PAKEJ "WEDDING HOMESTAY" PILIHAN BIJAK BAGI BAKAL PENGANTIN - KEUNGGULAN WANITA LIFESTYLE AUTHOR TRAVEL BLOG

Khamis, 26 Julai 2018

PAKEJ "WEDDING HOMESTAY" PILIHAN BIJAK BAGI BAKAL PENGANTIN



Jangan gelak tau...kalau Seri Wangi bagi tau yang Seri Wangi terima jemputan Open House walau pun dah habis raya...haaa...nama pun Open House Terlajak Raya oleh RNN CEM Sdn Bhd bersama Chef Yang Jamil.  Ni bukannya saja-saja datang beraya tau...kita datang sekali untuk hadir majlis kawin yang kalau Seri Wangi kata sangatlah grand,,!! Sebab apa? This is first time Seri Wangi dengar pasal "WEDDING HOMESTAY".

APA DIA "WEDDING HOMESTAY"?


"Wedding Homestay"  senang nak cerita, Seri Wangi nak bagi tau ianya seperti biasa kita tau Homestay, rumah yang kita menginap untuk ke suatu tempat apabila bercuti bersama family yang mana lengkap segalanya seperti perabut, dapur dan bilik-bilik tidur. Bagitulah jugak seperti Wedding Homestay yang lengkap  segala-galanya untuk urusan perkahwinan dan tempat tinggal keluarga pengantin. Jadi famlily bakal pengantin tak susah hati untuk mencari dewan, homestay untuk family jauh menginap kerana di Wedding Homestay mereka anggap seperti berada di kediaman sendiri untuk berkumpul bersama keluarga untuk meraikan pengantin Raja Sehari.


Oleh itu pihak RNN Catering dan Event Management dengan kerjasama Pemilik Homestay, RNN Catering dan Event Management tersebut diuruskan sepenuhnya oleh RNN CEM SDN dan diterajui oleh Puan Fadlina Lai (Pengarah Urusan) dibantu oleh En Khairul Haizal (Marketing Officer), En Kamarul Izwan (Operation Manager) dan Chef Norhashimah (Head Chef). RNN Catering dan Event Management berpengalaman lebih 15 tahun dalam industri katering dan pengurusan majlis dan setiap majlis diuruskan dengan lebih teliti dan professional dalam mengendalikan setiap majlis yang dipertanggungjawabkan. Selain itu RNN Catering dan Event Management juga mengendalikan perkhidmatan katering untuk majlis kecil-kecilan mahupun besar seperti akikah, seminar, keraian dan lain-lain lagi. 



1.   DEKORASI "WEDDING HOMESTAY"

Ketika Seri Wangi melangkah masuk ke dalam rumah tersebut, rasa terpukaulah pulak melihat dekorasi hiasan dalamannya yang sangat menarik, cantik, tersusun rapi dengan warna yang padan dan sejuk mata memandang dari ruang tamu, bilik pengantin dan hiasan pelamin yang nampak modern dan indah. Wedding Homestay ini adalah sentuhan dari decorator tersohor iaitu Pak Abu. Jadi bila ada sedara mara ramai pun tidak jadi masalah sebab rumah ini mempunyai 4 bilik dan telah diubahsuai dengan kemudahan katil-katil dan juga kelengkapan lain untuk seisi keluarga menjalankan majlis perkahwinan serta lokasinya pun di area Shah Alam.







Bilik Pengantin

2.  DEKORASI LUAR HALAMAN  









3.   PAKEJ KATERING

Seri Wangi bila melihat bermacam-macam juadah yang disediakan menjadi blurlah pulak nak memilih makanan yang disediakan untuk majlis perkahwinan yang disediakan oleh Hot Catering & Event Managements dengan sentuhan air tangan tersohor Chef Yang Jamil. Kebanyakan juadah yang dihidangkan sememangnya sedap-sedap belaka termasuk desertnya yang menggegarkan iman sebabnya Seri Wangi memang jarang makan kuih muih sebab manis tapi....tergugat jugaklah bila nampak kuih-muihnya semua sedap termasuk desert. Kalau nak cite pasal lauk pauk kenduri kahwin, hidangan kat sini paling best siap ada kambing golek yang yang dagingnya sangat lembut hingga menjilat jari gitu...    











4.   ACARA MAJLIS

Sebelum acara majlis diteruskan, pihak tuan rumah telah dimeriahkan dengan kehadiran tetamu istimewa dari Rumah Amal Kebajikan Persatuan Islam Peribadi Mulia, Sungai Kantan, Kajang, Selangor dan Akademik Tahfiz Al Abrar di awal pagi sebelum menunggu kehadiran tetamu di majlis tersebut.



Acara persandingan pengantin juga dijalankan dimana turut hadir memeriahkan majlis tersebut ialah tetamu Kehormat YBhg. Datuk Rashid bin Hasbullah, Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia. Majlis juga diserikan dengan kehadiran artis-artis vateran.








Sukacita  dimaklumkan untuk bakal-bakal pengantin yang masih mencari pakej perkahwinan terbaik untuk meraikan majlis berbahagia ini, pihak RNN Catering & Event Managements Sdn Bhd sedang mencari 10 orang yang bertuah untuk mendapat diskaun TERHEBAT  REBET hingga RM8000!!Untungkan?Jadi jangan berlengah lagi tau.....

 Hubungi:

Hotline
016-8734032/012-3252383

Website

Facebook 

Instagram

Email


17 ulasan:

  1. Ramai artis jemputan yang hadir tu termasukla SW :D

    BalasPadam
  2. Cantik betul dekorasi pelamin.. hihi aci tak nak naik pelamin lagi.. ?

    BalasPadam
  3. best sgt pakej camni sbb da all in so semua benda ada centralize dan rumah pon x serabut nanti...

    BalasPadam
  4. Senang bila ada homestay untuk wedding. Kebiasaannya homestay untuk sedara mara tido dan berehat aje. Sekarang untuk majlis pun bleh. Lain skit suasana dari dewan kan. Keluarga pun seronok datang ke majlis.

    BalasPadam
  5. Cantik dekorasi pelamin. Bagus ada pakej wedding homestay nih kak.membantu memudahkan keluarga pengantin.semua kemudahan dan kelengkapan ada.

    BalasPadam
  6. Konsep menarik dan dah ramai orang buat wedding kat homestay, senang , mudah dan tak berkecah rumah kan..cuma sediakan ongkosnya sahaja ye tak..

    BalasPadam
  7. sempat bergambar dengan chef yang ek.. jeles kita dengan kak limah hehhe

    BalasPadam
  8. Suka dengan dekorasi pelamin, cantik betul

    BalasPadam
  9. Wow.. Pakej katering, pakej perkahwinan dgn homestay sekali semua ada.. Senang kan zaman skrg xpqyah fikir, semuanya sekali

    BalasPadam
  10. aida pernah baca pasal ni, ohsem idea lah by owner.
    sometimes, ada org yg takde kawasan sesuai nak buat ceremony. umah flat ke, kondo ke, teres sempit ke kan.
    nak buat dewan, mcm takde privasi. takde semangat keluarga.
    this is very good inisiatif. mesti dpt byk tempahan. terbaik.

    BalasPadam
  11. Terbaiklah skrg nie siap ngan pakej homestay.. Nie senang utk orang muda zaman sekarang

    BalasPadam
  12. Cantik dan suka konsep macam ni. Bolehlah nanti nak sharekan info ni pada adik-adik junior yang dah ada perancangan nak berumahtangga kat sini.

    BalasPadam
  13. Cantik akak tempat ini kita pun suka ada rumah dan juga boleh buat event sekali bestnya harap-harap masa kenduri kita nanti ada orang nak taja lokasi macam ni ehhhh hehehehe..

    BalasPadam
  14. Cantik tempat dan deko dia. Kalau saya, saya lagi suka tempat yang dah sedia all in one. Senang keje keluarga pengantin. Tak payah susah susah dah

    BalasPadam
  15. sekarang dah jadi trend kan, buat wedding gini. Bagus sangat idea ni, takde masalah kalau rumah kecil ke nak buat kenduri, amik teus pakej wedding dengan homestay sekali.Dah la deco cantik2 dari dalam sampai luar. Memang best!

    BalasPadam
  16. Wahhh.. Menarik sangat ni. 1st time dengar pakej wedding homestay. Bagus idea ni. Bakal-bakal pengantin tu boleh lah ambil pakej ni sebab ada diskaun tu.

    BalasPadam
  17. Tudia package yang disediakan . Jarang dengan pakej wedding homestay . Family pengantin yang jauh perlukan tempat tidur. Hotel mahal sgt kan . Bagus Idea ni.

    BalasPadam

Thak You For Your Comment