NIKMATI KEISTIMEWAAN MENGINAP DI HOTEL BEST WESTERN PETALING JAYA - KEUNGGULAN WANITA LIFESTYLE AUTHOR TRAVEL BLOG

Rabu, 5 September 2018

NIKMATI KEISTIMEWAAN MENGINAP DI HOTEL BEST WESTERN PETALING JAYA



TEROKAI, INAP DAN JAMU SELERA

Uoll ada plan nak bawak family pergi bershopping atau bawak family bercuti ke Petaling Jaya tak? Best tau kalau uoll ke Petaling Jaya yang kini telah pesat membangun menjadi salah satu bandar terpenting di Malaysia. Terletak di antara pusat bandar dan bandar-bandar lain di Selangor. Jangan tak tau pulak Petaling Jaya juga dikenali sebagai Kembar kepada Ibu Kota Malaysia iaitu Kuala Lumpur, sudah banyak tempat-tempat menarik yang telah dibangunkan di Petaling Jaya bagi tujuan rekreasi, membeli-belah dan juga syurga makanan. Seri Wangi sendiri kagum melihat bandar Petaling Jaya kini semakin membangun hinggakan Seri Wangi selalu tersesat jalan nak ke pusat bandar Petaling Jaya, kalau semasa memandu tak guna wave maunya sesat barat haaa..!


Hmmm...sekiranya uoll ada cadangan nak bercuti, tujuan urusan perniagaan, shopping window atau mahu bersantai & relax bersama keluarga di Petaling Jaya, pasti kita pening kepala nak fikirkan tempat kita nak menginapkan? Seri Wangi cadangkan uoll menginap di Hotel Best Western Petaling Jaya  yang terletak di Seksyen 13 yang diakseskan melalui Lebuhraya Persekutuan, Jalan Universiti dan Jalan Semangat.Ianya berjarak 50 minit dari Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA), 30min memandu dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz  Shah, Subang. Hotel Best Western Petaling Jaya adalah pilihan terbaik terutamnya sama ada  bagi pelancong luar negara dan dalam negara menginap di hotel tersebut yang mempunyai 344 bilik.


Kalau uoll nak tau, Hotel Best Western Petaling Jaya sebenar bermula dari Level 6 (Lobi) dan dari level 5 hingga Ground Floor adalah merupakan sebahagian komplek mall yang mempunyai rangkaian kedai, restoran, pejabat dan lain-lain. Kalau hendak pergi membeli-belah dari hotel tersebut uoll bolehlah ke Sunway Pyramid dan Taman Tema Sunway Lagoon, Banfar Sunway yang cuma jaraknya 7km , One Utama, IKEA Damansara dan Mid Valley.


Bersama Para Blogger

BILIK PENGINAPAN BEST WESTERN HOTEL PJ
Seri Wangi bersama teman-teman blogger lain diberi kesempatan menginap di Hotel Best Western. Seri Wangi mendapat Bilik Superior yang terletak di Level 11. Seri Wangi paling suka bilik ni sebab ada kemudahan Wifi, TV, Peti Sejuk, Minuman dan lengkap  dengan kemudian mandian di bilik air dan pastinya tempat beradu  mempunyai dua katil single, walaupun ruang biliknya kecil sedikit tapi ruang untuk bersolat tidak menjadi masalah, pemangannya pun cantik kalau dilihat dari cermin tingkap bilik kami. Ok..dah check in and happy dapat bilik yang selesa dan best..oh nak bagi tau kalau uoll (lelaki) yang perokok orangnya bolehlah minta bilik yang membolehkan mereka merokoknya, macam bilik Seri Wangi no hisap rokok tau..! 







KEMBALI KITCHEN




Seri Wangi dah pun chek-in, dah tiba masanya time makan-makan, jadi apa lagi kami ke Kembali Kitchen yang terletak di Aras 6 untuk makan tengahari. Menu tengahari Resepi Warisan setiap hari dari jam 12pm hingga 2.30pm, kali ini Kembali Kitchen menyediakan Set Makan Tengahari Warisan.





Set Makan Tengahari Warisan hanya RM15nett per set dengan percuma Ice Tea per set. Set Makan Tengahari tersebut mempunyai 3 pilihan:


Pilihan1
Rendang Ekor

Pilihan 2
Ayam Bakar Percik

Pilihan 3
Asam Pedas Ikan Pari


Kalau uoll nak tau Seri Wangi pilih set 1 iaitu Rendang Ekor sebab nak tau rasnya walaupun dah biasa makan lauk rendang ayam atau daging. Set Rendang Ekor termasuk Nasi, acar, keropok, sayur dan sup kosong...sedap hingga tak terkata.




Set Rendang Ekor

SARAPAN PAGI DI KEMBALI KITCHEN






BBQ DI ROOFTOP SKY DINE AND BAR


Seri Wangi first time dapat nikmati Bufet Makan Malam BBQ di Rooftop@SkyZ Dine and Bar yang dibuka dari pukul 3pm hingga 12 tengah malam. Memang best bila kita berada di sini dengan suasana romantik apalagi dengan tiupan angin malam di tepi kolam, lebih-lebih lagi Seri Wangi makan berdua dengan hybby...lagilah rasa macam berbulan madu. Jika uoll pemegang kad kredit atau Kad Debit Maybank dan Amek, uoll akan dapat diskaun 40%, tawaran sah hingga 29 Dis 18, Bufet tersebut menyediakan makanan Barat dan tempatan. Harga BBQ Buffet adalah RM110nett dan diskaun RM66 bermula dari 1 Sep 18 dan cukai perkhidmatan 6% tertakluk pada terma dan syarat. Memang Seri Wangi rasa puas hati menikmati makanan yang dihidangkan semuanya sedap-sedap belaka. 


  

DISCOVER BILIK PENGINAPAN 
HOTEL BEST WESTERN PJ



Hotel Best Western PJ  mempunyai beberapa bilik penginapan hotel dan suites yang terdiri dari:
  1. Super Room
  2. Club Fllor Superior Room
  3. Executive Suite
  4. Presidental Suite

KEMUDAHAN HOTEL BEST WESTERN PJ




Selain penginapan bilik hotel, terdapat juga beberapa kemudahan lain yang ada di Hotel Best Western PJ untuk keselesaan pelangganya yang menginap di hotel tersebut agar percutian mereka menjadi kenangan dan pasti akan datang semula menginap di sini apatah lagi dengan layanan staf-staf mereka yang memuaskan dan terbaik. 
  • Rooftop Swimming Pool
  • Fitness Center
  • Sauna and Spa
  • Function Room
  • Converd Car Park
  • Complimentry Wi-Fi
  • Business Center

Rumusannya selama 2 hari 1 malam Seri Wangi bermalam di Hotel Best Western PJ amat memuaskan hati dengan segala kemudahan dan layanan yang diberikan, pastinya Seri Wangi akan kembali lagi ke sini dan ucapan yang tidak terhingga kepada Hotel Best Western PJ.

For more Information
Best Western Petaling Jaya


16 ulasan:

  1. Wahh!! AM suka benar makan ekor.. nak kena try la rendang ekor.. harga cuma rm15.. boleh la AM singgah di sini makan di Kembali Kitchen.. thanks atas info

    BalasPadam
  2. Nampak menarik juga kalau menginap kat sini. Kadang2 nak duduk kat luar bukan kat rumah kan....Nampak best je kat dalam hotel ni.

    BalasPadam
  3. makanan kat sini semua sedap2 kan . banyak pilihan .

    BalasPadam
  4. Bestnya... nampak selesa bilik tu makanan pun sedap sedap nampaknya

    BalasPadam
  5. Waaa dating berdua dihotel best.. bilik tu sangat selesa dan decorasi pun simple.. makanan pulak nampak sedap je..

    BalasPadam
  6. Bestnya Kak Limah ! Nampak mewah betul ya. Rasa nak pergi sana jugk skrg. Makanan pon nampak sedap betul. Rugi kalau tak cuba semuanya ini

    BalasPadam
  7. Nampak menarik. So far belum pernah menginap kat hotel ni lagi. Yang penting klu bilik tu selesa. Mesti rasa nak datang lagi kan.

    BalasPadam
  8. Bleh suggest kat kwn2 yg luar dr kl/selangor ni. Berkenan pulak tgk menu2 kat restoran hotel ni.

    BalasPadam
  9. Wah bilik hotel nampak selesa dan kemas. Set lunch pun sedap. Harga not bad

    BalasPadam
  10. Wah menariknya hotel disini. Boleh dtg sini dan dan menginap. Makanan pun nampak best. Fasili pun boleh tahan. Berbaloi duit.

    BalasPadam
  11. Kalau ke PJ boleh try duduk sini. Nampak seleesa sangat.. makanan pon nampak wow.. tp tu la. Xde lg kursus di area sana.. apa2 boleh bookmark entri ni tuk rujukan masa akan dtg

    BalasPadam
  12. Menarik nih untuk dikunjungi hotelnya. Makasannya menarik. Untuk daerah petaling jaya klo gk salah dekat ma sentral market dan china town atau bukan kah?

    BalasPadam
  13. bilik dia takbesar tapi okaylah untuk short vacay ataupun untuk urusan business. menarik sebab harga dia tak mahal.

    BalasPadam
  14. menarik.
    harga pun ok ok lah...
    aida lama da tak jejak pj. dulu kala time blaja di lembah pantai, selalu ke pj.
    then, kawin, abg ipar stay di pj.
    da lebih kurang 13 thn, abg ipar pun da pindah subang bestari, no more jejak pj.
    yes, nice town. sibuk!

    BalasPadam
  15. Nmpak menarik jugak hotel ni..bila² pi sana boleh ke hotel ni

    BalasPadam

Thak You For Your Comment