TRANSFORMASI PELANCONGAN UNTUK KEMAKMURAN EKONOMI
Seri Wangi telah hadir ke Pelancaran Kajian Induk Pelancongan Terengganu pada 9 Nov 2017 bertempat di Impiana Hotel KLCC di mana telah dirasmikan oleh YAB Dato' Seri Haji Ahmad bin Abd, Rahman. Pelan Induk Pelancongan Terengganu dizahirkan oleh Kerajaan Negeri Terengganu melalui pelantikan PEMANDU Associates untuk mereka bentuk Pelan Induk Pelancongan Terengganu.
Kerajaan Terengganu banyak bersandar kepada industri minyak dan gas yang menyumbangkan lebih 85% pendapatan negeri Terengganu. Pelancongan merupakan penyumbang sumber ekonomi kedua tertinggi dengan 10 - 15%, Kerajaan Terengganu mensasarkan antara 30 - 50% peningkatan sumbangan hasil dari sektor pelancongan kepada KDNK Negeri menjelang tahun 2025. Kerajaan Negeri mensasarkan sebanyak 6.5 juta pelancong dan perbelanjaan pelancong di Terengganu sebanyak RM6 billion menjelang tahun 2025.
Pelancongan merupakan suatu sumber yang efektif dalam menghasilkan peluang pekerjaan, pembangunan dan peningkatan ekonomi. Ianya merupakan suatu peluang perniagaan yang besar dan terbuka buat semua. Oleh itu Kerajaan Negeri dengan usahasama PEMANDU Associates kini dalam proses menghasilkan satu pelan induk yang bakal mengubah industri pelancongan sekaligus menghasilkan model perdagangan yang mampan yang boleh mengukuhkan kualiti hidup rakyat Terengganu dan memenuhi kehendak para pelancong, tanpa merosakkan keindahan dan keistimewaan alam semulajadi Terengganu.
Terengganu kaya dengan pelbagai aset dan mempunyai daya tarikan untuk menjadi destinasi pelancongan pilihan di Malaysia seperti kawasan persisiran pantai yang terpanjang sejauh 244km, pantai-pantai yang indah. Tasik Kenyir yang cantik, merupakan tasik buatan manusia yang terbesar di Asia Tenggara dan mempunyai 340 buah pulau-pulau kecil bagaikan syurga untuk para peminat pemancing. Manakala Setiu Wetland adalah kawasan tanah lembab semulajadi yang terbesar di kawasan Pantai Timur, Semenanjung Malaysia, kawasan ini sangat mewah dengan khazanah pelbagai Biodiversiti. Selain itu terdapat pulau-pulau yang menakjubkan, hutan hujan, kawasan-kawasan tapak warisan, legasi seni dan kebudayaan serta tradisi yang unggul serta makanan tradisi seperti nasi dagang, nasi minyak,ikan singgang dan keropok lekor.
Setiau Wetland |
Pulau-Pulau |
Tasik Kenyir
Negeri Terengganu juga mampu mengujakan pengunjung yang menggemari cabaran fizikal dan keseronokkan dengan pelbagai pilihan sukan alam semulajadi dan kembara rekreasi. Cabaran yang dihadapi adalah bagi membina dan menwadahkan aset-aset tersebut bagi memenuhi keperluan pengguna. Dengan BFR Methodology, PEMANDU Associates bekerjasama dengan semua Pegawai Daerah dan juga pihak Berkuasa Tempatan di Terengganu demi menjadikan Terengganu sebuah destinasi pelancongan yang unggul.
Negeri Terengganu akan memperkasakan sektor pelancongan dan menghasilkan produk-produk warisan, selain menaiktaraf pusat-pusat peranginan di kawasan pulau-pulau serta mempertingkatkan pembangunan kawasan taman-taman Negeri dan mewujudkan hub pelancongan di Huaxi, yang terletak di daerah Jiangsu, China bagi menarik kunjungan pelancong China di mana Terengganu bakal menjadi Negeri pertama di Malaysia yang mensasarkan mengiktiraf potensi pelancongan dari Negara China melalui cara ini. Ia akan menjadi satu pengalaman yang memberangsangkan dan penuh inspirasi bagi penduduk Terengganu kerana ia bukan sahaja akan membawa kemakmuran ekonomi, bahkan meningkatkan kualiti kehidupan secara menyeluruh.
GAMBAR SEKITAR PELANCARAN PELAN INDUK TERENGGANU
Untuk Info Lanjut:
Tag: #PEMANDUAssociates #beautifulterengganu #motacterengganu #motacmalaysia #matic #visitterengganu #travelblogger #travelbloggermalaysia
|
Teringin nak cuti-cuti di Terengganu. Last time sampai masa zaman sekolah. Dah lama sangat tu.
BalasPadamYe betul yu, kak pun klu pg Terengganu cuma sam[ai kat pekan dia jer..xtaupun Terengganu byk tempat menarik
Padambestnya ada outdoor. ilang stress kalo datang sini..
BalasPadamYe banyak aktiviti, tgk jer laman web dia
PadamBestnya kalau dapat join trip Visit Terengganu..akak kalau ada program inform SA tau...
BalasPadamOK..trip tu mungkin utk tahun depan
Padamwahhh teringginya nakpergi terengganu! banyak betul tempat tempat cantik kat sana
BalasPadamYelah..kak pun belum lg sampai kat pulau-pulau di Terengganu cuma sampai kat pekan Payang jer
PadamTerangganu kaya dengan aset- aset pelancongan ... perlu dijaga untuk pelancong2 asing yang datang melawat
BalasPadamMemang betul firstly minyak...sekarang pun Terengganu pun belanja makan dah mahal
PadamTerengganu memang salah satu tempat perlancongan yang best. Rugi kalau kita orang malaysia tak pernah jejak dekat terengganu walaupun sekali.
BalasPadamNext year blh plan bercuti kau Pulau-Pulau dia paling best Pulau Perhentian
PadamTahun nie tahun melawat terengganu rupanya... Sebab tgk banyak event ke Perak je lately...
BalasPadamEh kak... Ada event pada 23/11 nie... nnt PM saya dekat fb ek ;)
Mmg pun skrg thn melawat Terengganu, thn depan mgkn besar-besaran...kak dah pm
PadamYe...yg ni plan utj thn depan..dah pm
PadamInsyaAllah, negeri yang dibangunkan dengan teratur akan memberi pulangan besar kepada rakyat dan ekonominya sekali.
BalasPadamMemang betul Terengganu kini semangkin membangun
PadamVery good info provided indeed. Hoping to see a more attractive tourist location in the near future in Terrenganu.
BalasPadamOk...Ying l will give you more info abaout Terengganu
PadamTerengganu best sebab banyak pulau cantik-cantik dan makanan yang best-best
BalasPadamTulah...kak belum lagi sampaiu kat pulau-pulau tu, cuma sampai kat pekan jer..
Padamtak pernah lagi datang ke terengganu, macam seronok je... kalau ada trip ke terengganu mesti lagi best hehe
BalasPadamYelah..kak pun kalau ada trip ke Terengganu nak ikut juga..
PadamNice I've only been to Terrengganu once, must revisit again!
BalasPadamBest holiday at Terenganu
PadamBanyak tempat-tempat best dan menarik di Terengganu. Bilalah boleh jalan-jalan ke sana
BalasPadamKak selalu ikut rombongan office tp xdpt pg semua tempat..
Padamterengganu memang best, last pergi masa baru bertunang. Ikut family day company suami kerja
BalasPadamKak jarang pg Terengganu itupun ikut rombongan
PadamTerengganu memang banyak produk boleh diketengahkan. Memang best. Makanan ada, tempat menarik ada, hotel dan resort banyak, muzium dan sejarah banyak dan paling saya suka bila dapat shopping kepok dan kain batik. Wuwuwuw. heaven!
BalasPadamHaaa....memang best kak cuma dapat pergi pekan Payang jer...tempat lain tak pernah pegi lagi
Padami used to be a licensed tour guide and i have to say, tourism has been important sector to Malaysia!
BalasPadamYourFinanceDoctor
Yes...correct...Malaysia the best place for toursim
Padam