KEMERIAHAN SAMBUTAN HARI RAYA DI MALAYSIA - KEUNGGULAN WANITA LIFESTYLE AUTHOR TRAVEL BLOG

Rabu, 27 Jun 2018

KEMERIAHAN SAMBUTAN HARI RAYA DI MALAYSIA

 


Salam dan Selamat Hari Raya Aidilfitri

Kita sedia maklum, setiap tempat dan bangsa sudah tentu ada cara atau tradisi mereka  untuk merayakan Hari Lebaran tersendiri. Begitu juga seperti di Malaysia,  tradisi merayakan sambutan Hari Raya Aidilfitri, sambutan Hari Raya berbeza bagi setiap negeri. Pada  dasarnya tradisi yang dijalankan adalah sama seperti  ziarah menziarahi, menghias rumah dan balik kampung halaman. Tetapi seperti  penduduk di negeri Pantai Timur pula, mereka akan menyambut Hari Raya Qurban atau Hari Raya Aidiladha lebih meriah lagi dari Hari Raya Aidilfitri.

Nak tau apa yang paling syok bila tiba hari raya? Haaa…semestinya perkara yang ada dalam kepala korang semua adalah juadah hari raya kan!!. Samalah dengan Seri Wangi pun duk fikir benda yang sama. Puasa pun belum habis dah fikir nanti raya, nak makan apa…betul tak?Seperti yang korang sedia maklum kat Malaysia ni kita hidup berbilang kaum dan bangsa jadi kita jugak berkongsi banyak hidangan mengikut kaum dan bangsa.
Juadah wajib di Hari Raya mestilah ketupat, lemang dan rendang kan! Seri Wangi rasa, kalau salah satu juadah tu tadak...rasanya macam tak rayakan? Kat Malaysia nikan, kalau nak tau, ketupat pun ada beberap jenis. Contohnya seperti ketupat palas, ketupat nasi dan ketupat cina ataupun Seri Wangi panggil ketupat daun buluh yang boleh dibeli di pasar cina sebab dorang balut guna daun buluh.
Ketupat Palas

Ketupat Nasi

Ketupat Cina
Ketupat Palas
Ketupat Palas ni pulak, selalunya kita boleh dapat area Utara Malaysia. Seri Wangi suka sangat makan ketupat palas ta[i tak tau buat...tau makan jer haaa!! Ketupat Palas ni menggunakan beras pulut dan santan. So...rasa dia mestilah sedap sangat dan berlemak santanya...hhmmm...laparlah pulak!Kalau nak lebih umphhh...!!lagi sedap dimakan dengan kari daging (Orang Kedah kata Gulai Daging).
Ketupat Palas
Ketupat Nasi
Ketupat Nasi, Seri Wangi rasa semua orang dah taukan? Ketupat Nasi pulak macam biasalah....macam kita makan nasi impit tu...!cuma yang uniknya ketupat nasi ni dari anyaman daun kelapa menjadi petak then....barulah kita masukkan beras dalam bekas daun ketupat yang dah dianyam tu. Haaa....bab ni memang Seri Wangi terror anyam ketupat, bukan senang tau nak belajar anyam ketupat!
Cara Anyam Ketupat

Ketupat Nasi
Ketupat Cina


Kalau korang nak tau Ketupat Cina yang paling rare! Nak tau sebab apa? Sebab ketupat cina susah nak dapat, lagi pun bukan semua tempat yang ada ketupat ni. Biasanya dalam ketupat ini dorang letak inti seperti isi ayam. Bukan semua orang yang pandai buat ketupat ni, orang kata sapa yang terror jer yang boleh buat ketupat cina ni. Kalau tak silap orang panggil ketupat Cina ni Bak Chang..kalau salah jangan marah yer....


Lemang

Oh yer...lagi satu, zaman sekarang ni, korang dah tak payah susah-susah duk pikir kat mana nak cari buluh lemang dan kat mana nak bakar lemang. Seri Wangi nak bagi taulah...semua tu korang senang nak cari sebabkan musim-musim raya korang boleh jumpa banyak gerai-gerai yang jual lemang di sepanjang jalan. And...kalau korang lalu kat MRR2, musim raya mesti korang tahu betapa sesaknya jalan tu...bukan ada eksiden ka apa...tulah Seri Wangi nak cakap penangan gerai lemang yang ada kat kiri dan kanan MRR2. Haaa!!korang jangan serabut pulak nanti duk pikir nak buat serunding bagai, rendang ke...jangan panic and jangan susah-susahkan diri nak buat semua tu sebab selalunya kat mana ada lemang, kat situ mesti ada jual serunding ataupun rendang sekali, kiranya ada pakejlah...!!So....don't worry and pening-pening kepala sebab semua ada kat situ.




Menghias Rumah

Selain itu, perkara yang semua "orang nantikan pada hari raya in Malaysia ni"  ialah menghias rumah. Kebanyakan penduduk di bandar akan menghias rumah dengan lampu lip lap  lip lap dan berwarna-warni kerana kawasan perumahan mereka tidak sesuai untuk memasang pelita. Tetapi jika korang tinggal di kawasan kampung, korang boleh tengok betapa meriahnya rumah dorang tu..mereka memasang pelita di sepanjang jalan untuk sampai ke rumah mereka...bestkan? Biasanya korang boleh tengok apabila mulanya malam Tujuh Likur.



Malam Tujuh Likur

Malam Tujuh Likur ni adalah sepuluh malam terakhir dalam bulan Ramadhan, kebiasaannya lampu-lampu dipasang untuk menyerikan halaman rumah. Bersempena dengan itu, konsep cahaya pelita diadaptasikan sebagai satu simbol 'NUR' yang menerangi sebuah kehidupan. Kalau tuan rumah rajin dorang akan hias rumah dorang untuk menyambut tetamu yang datang menziarah. Sebab tulah time hari raya mak-mak kita termasuklah Seri Wangi suka membeli barang perhiasan rumah seperti bunga, pasu bunga, langsir baru, permaidani, balang kuih dan ada juga siap beli perabut baharu tukar yang lama setiap kali menjelangnya hari raya setiap tahun. Tapi...Seri Wangi ni jenis berjimat tau..!


Gambar Hiasan
Hmmm....apa lagi yer...yang Seri Wangi belum cite? Makan dah...menceriakan rumah pun dah! So...sekarang untuk menyediakan baju raya...rayalah sakan kitakan? Kalau kat Malaysia ni, mereka akan menjadikan baju tradisional atau baju kebangsaan seperti Baju Melayu untuk lelaki dan Baju Kurung untuk perempuan sebagai baju raya.

Baju Melayu

Baju Kurung
Selain dari itu, tak lupa juga baju-baju kasual untuk digayakan pada hari raya kedua dan seterusnya. Tetapi sekarang dah banyak rekaan fesyen yang telah dijual di butik-butik seperti baju kebaya, kebarung dan peplum. Tak ketinggalan jugak fesyen baju bagi kaum lelaki dan sekarang sudah banyak rekaan baju melayu yang sudah dimodenkan tanpa meninggalkan gaya baju tradisional.





So...apa macam?Rasanya tak sabar nak rayakan?termasuklah Seri Wangi yang tak sabar nak beraya....!Haaa...korang yang tinggal kat luar dari Malaysia ni, korang terliur tak nak beraya kat Malaysia? Jomlah sambut Hari Raya di Malaysia....pasti ianya akan menjadi kenang-kenangan buat korang bila balik nantikan? Jadi jom kita tengok-tengok and intai-intai kat sini kot ada promosi apa!! https://www.traveloka.com/en-my/promotion














10 ulasan:

  1. Betul untuk orang cina. Memang dipangggil bak chang. Ha 😄

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh tq Tekkaus...agaknya rasa dia pun lebih kurang macam ketupat palaskan?

      Padam
  2. Saya juga gemar hari raya kerana dapat makan ketupat dengan rendang ayam. Yang syoknya dapat menjamu kerisik tu. 😄

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haaa...kerisik memang sedap tapi serunding lagi sedapkan?

      Padam
  3. Frankly speaking.. Malaysia is the best country to stay in.. so much celebration to celebrate together and yet so harmony!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yes..dr, Untung tggl di Malaysia yg banyak budayanya, cuti pun banyakkan?

      Padam
  4. To me, festivities like Hari Raya is an excuse for family and friends to get together. Take a break from busy lives and spend valuable time together. That's the most important.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yes...masa inilah kita adik beradik, sanak saudara dan kawan-kawan dapat berkupul dan berjumpakan?

      Padam
  5. huhu.. semestinya kalau sebut raya yang terbayang di fikiran adalah juadah raya tu..kih3.. ni pun dah terbayang lemang n rendang ayam

    BalasPadam
  6. Very nice traditional festives!

    BalasPadam

Thak You For Your Comment