'2 TAHUN, LEBIH WOW!'
Seri Wangi berkesempatan bersama meraikan CJ WOW SHOP meraikan Ulang Tahun Kedua dengan ganjaran yang lebih hebat. '2 Tahun, Lebih WOW!' bersama bintang TV Yana Samsudin sebagai dutanya.
Sempena pencapaian CJ WOW SHOP, destinasi membeli belah pintar sehenti Malaysia, rakyat Malaysia berpeluang menyertai karnival membeli belah dari rumah yang menampilkan beberapa siri promosi selama satu bulan menerusi saluran CJ WOW SHOP termasuk TV, dalam talian dan aplikasi mudah alih mulai 01 April 2018.
Sejak dilancarkan pada tahun 2016, CJ WOW SHOP telah menambah penawaran produk daripada 27 kepada lebih 450 produk pada hari ini. Antaranya termasuklah produk isi rumah, barangan elekrtik, gajet-gajet, produk kecantikan, fesyen dan banyak lagi. Saluran membeli belah ini bakal mencapai pertumbuhan yang lebih kukuh selepas berjaya mencatat lebih 650,000 orang pelanggan an mengutip jualan melebihi RM130 juta pada tahun 2017.
GANJARAN EKSKLUSIF BEG WOW
Yana Samsudin Duta '2 Tahun, Lebih WOW!' |
CJ WOW SHOP juga melantik selebriti terkenal dan pemenang pelbagai anugerah, Yana Samsudin sebagai Duta '2 Tahun, Lebih WOW!'. Pemilihan ini dibuat berdasarkan sambutan hangat yang diterima selepas beliau menjadi pengacara undangan selebriti rancangan istimewa saluran 'The WOW Show' di mana Yana Samsudin mempunyai rekod prestasi yang terbukti antaranya kejayaan beliau mencapai jualan melebihi 200 unit Athira Pendant oleh Habib Jewel dalam masa 22 minit.
Beg WOW mesra alam edisi terhad yang direka dan dibawa khas oleh Yana Samsudin, perlantikan ini juga selaras dengan konsep CJ WOW SHOP untuk membawa pengalaman 'shoppertainment' yang unik dan menarik. Yana Samsudin akan berganding bahu dengan hos tetap rancangan CJ WOW SHOP seperti Zaim Helmi dan Lily Liyana bagi menghiburkan penonton. Sepanjang bulan April, hadiah eksklusif iaitu 'Beg WOW' akan diberikan secara percuma kepada para peminat Yana Samsudin dan para pembeli yang membuat sebarang pembelian di CJ WOW SHOP.
Yana Samsudin, Zaim Helmi dan Lily Liyana |
KOMITMEN BERSAMA PELANGGAN DAN
RAKAN NIAGA
Pencapaian pada tahun 2017 telah meningkatkan lagi keyakinan CJ WOW SHOP untuk terus berkembang bersama pelanggan dan rakan niaga, terutamanya syarikat-syarikat tempatan yang menyediakan produk hebat. Pada masa ini, 70% daripada produk yang dijual melalui saluran ini terdiri daripada jenama tempatan termasuklah Mugen, Riino, Elba, Habib Jewel, Ariani dan Winds, penjual gajet, peralatan serta produk isi rumah.
En. Kim berkata, "Kerjasama rapat dengan syarikat kecil dan sederhana tempatan sentiasa menjadi keutamaan kerana CJ WOW SHOP merupakan platform pemasaran menyeluruh untuk membantu perniagaan ini mencapai potensi pasaran meluas yang sebenar. Dalam bulan-bulan yang akan datang, kami juga akan meningkatkan khidmat pelanggan serta pengalaman membeli belah secara keseluruhan bagi menyokong strategi pertumbuhan kami"
CJ WOW SHOP adalah usaha sama antara Media Prima Berhad dengan CJO Shopping Co Ltd (CJO) dari Korea Selatan yang mengendali rangkaian beli belah di rumah melalui TV No 1 di Asia yang mana telah dilancarkan pada bulan April 2016, kerjasama strategik CJ SHOW SHOP dengan jenama tempatan seperti Proton dan Simplysiti telah menyaksikan syarikat menerima pengiktirafan serantau dari The Spark Awards 2017 untuk Penyelesaian Risikan Pemasaran dan Jualan Terbaik (Emas) dan Marketing PR Awards 2017 Asia Tenggara untuk Kempen PR Terus Kepada Pelanggan Terbaik (Gangsa).
CJ WOW SHOP menampilkan demontrasi melalui siaran pelbagai rangkaian media seperti TV3, ntv7, 8TV,TV9 dan Tonton.
TV3
|
Setiap Isnin – Ahad
Setiap Isnin
|
: 0600 – 0700 (60min)
: 1300 – 1330 (30min) The WOW Show
|
ntv7
|
Setiap Sabtu – Ahad
|
: 0600 – 0700 (60min)
: 1030 – 1330 (180min)
|
Setiap Isnin – Jumaat
|
: 1030 – 1430 (240min)
|
|
Setiap Isnin – Ahad
|
: 2400 – 0100 (60min)
|
|
8TV
|
Setiap Isnin – Jumaat
Setiap Sabtu – Ahad
|
: 0600 – 0930 (210min)
: 0600 – 0900 (180min)
|
TV9
|
Setiap Isnin – Khamis
Setiap Khamis
Setiap Jumaat
Setiap Isnin – Jumaat
Setiap Sabtu – Ahad
|
: 0830 – 1300 (270min)
: 1330 – 1700 (210min)
: 1000 – 1100 (60 min) The WOW Show
: 0830 – 1700 (510min)
: 2300 – 0100 (120min)
: 0830 – 1800 (540min)
: 2400 – 0100 (60min)
|
Saluran beli-belah dari rumah 24 jam setiap hari menerusi platform
televisyen digital, MYTV.
|
Para pelanggan boleh membeli produk yang dilihat melalui televisyen dengan menghubungi talian hotline bebas tol:
1-800-18-0808
Secara Dalam Talian dengan melayari:
Muat Turun Aplikasi Mobile CJ WOW SHOP
Wow dh 2 tahun.. suka cik en tgk cj wow shop ni.. tp msih blom beli.. time2 layam blog bukak cjwow shop punye channel
BalasPadamStart 01 Apr - 31 Apr ada offer dan dpt percuma Bag WOW
Padamcj wow shop ni memang boleh tahan harga murah2 dari harga pasaran. mak yoorin pon dah terjebak beli 2-3 barang dari cj wow shop..
BalasPadamKebanyakan barangan tempatan dan berjenama
PadamMemang best CJ WOw shop! I like to shop there... Happy 2nd anniversary!
BalasPadamYes...tq blhlah stat shopping sekarang ada offer bln apr
PadamWah bestnya dapat pergi event CJWow.nanti Jessie nak jugak upload apps dari android untuk tonton rancangan tu. Thanks for sharing ya
BalasPadamWow! Menarik la CJWOW Shop ni. Lagi ramai la mak-mak shopping kat sini nnti.
BalasPadamDan makin banyak jugalah rancangan diorang kt TV. Huhu
Bertabahlah ya
Best la kak Limah..selain dpt join event berprestij ni dapat jumpa slebriti..SA suka CJ Wow Bag tu...tak pernah shopping barang kat sini lagi
BalasPadamwow sangat. suka tengok dalam tv ni.Menarik produk-produk yang di promosikan
BalasPadamCongrats utk ulangtahun Cj Wow shop..mmg ramai suka membeli kat sini kan..mak saya pon dah 3 4 kali mbeli cj wow shop ni..
BalasPadamPernah belikan untuk jiran.memang cepat dan pantas. Hari ni beli, esok dah sampai. Bayar semasa penghantaran pon boleh. Itu yang best. Mommy pon teringin banyak juga barang. Tunggu masa yang sesuai. Haha
BalasPadamMeriah event wow shop. I dengar gak program ni best utk yg suka shopping. Yana pun ada.
BalasPadamTengok warna barang dekat cjwow shop ni boleh tahan murah tapi tak pernah beli pun
BalasPadamSelalu trpengaruh nak beli last2 tak payh la haha
Liez suka cj wow shop. Klau tgk mmg rambang mata mcm2 nak beli... tahniah cj wow shop
BalasPadamsaya dah banyak beli barang dengan cjwow shop ni. sangat2 berbaloi
BalasPadamwah macam2 ganjaran cj wow shop tawarkan ya..nampak menarik dan best
BalasPadamWhoaaa...emi so far belum terjebak shopping kat cj wowshop. Tp tak dinafikan hampir terjebak, ralit klu tengok dorang duk cerita pasal produk2 tu nk suruh kita beli
BalasPadamWow sudah dua tahun ya. Sukses ya evennya. Ramai banyak peminatnya karena promosi yang hebat.
BalasPadamwaa.. bestnya !! memang harga kat CJ Wow Shop ni berbaloi baloi.. hee~
BalasPadamSelamat Ulangtahun CJ WoW Shop. Dah 2 tahun dah ekk. Saya belum pernah lagi beli kat sini, nanti nak cuba jugaklah.
BalasPadamWow! best juga event ini. I wonder what's in the wow bag anyway the design looks attractive also.
BalasPadam