PELANCARAN 11 STREET'S 'SHOCKING?YES!' KEMPEN - KEUNGGULAN WANITA LIFESTYLE AUTHOR TRAVEL BLOG

Jumaat, 3 November 2017

PELANCARAN 11 STREET'S 'SHOCKING?YES!' KEMPEN


11STREET - Pasaran dalam talian no 2 di Malaysia melancarkan kempen Akhir Tahun untuk memacu pertumbuhan pernigaan yang mampan menerusi pengukuhan kepelbagaian produk yang ditawarkan dengan memperkenalkan pelbagai produk tempatan dan antarabangsa, sekaligus menyumbang kepada industri e-dagang negara. Sebagai pasaran dalam talian No. 2 di Malaysia, portfolio perniagaan 11Street kian berkembang dan kini mempunyai lebih daripada 40,000 penjual dengan 13 juta produk tersenarai pada kadar purata 16 juta kunjungan sebulan. 

Di Majlis pelancaran Kempen "SHOCKING?YES!" turut hadir adalah Tan Sri Datuk Ter Leong Yap-Presiden Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia 9ACCCIM), Akira Kajita-Pengarah Urusan Pertubuhan Perdagangan Luar Jepun (JETRO) Kuala Lumpur, Yeon Sung Whan-Pengarah Agensi Promosi Perdangan-Pelaburan Korea (KOTRA) dan Adam Tan-Naib Presiden Persatuan Usahawan Cina di Malaysia (PUCM). Majlis tersebut diadakan di Aloft Hotel Kuala Lumpur.


Chuljin Yoon-Ketua Pegawai Operasi 11Street

Chuljin Yoon-Ketua Pegawai Operasi 11Street "Dengan kepesatan pendigitalan ekonomi, kami melihat dunia perniagaan semakin terhubung. Negara China, Jepun, Korea dan Amerika Syarikat berada dalam senarai teratas kadar penembusan e-dagang yang aktif. Oleh itu, tidak hairanlah negara-negara Asia Tenggara seperti Malaysia, merupakan pasaran seterusnya bagi perkembangan sekitar e-dagang yang pesat.

Beliau menambah,"Sebagai sebuah pasaran dalam talian, 11Street berperanan untuk menyediakan kemudahan membeli-belah dengan penawaran kepelbagaian produk, sama ada tempatan mahupun antarabangsa pada harga kompetitif kepada para pengguna dan pada masa yang sama mengembangkan sekitar e-dagang di negara ini."



Beliau berkata,"Sejak tahun 2016, Malaysia mengalami pertumbuhan ekspnen, bagi 11Street Malaysia sahaja, jumlah tempahan bagi produk global telah meningkat sebanyak 2 kali ganda pada tahun 2016. Produk-produk global yang mendapat permintaan tinggi adalah kamera kenderaan, beg alat solek, beg mengembara dan gajet elektronik. Tempahan produk dari China meningkat 9 kali ganda pada tahun ini dengan lebih 70% pembelian."

Sebenarnya banyak lagi produk-produk yang menari di 11Street, Seri Wangi sendiri pernah membelinya kerana 11Street sentiasa menawarkan harga murah dan berpatutuan.

              KEMPEN "SHOCKING?YES!"



Kajian pasaran 11Street yang lepas, faktor utama pengguna adalah harga produk ketika membuat pembelian di talian, faktor lain ialah penawaran produk yang meluas dalam setiap kategori termasuk jenama antarabangsa. Kebanyakan pengguna membeli-belah dalam talian untuk mendapatkan harga yang lebih rendah, Oleh itu 11Street komited menyediakan diskaun menarik dalam satu lokasi agar penggun merasai pengalaman membeli-belah dengan gembira.

     100,000 Tawaran Terendah dan Penghantaran Percuma  

Pelancaran Kempen "SHOCKING?YES!" 11Street dalam talian akhir tahun, melihatkan kerjasama dengan ribuan jenama terkenal tempatan dan antarabangsa untuk memperkenalkan 100,000 Tawaran Harga Terendah  yang dijamin dan perkhidmatan penghantaran percuma untuk pembelian melebihi RM29 mulai 01 Nov hingga 31 Dis 2017.


Jenama Tempatan dan Antarabangsa
Sepanjang tempoh kempen tersebut, para pengguna akan menikmatai rangkaian produk daripada jenama-jenama global yang mengambil bahagian khususnya Globalgrow (sebuah jenama tersenarai di Bursa Saham Shenzhen dengan pemodalan pasaram melebihi AS$3 bilion), Anker dan Aukey (penjual terkemuka Amazon di peringkat global dalam kategori pengecasan peranti, barangan elektronik serta aksesari teknologi mudah ahli di lebih 20 negara termasuk Amerika Syarikat, Jepun dan Eropah), Hada Labo (losen wajah No. 1 di Jepun dengan satu botol terjual pada setiap dua saat), OLENS (pembekal kanta kosmetik No. 1 di Korea), MamyPoko, Samsung dan pelbagai lagi jenama. Jenama lain yang turut serta termasuk Banila Co., Bluelans, Banggood, Carng Pharmacy, CJ WOW Shop, Lotte, Mamonde, Nongshim, Skechers, Tesco, UEB Technology dan lain-lain.


Layari website 11Street untuk tawaran hebat dan Mengejutkan!!:  http://www.11street.my/




1 ulasan:

  1. Bestkan hujung tahun banyak YES.. Bukan saja di retail outlet. Tapi juga di online platform

    BalasPadam

Thak You For Your Comment