Seri Wangi dah lama mengidam nak bercuti di tempat mewah di Lexis Hibiscus ni...dulu berangan-angan tengok dalam TV hotel yang tercantik di Malaysia berbentuk Bunga Raya (Hibiscus) dan akhirnya termakbul angan-angan Seri Wangi, Allah swt telah makbul angan-angan Seri Wangi. Janganlah pulak sangka yang Seri Wangi ni berduit orangnya dan hidup mewah.....inikan semuanya rezeki ...dapat harga yang mampu dibeli...untuk 2 hari 1 malam pun cukuplah bagi Seri Wangi dapat merasainya bercuti bersama family walaupun ada yang tidak dapat ikut. Ini personal review dari Seri Wangi tau...no sponsor...kalaulah @lexishibiscusportdickson nak sponsor lagilah besttt....haaaa....jangan nak beranganlah...!!
Kalau nak tau untuk check-in di hotel Lexis Hibiscus adalah jam 4,00 pm, Seri Wangi tiba ti Port Dickson lewat sedikit kerana sepanjang perjalanan Kuala Lumpur jalam jem terutamanya di Nilai, Negeri Sembilan dengan hujan lebat dan membuatkan perjalanan slow like kura-kura, kami sampai dalam pukul 5.30, anak Seri Wangi bersama isteri jalan kemudian lagilah lambat sampai sama juga jalan jem. Sampai check-in kena bayar deposit RM300.....fulamak mahalkan?nasib baik anak manja Seri Wangi memang dah siap spare duit untuk deposit tu...lepas daftar pihak hotel bagi goodies. Habis daftar kena tunggu kereta buggy pulak untuk ke bilik masing-masing, bilik penginapan kami dekat dengan Light House, memang cantik suasana waktu malam.
Driver buggy tu bawak kami round dulu sebelum sampai ke bilik kami, memang kena naik kereta buggy tu kalau nak jalan jauh sebab bilik kami di tengah-tengah kelopak bunga. Haaaa...lupalah pulak nak posing depan pintu bilik.. ini dia bilik penginapan kami...hati berbunga-bunga happy sangat, firstly cik abang yang mula-mula taknak ikut...bila dah masuk bilik Premium Pool Villa ni...katanya tahun depan nak datang lagi....
PREMIUM POOL VILLA |
YOUTUBE
Wah....happy sangat bila melangkah masuk ke dalam Bilik Premium Pool Villa - Lexis Hibiscus Port Dickson, Seri Wangi terus terjah ke belakang mencari Swimming Pool, kat belakang ada bilik Sauna pulak. Nasib baiklah cuaca di Port Dickson petang tu cantik...angin sepoi-sepoi yelah tepi lautkan...? Sementara tunggu anak menantu sampai..Seri Wangi dah berendam dalam Swimming Pool dengan anak bujang Seri Wangi...cik abang pula malas nak mandi, dia lebih suka lepak-lepak jer...sambil minum kopi O. Bila cucu Seri Wangi sampai, dia pun terus nak terjah kat kolam renang...budak-budak memanglah suka main air.
Bila waktu malam Seri Wangi makan angin kat luar..jalan-jalan area situ, bilik kami memang dekat dengan Light House tapi taklah pulak Seri Wangi tanya sama ada boleh naik ke atas untuk melihat pemandangan Lexis Hubiscus yang berbentuk Bunga Raya tu. Malam kami keluar makan kat pekan yang berdekatan, tak susah nak cari kedai-kedai makan kawasan penginapan di situ. Malamnya Seri Wangi dengan anak menantu sambung mandi kat swimming pool and apa lagi Saunalah pulak...esok dah nak balik...
Pemandangan Lexis Hibiscus Hotel waktu malam |
Kalau uoll nak tau Lexis Hibiscus Port Dickson mempunyai beberapa bilik penginapan lain untuk ditempah selain dari Bilik Premium Pool Villa yang Seri Wangi tempah seperti:
PANORAMA POOL VILLA (Sea View)
Panorama Pool Villa (Sea View) |
IMPERIAL SUITE
Imperial Suite |
PREMIUM POOL VILLA
Premium Pool Villa |
EXECUTIVE POOL VILLA
Executive Pool Villa |
SKY POOL VILLA
Sky Pool Villa |
PANORAMA POOL VILLA(FOUNTAIN VIEW)
Panorama Pool Villa (Fountain View) |
ROYAL SUITE
Royal Suite PRESIDENTIAL SUITE |
Presidential Suite |
Hhhmmm....kalau tengok Bilik Penginapannya semua mewah-mewah belaka dan faham-faham jerlah harga yer...! Tapi kalau nak menempah dengan harga murah atau nak dapatkan diskaun kena tunggulah ada promotion dan atau tunggu Event di MATTA Fair. Oklah....nak bagi tahu time check-in pukul 4pm dan check-out pukul 12pm. Area situ memang banyak gerai-gerai makan jadi no problem kalau korang nak makan kat luar dengan suasana yang paling menyamankan sebab korang boleh lepak di tepi pantai bersama family and jalan-jalan cuci mata lihat pemandangan yang indah gitu....!!
Untuk Tempahan dan Info:
Tel: 06-660 2626
#lexishibiscusportdickson #lexishotels #premiumpoolvilla #hotelreview #travelblogger #bloggermalaysia #cuticutimalaysia #sayangmalaysia #tourismmalaysia
SA orang seremban yang dekat dengan PD pun x pernah bercuti ke Grand Lexis ni kak Limah...nanti nak plan la pi sini..
BalasPadamHaa///biasalah tu, selalunya org jauh yg sibuk nak gi bercutikan,,?
PadamWow kemain kak halimah swkarang macam macam ex pplre the world.. macam best je kan tidur kat hotel ni
BalasPadamHaa..Impian dan angan2 dah tercapai nk ke Lexi Hibiscus...harap2 nti ada yg nak sponsor plk!
Padambestnyer...bolehla bawak anak2 cuti sekolah ni...
BalasPadamYes...best kat sini...
Padammemang syok dan terbaik dapat bercuti ke sini..
BalasPadamCantik betul biliknya, memang padanlah dengan harganya. Bella pun tak pernah sampai lagi. Ada ke yang nak sponsor pegi? Hehehe. Btw, bestlah nampak kat sini.
BalasPadamHaaa....jom tggu org sponsor...!
PadamBenci akak kita nak pergi sana juga nak tidor kat sana bestnya cantik tengok bilik tu besar dan ada swimming pool lagi bestnya...
BalasPadamHaaa...jom dtg kat lexis best giler lglah bwk bebudak mandi-amnda swimming dlm bilik penginapan, tak risau pandangan org lain.
PadamHaaa...memang syok...lepas habis mandi, blh bersauna plk!
BalasPadamRead so many good reviews about this hotel but I have not visit yet, must plan a trip.
BalasPadamBatter come and enjoy here..
PadamLexis hibiscus ni pun wishlist marsha. Tgh cari cari tarikh dengan harga yang berpatutan.
BalasPadamKak pun nanti nk plan lg pg sana tahun depan dgn family kena tunggu promosi heee,,
PadamWow bestnya tempat ni. Ada swimming poll lagi ha. Anak dara ni suka sangat main air. Elok sangat la tu. Nak ke sini nanti kena buat planning dulu. Hihi
BalasPadamHaaa...mmg best lgpun kolam renang dalam bilik jd tak risau dgn org lain
Padamramai orang update ni. tak kesampaian nak ke sana. best lah bilik2 dia. pergi dengan famili menarik ni,
BalasPadamMemang seronokpg dgn family tahun depan insyaallah pergi lg
PadamTak pernah lagi sampai ke sini. Tengok bilik-biliknya memang nampak menarik. Bercuti dengan keluarga meati menyeronokkan. Terima kasih untuk info ini.
BalasPadamSis pun first time bercuti di sini...mmg best
Padamwowww bestnya akak
BalasPadamJom cuti-cuti kat sini
Padammemang best Lexis ni,,pernah sekali je pergi dulu
BalasPadamBestkan..?rasa xpuas nti nk pergi lg
PadamApa nie kak.. hujung tahun promote tempat nie.. Tak pepasal je dah termasuk dalam list nak bercuti ke sana hujung tahun nie...
BalasPadamHaaa....pegi jer...best tempat dia tau..!
PadamI have been there 3 to 4 times due to team building. comfortable stay.
BalasPadamBestkan...very good place for vication.
Padamcantik pemandangan dekt sna .. sya yang duduk peram tengok pon teruja .x sangka malysia ade tmpt yg indah hahaha ..
BalasPadamYe sangat cantik view dia next year nak pg lg
Padamwahh cantik nya pemandangan sna .. sya yg duduk kat perak terasa nk pergi je ..x sngka malaysia ade tmpt yg indah ..hihi
BalasPadamHaaa...kat Port Dickson ni byk chalet dan hotel yang menarik
Padamnnty seri wangi boleh lah suggest tempt yg menarik ..selepas tengok blog2 seri wangi cadang saya dan kawan2 jugk merancang nk pergi tmpt ni .. 😀
PadamNo Problem byk tempat menarik di Malaysia, like kat Port Dickson pun banyak tempat menarik, just email me or wssap me
Padamwaw really .. apa email or ws sri wangi .. nnti boleh kita berborak tentang tempt yg menarik .serta harga yg berpatutan
PadamYaya pernah ada pengalaman bermalam di Premium Pool Villa Lexis Hibiscus ni memang best dan seronok sangat boleh mandi pool yang disediakan pada bila-bila masa kita suka hee
BalasPadambestnya tengok bilik dia, memang berbaloi untuk vacation dengan family walaupun mahal, kira setanding dengan harga lah. View pun cantik, boleh bergambar sakan!
BalasPadamLamanya tak menyinggah ke PD. Lepas nie boleh la nak rancang cuti-cuti ke sana - kat sini dah dua kali dah menginap memang best
BalasPadamWaaa kita belum sampai lagi sini Kak, sekarang tengah ramai sangat bercuti ke sana, tunggu keadaan reda, nak gak ke sana nanti...mesti seronok kann..
BalasPadamMcm bes jer.. Tengok swimming trringin nak berenang.. Sejak COVID-19 ni.. Duduk berdiam jer kat rumah..
BalasPadamkat blog kita minggu ni, tiba2 cerita penginapan kat sini naik pulak..ramai benar yang cari pasal lexis agaknya lepas dibenarkan rentas negeri...memang best duduk sini, puas hati dengan segalanya...dulu pun duduk kat Premium Pool Villa..
BalasPadammemang dalam list nak ke Lexis. menarik ada private pool. plan dari mengandung anak 1st konon nk babymoon. sekarang anak dah 1tahun lebih
BalasPadamPatutnya hotel check in pukul 3... kenapa lambat sangat sampai kul 4 dah la deposit mahal dan cek out lak kul 12...harga bilik pun meati mahal kan?
BalasPadamHaa menariknya bilik dia. Siap ada kolam renang sendiri lagi. Best kalau dapat bercuti kat sini. Qiss tengah tengok harga bilik dia ni. Nak bawa family bercuti.
BalasPadamBercuti kat sini emg salah stau wislist kita.. Bestnya dapat bercuti sini.. Harap ade rezeki. Lagi best pivate pool ni kan
BalasPadamBestnya. Memang cantik lexis hibiscus PD ni. Teringin sangat nak pergi. Tunggu ada rezeki lebih 😊
BalasPadamwow...cantik biliknya. design planning dorang sangat menarik. Mana tau nanti sampai sana, bolehla jejakkan kaki ke situ. lagipun dah lama sangat tak jalan² pd, mesti banyak yang berubah
BalasPadamcantiknyaaa tempat hehe lama dh tak pergi PD
BalasPadamLama dah teringin nak datang sini tapi lom kesampaian. Kita menabung dulu ..hehehe
BalasPadamAlahai... Jeles tengok kak Limah! Seronoknya! Nanti kita nak bawak family sini jugak laaaa
BalasPadamKita ada buat review lexis ni jugak haritu dekat blog. Best sangat tak puas rasanya stay sini
BalasPadamI have benefited a lot from visiting your site. Nice content and asome theme. Thank you Love you so much
BalasPadamHaii nak tanya , untuk bilik premium pool villa, boleh ke stay 5 orang dewasa ?
BalasPadamBlh jer cuma jgn bgtau masa check-in nti msk 5 org, biasa breakfast utk 2 org, bilik and bedroom dia besar
PadamBilik nampak kemas, cantik dan elegan. Sesuailah untuk keluarga datang sana bercuti.
BalasPadamsijil vaksinasi dia check masa bila kak?
BalasPadamBiasanya masa nak msk hotel dan Check in, jd pastikan dah vaksin😊klux nti rugi jer😂
BalasPadam