan pagi dari Dutch Lady #strongstart Breakfast Box yang mengandungi 2 kotak Susu Dutch Lady PureFarm UHT Full Cream Milk. Happylah sangat dan tidak sabar hendak memulakan cabaran ini. Isi kandunagan pek tersebut adalah 2 kotak Dutch Lady PureFarm Milk UHT, 2 gelas Dutch Lady yang comel dan 1 bekas mee goreng mamak untuk Seri Wangi bersarapan pagi.



    HARI PERTAMA - ISNIN




    Hari pertama Seri Wangi bersarapan dengan hidangan mee goreng mamak bersama segelas susu Dutch Lady PureFarm yang lazat dan menyihatkan agar Seri Wangi sentiasa bertenaga untuk memulakan kerja  di office, ianya sudah cukup memadai dengan minum segelas susu yang penuh dengan protein. Sememanya Seri Wangi rasa sentiasa bertenaga dan kuat apatah lagi Seri Wangi setiap hari berjalan kaki masuk ke office.


    HARI KEDUA - SELASA




    Hari kedua, hari yang penuh ceria dan happy always. Pagi ni Seri Wangi ubah angin bersarapan kat office pulak..Just makan roti sandwich dan jangan lupa minum segelas susu Dutch Lady PureFarm yang penuh dengan nutrisi terutamanya kalsium dan juga mengandungi kandungan Vitamin A dalam susu sangat baik untuk menjaga kesihatan mata.

    Walau pun Seri Wangi cuma bersarapan pagi dengan roti sandwich tapi ianya tetap mengenyangkan jika diminum bersama susu. Kalau nak nampak sentiasa sihat dan awet muda tiru macam Seri Wangi....heeee


    HARI KETIGA - RABU




    Hmmmm...nampaknya dah masuk Hari Ketiga Seri Wangi menyahut cabaran #dutchladybreakfastchallenge Pagi Rabu yang indah dan nyaman....Seri Wangi berasa tenang dan rasa bersemangat  untuk berserapan pagi ni, lebih-lebih lagi bila makan bersama sahabat baik Seri Wangi, Rose, jadi taklah boring bersarapan sorang=sorang kan?  Dia pun juga suka minum susu Dutch Lady PureFarm from Dutch Lady Malaysia. Breakfast pagi ni Seri Wangi makan ringan jer....roti Bun inti butter yang memang sedap, Seri Wangi sangat suka makan roti Bun ni, dah tu...minum pula susu Dutch Lady PureFarm yang sememangnya sedap sangat, jadi bertambahlah semangat and happy Seri Wangi hendak mulakan kerja2 di office.


    HARI KEEMPAT - KHAMIS


    Wah,,,,,dah masuk Hari Keempat dah,,,,? Hari ini Seri Wangi bercuti...happykan?Tau tak Seri Wangi buat apa cuti ni? Apa lagi Seri Wangi tidak melepaskan peluang berjogging pagi ni di taman riadah belakang rumah Seri Wangi jerr....tak jauh mana pun...tak payahlah nak lama-lama berlari sakan...lari satu taman riadah tupun sudah cukup memadai, asalkan tubuh kita berpeluh. Sekali-sekala kita kenalah jugak menjaga tubuh kita agar sentiasa segar, sihat dan cergas dan badan maintain slim selalu macam Seri Wangi...haaaa



    Nak tau sarapan pagi Khamis Seri Wangi makan apa? Oleh sebab Seri Wangi cuti hari ni, jadi Seri Wangi pagi-pagi dah masak sebelum pergi berjogging...tengah datang rajin nak makan makanan ala-ala Mat Salleh..haaaaa





    Seri Wangi goreng sossej, kentang goreng, kacang panggang dikacau dengan telur yang dimakan bersama beberapa keping roti. Oh ya....jangan pula minum susu Dutch Lady PureFarm untuk memberi tenaga selepas penat berlari tadi. Time cuti ni dapatlah Seri Wangi bersarapan dengan suami tersayang.



    HARI KEEMPAT - JUMAAT


    Wah...kejap jer dah tiba Hari Jumaat, Hari Kelima Seri Wangi sahut cabaran bersarapan pagi dengan minuman susu Dutch Lady PureFarm iaitu #dutchladybreakfastchallenge.

    Hari Kelima Seri Wangi cuma sediakan sarapan pagi dengan Kek Coklat yang Seri Wangi beli di Kedai Kek...kalau nak buat sendiri memang tidak ada masa. Sekali-sekala memang sedap makan kek bersama susu Dutch Lady PureFarm. Setiap kali bersarapan pagi bersama segelas susu amatlah penting untuk memberi kita tenaga dan menguatkan tulang terutamanya usia seperti Seri Wangi yang telah pun masuk usia 60 an, pastinya perlu sentiasa menjaga stamina dalam kehidupan seharian kita.

    Jom tengok Youtube Cabaran 5 hari
     #dutchladybreakfastchallenge


    Uoll pun boleh nak join contest ni..banyak hadiah yang boleh dimenangi dengan cuma upload gambar sarapan pagi korang bersama susu Dutch Lady PureFarm.


    Uoll kalau nak menang hadiah bernilai sehingga RM 35,000.00 baik cepat-cepat join contest ni...hadiah dia memang kaw..kaw...habis..,,rugi kalau korang tak join, cuma bersarapan dan menang. Jom #dutchladybreakfastchallenge mulai 8 Okt sehingga 11 Nov 2018. Kalau nak join contest bolehlah klik kat sini: https://www.dutchlady.com.my/events.php


    Untuk Maklumat Lanjut Berkenaan susu
     Dutch Lady PureFarm


    Website

    Facebook


    26 ulasan:

    1. Wahhh kek tu nampak best kak 😍😍. Gud luck ye

      BalasPadam
    2. breakfast is really the most important meal of the day.. it's great to hv break our fast with dutch lady... yummy~!

      BalasPadam
    3. Wah lengkap dah 5 hari ye sarapan bersama duchtlady.. bestnya kalau kita memang takde alah dengan susu kan..

      BalasPadam
    4. Wow congratulations on finishing up the challenge, breakfast is an important meal we should not skip!

      BalasPadam
    5. Caya lah kak... Berjaya habiskan challange.
      Menu bukan shj menu yg sihat, tapi juga nampak menyelerakan.
      Boleh follow menu akak ni.. 👍👍👍

      BalasPadam
    6. Tadi baru je beli susu dutch lady ni , saja nak cuba , sedap jugak .. hehe

      BalasPadam
    7. betul2 komited ni.. harap dapat capai target yang dikehendaki. jangan skip dutch lady, penting tau susu ni. hehe

      BalasPadam
    8. wah macam best je brekpes dengan susu Dutcg Lady..selalu gak minum susu ni..buat neskepi letak susu ni pun sedap

      BalasPadam
    9. Saya pun tengah minum Dutch Lady ni sekarang. Sekarton husband beli sebab nak buat air milk booster untuk dapat susu banayk

      BalasPadam
    10. great sharing here, yeah I also drink this milk. Even my kids they took a pack to school daily to drink. It's important to maintain healthy lifestyle, and breakfast is king surely we must eat!

      BalasPadam
    11. Memang jarang tengok rakyat malaysia breakfast dengan segelas susu. Termasuklah saya... hehehe... Kena tukar rutin dan istiqomah minum susu setiap pagi. Tapi susu Dutch Lady Pure Farm ni memang sedap.

      BalasPadam
    12. Saya sendiri memang tengah minum susu dutch lady, Berkotak kotak beli untuk tambah susu badan

      BalasPadam
    13. Amboi Kak Halimat patut makin mudah dan sihat rupanya ini rahsia dia yer hehehe sarapan dengan susu kita pun hari-hari sarapan susu harap dapat putih wakakakkaka.. sedapkan susu ini kita suka...

      BalasPadam
    14. Wah... So many great challenges. Great to stay healthy and active always.

      BalasPadam
    15. Lepas ni kena amalkan minum susu setiap hari macam kak limah. Aktif dan namapak sihat je. Saya jarang minum susu. Sellau minum air suam je

      BalasPadam
    16. Sarapan kak limah sedap betul eh. Tiba2 perut rasa lapar. Susu Dutch lady memang bagus terutama untuk kekuatan tulang. Btw baru tahu pasal bagus untuk mata. Gudluck kak limah.

      BalasPadam
    17. qeela suka minum susu, mmg sedap dan berkhasiat kan. menarik jugak ni Dutch Lady ada buat breakfast challenge macam ni, mmg best tu kalau dapat menang hadiah smpai beribu2 hehe. Sedap2 nampak breakfast tu semuaa 😁

      BalasPadam
    18. Hari ke-3 minum Dutch Lady bersama rakan sekerja ke Kak Limah. Lama tak jumpa akak. Bagus aih siap bersenam. Malu kita tak pi bersenam. Btw susu Dutch Lady memang faveret no 1 Bella. Paling sedapp!

      BalasPadam
    19. Minum dengan kurma pun sedap ni... hheheheh

      BalasPadam
    20. Sukalah tengok akk bersarapan pagi dan juga aktif bersenam. Healthy active lifestyle!

      BalasPadam
    21. Wahhh, nampak menarik betul menu sarapan pagi akak. Emi memang dari dulu lagi pengguna susu dutch lady pure farm ni. Jadi memang laju aje sahut cabaran ni, hehe

      BalasPadam
    22. Sedapynye kak prepare your daily breakfast, will try these myself.

      BalasPadam
    23. wah heavennya breakfast akk..semua nampaksedap..apa yang penting kena amik susu kan dalam sarapan. tu paling penting hehe

      BalasPadam
    24. wah. healthy breakfas. healthy lifestyle. terbaik!
      aida suka dutch lady ni. and semua la produk milk based drink.
      so far, semua sedap.
      kerap beli utk buat sos pasta & uli doh roti, yg full cream milk lah.
      and moreover, anak-anak dara aida dulu kala, memang minum susu dutch lady hingga la sekolah rendah.
      so, dutch lady is my trusted milk brand lah :)

      BalasPadam
    25. Bagus kak amalkan minum susu tu. Semoga hari akak lebih baik. Hehe. Ruby suka minum susu dengan cereal sebagai sarapan. Cepat dan kenyang. Hehe

      BalasPadam
    26. it's great to hv nice breakfast.. however hectic one's schedule is.. never ever skip any breakfast.. breakfast with dutch lady is must!

      BalasPadam

    Thak You For Your Comment