TOURISM AWARDS 2017/2018
Pertama kali Seri Wangi masuk ke Restoran Terapung D'Saji KL Titiwangsa yang sangat cantik senibina dalaman dan luarannya. Terpaku melihat keindahan restoran terapung di tengah-tengah Tasik Titiwangsa pasti dapat memberi ketenangan dan bersantai bersama keluarga sambil menikmati hidangan yang lazat dari Restoran D'Saji.
Restoran Terapung D'Saji KL Titiwangsa adalah milik penuh Felda D'Saji yang juga merupakan anak syarikat milik Koperasi Permodalan Felda Berhad dan FELDA. Mula beroperasi pada bulan Mei 2015 dan dirasmikan oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur pada ketika itu adalah Datuk Seri Ahmad Phesal Talib. Restoran ini mempunyai kapasiti 1700 orang pada satu-satu masa dan mempunyai 3 buah dewan bankuet berlainan saiz, bilik seminar, bilik mesyuarat dan ruang restoran terbuka dengan pentas dilengkapi sistem bunyi dan lampu berteknologi tinggi.
Selain itu Restoran Terapung D'Saji KL Titiwangsa juga terkenal dengan tempahan perkahwinan dan lokasi pelbagai majlis dan seminar. Restoran ni juga menawarkan produk pelancongan Makan Malam dengan Tarian Kebudayaan Malaysia setiap malam khususnya untuk pelancong dari Luar Negara dan tempatan sambil menikmati bufet yang menawarkan puluhan juadahistimewa Malaysia. Harga bufet iaitu RM59+ seorang dan antara yang terendah di Lembah Klang.
Bagi menghargai sokongan tinggi dari agensi-agensi, persatuan dan badan kerajaan yang berkaitan dengan pelancongan, pengurusan Felda D'Saji telah mengajurkan Anugerah Pelancongan D'Saji KL Titiwangsa 2017/2018, sebanyak 16 penerima anugerah dengan satu daripadanya menerima Anugerah Khas di atas sumbangan pelancong tertinggi sepanjang tahun 2017. Jumlah pelancong luar negara D'Saji KL Titiwangsa pada tahun 2017 disumbangkan keseluruhan pemenang-pemenang kali ini adalah 21,000 orang dengan nilai jualan melebihi RM 1juta. Anugerah tersebut diadakan secara meriahnya di Arabic Orchid - Restoran Terapung D'Saji KL Titiwangsa pada 24 Feb 2018. Majlis ini dihadiri oleh 200 tetamu yang terdiri daripada pengurusan Kumpulan Felda, wakil pengurusan agensi kerajaan yang berkaitan pelancongan, persatuan-persatuan pelancong, agensi-agensi pelancongan, syarikat hiburan tempatan dan rakan-rakan media cetak dan media dalam talian. Tetamu-tetamu dihidangkan dengan menu Timur Tengah Arabic Orchid Restaurant. Pengurusan Felda D'Saji mengharapkan sokongan berterusan industri pelancongan kepada produk-produk D'Saji KL Titiwangsa di masa akan datang.
VENUE-VENUE LAIN FELDA D'SAJI
Untuk makluman semua selain daripada Restoran Terapung D'Saji KL Titiwangsa terdapat juga venue-venue lain Felda D'Saji seperti:
1. Dewan Perdana Felda, Jalan Semarak.
2. Dewan Merak Kayangan, Jalan Gurney
3. Dewan Besar Tun Rahah, Jalan Bukit Bintang
4. Dewan Bankuet Menara FELDA, Persiaran KLCC
5. Dewan Residensi UTMKL
6. Kajang Perdana Avenue, Kajang
7. Dewan Gemilang, Kelana Jaya
8. Orchard Villa, Jalan Gombak
9. Lake Cempaka Villa, Bandar Baru Bangi
10. Taman Warisan Pertanian, Putrajaya
11. Dewan Institut Semarak Felda, Bangi
Bersempena dengan Anugerah Pelancongan D'Saji KL Titiwangsa 2017/2018 ini, pihak pengurusan Felda D'Saji menawarkan potongan diskaun 10% di Restoran Arabic Orchid, D'Saji KL Titiwangsa KL.
Haaa...tumpang pegang award jer.. |
For More Information
Wow! Congrats to D'Saji. Now only I realize they go so many outlets. I have tried their food before during events and its good.
BalasPadamYes...D'Saji tempat yang paling best for dinner
Padamwow
BalasPadamterbaik lah menang anugerah
Malam anugerah ni utk mereka yang telah berkerjasama dengan Felda D'Saji
Padam