MALAYSIA BAIK PUNYA
First time Seri Wangi joint Shopping Hunt ni, sebelum tu memang tak pernah masuk mana-mana tressure hunt atau acara larian, bukan apa sebenarnya malas nak fikir-fikir dan ianya menguji minda kita agar berfikir untuk mendapatkan sesuatu dan semestinya keletihan selepas habis acara gitu. Kali ini entah macam mana tergerak pulak hati ni nak joint Miss SHOPhia Shoppung Hunt 2.0. Seri Wangi fikir tentu acara gini santai-santai aja. Jadi ceritanya Seri Wangi pun jointlah acara ni khas untuk bloggers/Media/Influencers bersama-sama dengan peserta-peserta dari luar negara dan juga tempatan yang terbuka untuk mereka menyertainya tahun ini.
Sempena Kempen Jualan Akhir Tahun 2017 yang bermula dari 01 Nov hingga 31 Dis 2017, Tourism Malaysia melalui Sekretariat Shopping Malaysia (SSM) sekali lagi menganjurkan acara berkonsepkan 'Treasure Hunt' yang kali kedua iaitu Miss SHOPhia Shopping Hunt 2.0 yang diadakan pada 25 Nov 17 (Sabtu). Wah....bila dengar pasal Shopping ni Seri Wangi berasa teruja nak joint, sukalah sangat bila dapat jemputan khas untuk blogger bersaing untuk nak cari 'Treasure Hunt' tapi....bukannya senang tau nak dapatkan 'Treasure' tu...haaaa...sakit satu badan.
Objektif Miss SHOPhia Shopping Hunt 2.0 adalah:
a. Mempromosikan ikon beli-belah Malaysia, Miss SHOPhia kepada semua lapisan masyarakat di Malaysia dan antarabangsa melalui platform media sosial seperti Facebook dan Instagram.
b. Mempromosikan Malaysia sebagai sebuah destinasi membeli-belah yang unggul di Rantau Asia Tenggara.
c. Mempromosikan kemudahan pengangkutan awam seperti LRT, MRT, Bas dan lain-lain ke pusat membeli-belah utama khususnya di Kuala Lumpur.
Acara Miss SHOPhia Shopping Hunt 2.0
Pendaftaran acara tersebut bermula di Komplek Kraf Malaysia, Seri Wangi pagi-pagi sudah sampai ke tempat tersebut dalam pukul 7.00 pg untuk berkumpul sebelum larian dimulakan dan masing-masing diberi sehelai baju T warna Pink. Seramai 600 peserta yang menyertai acara tersebut dan di bahagikan setiap team mempunyai 4 orang peserta. Team Seri Wangi diberi nama SHOPHOLIC yang terdiri dari Ruby (ketua team), Dboy dan Moru.
Tempat Pendaftaran |
Setelah selesai masing-masing mendaftar kami telah diberi taklimat sebelum meneruskan acara tersebut dan menunggu ketua team setiap kumpulan masing-masing diberi penerangan sebelum kami meneruskan acara tersebut.
Masing-masing teruja dan tidak sabar-sabar hwndak memulakan perjalanan yang telah kami rancangkan dari mula hingga tamat acara. Lokasi yang telah dirancangkan ialah dari Avenue K, Fehreneit 88, Sunway Velocity Mall, Sunway Putra Mall, Lot 10, Pavillion KUala Lumpur, Suria KLCC, Sungei Wang Plaza, Plaza Low Yat, SOGO KL, Central Market, Quill City Mall dan akhir sekali ke lokasi akhir penamat di MyTOWN Shopping Center, kira-kira ada 14 Mall kami kena jelajah..hmm...larat ke? Ke semua tempat yang dituju menggunakan pengangkutan awam seperti Bas, LRT, Monorel dan MRT selain berjalan kaki menuju ke destinasi yang telah ditetapkan. Adui....bayangkanlah cabaran yang kami terpaksa lalui dengan hujan lebat pulak masa tu.
Haaa...mula-mula seronok berjalan kaki mencari lokasi dan menyelesaikan task yang diberikan iaitu setiap tempat dikehendaki upload gambar di Facebook dan dimestikan mendapat minima 5 likes sebelum mendapat COP Pengesahan supaya kita dapat meneruskan task berikutnya. Tapi...bukan senang yer..kita nak dapatkan cop pengesahan tu sebab satu kerja pulak kami kena cari Marshall untuk mendapatkan cop tersebut dan ini kadang-kala boleh melambatkan perjalanan kami ke lokasi lain. Lagi satu cabaran buat team kami bila sesuatu gambar yang dah upload di Facebook kadang-kala lambat mendapat jumlah like yang dikehgendaki.
Quill City Mall |
Selain itu kami diberi Task untuk membeli makanan/minuman dengan menggunakan App Boost iaitu Donat. Amboi,,,bukan senang rupanya hendak selesaikan task-task tersebut banyak perkara yang kami kena lakukan seperti Berselfie, mengira food court, kena menyanyi, bergambar dengan Ikon Miss SHOPhia, jawab soalan kuiz dan banyak lagi sekiranya task yang diberikan salah, kami kena ulang balik cari sampai betul task yang diberikan, sangat mencabarkan?
Seri Wangi dan team rasa penat giler menghabiskan task tersebut hingga pukul 4 petang baru kami selesai 'task' yang berikan dan kami kemudian ke lokasi akhir iaitu MyTOWN KL, cheras untuk berkumpul di acara penamat dan penyampian hadiah. Walaupun team kami tak menang, Seri Wangi gembira telah mendapat Medal Miss SHOPhia Hunt 2.0. First Time dapat medal untuk acara treasure hunt gini...pengalaman yang paling manis,lucu,happy and penat dan mencabar fizikal dan minda untuk mencapai sesuatu yang kita hajati.
Akhir sekali perasmian penutupan Miss SHOPhia dan menyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang dan bayak cabutan bertuah, tapi nampaknya Seri Wangi tak bertuah hari tu...huuu!! Juara untuk penyertaan peserta awam dan media mendapat hadiah RM17,000 terdiri wang tunai dan cash voucher BOOST, lucky draw vaocher shopping, tiket flight, Air Asia point dan macam-macam kagi serta yang bertuah dapat cash voucher Zara.
Kesimpulannya Tourism Malaysia dan SSM menganjurkan acara Miss SHOPhia Shopping Hunt 2.0 2017 telah berjaya menarik orang ramai menyertai 'treasure hunt' yang mana ianya secara tidak langsung mengalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam seperti LRT, MRT, Monoril, Bus Rapid dan Komuter untuk mengelakkan kesesakan jalan raya sambil membeli-belah di Mal-Mall sekitar Kuala Lumpur.
Untuk maklumat lanjut boleh layari:
Meriah juga program macam ni best pun best pastu sihat lagi dapat keluarkan peluh
BalasPadamMemang pun terlebih peluh haaa..
PadamIni memang menarik ni. Dah lama tak join aktiviti macam ni....
BalasPadamEnjoy joint aktiviti mcm ni tp penatlah sangat...
PadamSeronok nyaaa.. Nampak geng2 blogger join.. Ada kak ruby kan tu.. Zaza tak pernah lagi ada peluang nak join aktiviti macam ni..
BalasPadamKak first time joint aktiviti mcm ni mmg mencabar utk selesaikan setiap task yg diberi..
PadamMenarik sungguh program ni. Jeles tak dapat join. Objektif menggalakkan orang naik public transport pon sungguh murni
BalasPadamUntuk joint aktiviti mcm ni kita kena ada stamina yang yang kuat, bertenaga kerana byk tenaga diperlukan kena berlari klu nak cepat selesai
Padamtreasure hunt mcm ni mmg penat. tapi paling penting kita enjoy dan buat sehabis baik dalam setiap task...heheheh
BalasPadamHaaa...mmg penat giler bila dah hbs dan balik umah baru terasa sakit2 satu badan...
PadamWah satu team dengan Marou. Pape pon event macam ni memang best kan :)
BalasPadamMemang best klu ada momi lagi best kan?
PadamWowww ramai juga yang sertai tue.... Kalau saya la kan.. sorry... xlarat nak terkejar2 menyhoping hahahah
BalasPadamHaaa...bukannya oegi menyopping kena cari harta karun dan uji minda
Padammeriahnya program ni , aktiviti bersenam
BalasPadamMeriah event ni! Seronok betul dpt jumpa dengan akak dan rakan2 blogger yang lain. Walaupun kalah yang penting happy! Hihi
BalasPadamHaaa...kesiankan kita kalah?xpa utk cari pengalaman walaupun penat giler...janji semua team satu kepala
Padamseems like a fun event! too bad they dont do it in penang! if not i sure join.
BalasPadamYourFinanceDoctor
Klu you joint mesti best..very happening tau..
PadamMemang best la shopping hunt macam ini. Hopefully next year they have it again.
BalasPadamYes...maybe next year ada lagi...
PadamKena kental kalau nak join shopping hunt ni sebab banyak tempat nak kena pergi kan ☺
BalasPadamBetul tu...kena kuatkan semangat dan minda sbb byk guna otak utk berfikir...kena kuat berlarikan?
PadamBestnye nex time saya nak join jugalah.. Majlis npk seronok
BalasPadamNest year ifah blh joint...haaa...
Padampenat tak? mesti tak kan, sebab wanita kan tak kisah pun shopping sehari suntuk hehe
BalasPadamHaaa...memang penat tp bkn penat bershopping tp penat otak berfikir dan byk tenaga diperlukan...stamina kena kuat...
PadamBest gila shopping hunt
BalasPadamBila la nak ada kt penang..
Nk join gak
Alaaa...ciannya next year jom joint tp kena dtg KL lah...heeee..
PadamWow best nya..sambil2 shopping berhunt gitu...bila la blh dpt join
BalasPadamHaaa...best satu team kena satu kepala dan bekerjasama...menang kalah belakang kira..kak cuma nak cuba mcm mana aktiviti treasure Hunt ni..siapa cepat dia menang...
PadamLook good as you explore the whole shopping mall. I want to join nxt time.
BalasPadamHaaa...next year you can joint klu ada lg
Padamwow sri wangi dah macam awek muda .. pelbgai aktiviti sri wangi buat .. bestt nyaa .. nkk joinn hehe
BalasPadamYesser...kita kena sentiasa aktif utk jaga kesihatan dan npk awek muda dan happy
PadamMenariknya shopping hunt. X pernah try lagi. Nanti next year try.
BalasPadamJom Ika kita sama2 joint klu ada lg shopping treasure hunt ni..
Padam