EAT-TRAVEL-WRITE-DOODLE FEAL CITRAWARNA 2017
Salam dan Sayang Malaysia,
Sempena menyambut Festival Citrawarna@Kuala Lumpur 2017 - MOTAC, Tourism Malaysia dan Gaya Travel Magazine menganjurkan trip "Eat-Travel-Write-Doodle" Kuala Lumpur dari 27 - 29 Jul 2017 yang disertai oleh 30 group media terdiri dari journalists. blogger, social media influencers and doodlers dari Malaysia, Brunei dan Indonesia untuk bersama-sama mempromosikan festival Citrawarna di media masa.Seri Wangi berasa gembira dapat menyertai program Citrawarna selama 3 hari menjelajah tempat-tempat menarik di Kuala Lumpur. Walaupun Seri Wangi dah lama tinggal di Kuala Lumpur bukan semua tempat-tempat menarik di Kuala Lumpur dapat Seri Wangi pergi, sapa tak gembirakan? Apatah lagi dapat berkenalan dan bertemu dengan kenalan baru yang ranah-ramah belaka.
Trip Hari Pertama - Seri Wangi ke MATIC untuk menaiki bas yang telah disediakan oleh penganjur. Bila semua dah ada, kami semua terus dibawa ke ISLAMIC ARTS MUSEUM MALAYSIA (Muzium Kesenian Islam Malaysia). Kalau nak tahu inilah pertama kali Seri Wangi datang melawat Muzium Islam ini, elok bawak-bawak keluarga melihat kesenian Islam kita, banyak perkara yang kita perolehi untuk pengetahuan dan pembelajaran tentanga sejarah Islam. Kita juga dapat melihat kesenian dari negara-negara Islam lain seperti dari India, China, Arab, Iran dan lain-lain.
Muzium Kesenian Islam Malaysia |
Tiket Masuk dan Waktu Lawatan
Dewasa - RM14.00
Pelajar bawah 18 tahun (Malaysia) RM 7.00
Kanak-Kanak bawah 6 tahun - Free
Masa Operasi :
Isnin - Ahad : 19am - 6pm
Public Holiday : 10am - 6pm
Tel : 03-22740529
Website : http://www.iamm.org.my/
Setelah selesai kami ke Restoran Rebung KL - Dato Chef Ismail untuk makan tengah hari, sementara menunggu selesai solat Jumaat, barulah kami bergerak ke Planetarium Negara
PLANETARIUM NEGARA KUALA LUMPUR
Planetarium Negara Kuala Lumpur |
Sesi lawatan kedua kami ialah menuju ke Planetarium Negara Kuala Lumpur - Satu pengalaman yang bermafaat untuk Seri Wangi mengenali tentang Sistem Suria dan Planet-Planed yang wujud di Angkasa Lepas, memang sangat seronok dan enjoy melihat dan mempelajari tentang planet-planet. Seri Wangi sarankan bawalah anak-anak ke sini untuk melihat, merasai dan mempelajari sains planet Angkasa Lepas.
INFO LANJUT:
Trip untuk hari pertama dah selesai dan kami terus check-in ke Vistana Hotel Kuala Lumpur yang terletak di tengah-tengah bandar, berdekatan dengan LRT Titiwangsa dan Menorel di jalan Pekeliling. Seri Wangi rasa gembira kerana bilik hotel yang Seri Wangi dan teman menginap sangat selesa iaitu 2 katil queen, biliknya sangat luas,selesa dan cantik. Buffet Menu Sarapan pagi yang sangat sedap. berkhasiat dan banyak pllihan.
Info Lanjut:
Trip Hari Kedua - Pagi-pagi pukul 7am Seri Wangi dan kawan-kawan dah berkumpul di lobi Vistana Hotel untuk bersarapan sebelum memulakan jelajah Kuala Lumpur hingga ke malam, sememangnya trip hari ini sangat menyeronoklan dan happening. Bayangkanlah Seri Wangi ni namanya tinggal di Kuala Lumpur tapi sebenarnya banyak lagi tempat-tempat menarik di sekitar Kuala Lumpur yang Seri Wangi belum pernah pergi, jadi bila dapat peluang menyertai trip anjuran MOTAC dan Gaya Travel ini sangatlah Seri Wangi bersyukur, apatah lagi kita banyak dapat menimba ilmu dan alami pelbagai pengalaman menarik walaupun menjelajah Bandar Kuala Lumpur.
KIDS ECO-DASH SIRI KE 2
DI TAMAN EKO RIMBA, BUKIT NENAS
Larian "BIG RACE" Kids Eco-Dash |
Seri Wangi gembira dapat melihat kanak-kanak menyertai acara larin khas untuk kanak-kanak "BIG RACE" - Kids Eco-Dash Siri ke 2 di Taman Eko Rimba, Bukit Nenas, Kuala Lumpur. Sebelum itu Siri 1 telah dilaksanakan pada 15 Okt 2017 di Taman Botani Negara, Shah Alam sempena dengan Hari Sukan Negara. Bayangklah di tengah-tengah kota masih ada rimba yang tersembunyi dengan keindahan flora dan Fauna, jadi datanglah beramai-ramai membawa keluarga untuk menikmati keindahan alam. Larian tersebut anjuran Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan (KPK).yang mana ibubapa serta ahli keluarga terlibat serta sebagai sukarelawan untuk memastikan keselamatan mereka.
Acara ini juga mendapat kerjasama Kementerian Peryanian dan Industri Asas Tani dan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar serta dari pihak swasta iaitu Tough Gorilla. Kempen #SayangMalaysia dapat menggalakkan rakyat Malaysia menujukkan rasa sayang kepada Negara melalui perkongsian pengalaman melancong,beriadah di destinasi-destinasi pelancongan. Acara ini telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Rashidi bin Hasbullah - Ketua Setiausaha, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia dalam acara Flag-Off.
Acara larian Kids Eco-Dash ini terbahagi kepada 3 kategori iaitu:
1. Kategori Caterpillar (250 peserta)- Peserta berusia 4 - 6 tahun jarak larian 1km -
2. Kategori Rabbit (150 peserta)- Peserta berusia 7 - 9 tahun jarak larian 1.8km.
3, Kategori Tiger (100 peserta) - Peserta berusia 10 - 12 tahun jarak larian 3 km.
Pemenang-pemenang setiap kategori akan menerima wang tunai - Tempat Pertama - RM 150,00, Tempat Kedua - RM 100,00 dan Tempat Ketiga - RM50.00.
Pemenang-pemenang setiap kategori akan menerima wang tunai - Tempat Pertama - RM 150,00, Tempat Kedua - RM 100,00 dan Tempat Ketiga - RM50.00.
SELFIE DI "KL UP SIDE DOWN HOUSE"
Happy sakan dan terasa lucu pulak bila berselfie di rumah terbalik - KL Up Side Down House yang terletak berhampiran Menara Kuala Lumpur - KL Tower. Seri Wangi dan kawan-kawan tak lepas peluang bergambar dalam rumah tersebut, hiasan dalamannya memang semua nampak terbalik. Selain amik amik gambar, sempat juga amik video. Kalau nak tau lebih lanjut boleh jenguk kat facebook Kuala Lumpur Upside Down House. Nak masuk ke rumah tersebut dikenakan dibayaran untuk dewasa - RM15.70 (MyKad) dan Kanak-Kanak - RM10.00 (MyKad tahun). Waktu Operasi dari jam 9.00 pagi - 7.00 malam.
MENARA KUALA LUMPUR - KL TOWER
. Pengalaman pertama kali menjejak kaki ke Menara Kuala Lumpur memang tidak dapat dilupakan. Menara Kuala Lumpur adalah sebuah menara yang terletak 515 meter dari aras laut dengan ketinggian 421 meter. Ianya terletak di kemuncak Bukit Nanas 94 dari aras laut dan merupakan bangunan komunikasi ketujuh tertinggi di dunia. Siapa yang tidak teringin untuk naik ke Menara Kuala Lumpur? Terutamanya untuk merasa masuk ke kotak kaca yang tergantung iaitu Sky Box dan Berselfie melihat keindahan Kuala Lumpur dari atas Menara Kuala Lumpur - KL Tower iaitu Sky Deck yang ketinggiannya 300 meter....Ada yang sanggup? Tapi...Seri Wangi ni jenis takut-takut berani sebab...?Rugilah kalau tidak mencubanya...bila lagi nak mencabar diri duduk ditengah-tengah kotak kaca yang jernih....mula-mula terasa gayat juga nak berjalan-jalan dalam kotak kaca tu - Sky Box, tapi bila kawan-kawan dan pengunjung yang datang semuanya selamba jer...jadi kita pun buat selamber jugak....berselfie sakan? Anda berani ke? Jadi datanglah merasai dan mencabar diri ke Sky Deck dan Sky Box.
Paling happy kami menjamu selera di Restoren Berputar Atmosphere 360, syukur alhamdulillah dapat juga Seri Wangi jejak kaki di sini, rasanya dah 2 kali Seti Wangi dapat makan di Restoren ini, pertama kali semasa memenangi contest anjuran Beras Jati waktu tu time dinner jadi tak dapat tengok pemandangan kat luar. Apa lagi sakanlah Seri Wangi selfie sambil makan-makan...memang sedap hidangan buffet kat situ.
TIKET MASUK
Untuk Maklumat Lanjut:
PROGRAM CITRAWARNA@KUALA LUMPUR 2017
"THE SUNRISE,THE GREEN AND THE ECHO WITHIN"
Aduh....letihnya terasa seharian berjalan-jalan dan makan-makan tapi enjoy, lepas tu pulak standby untuk sambutan Citrawarna@Kuala Lumpur di Dataran Merdeka. Bila semuanya dah cukup rehat dan mandi-manda segarkan badan. Sebelum bergerak ke Datarab Merdeka kami semua diberi setiap seorang sebatang pokok untuk pencinta alam, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia dengan kerjasama LOCCO dan Daun telah menganjurkan Program "Bring Your Own Plant" yang merupakan "meet and greet session" di mana orang ramai digalakkan membawa/menyumbang satu pokok (edible plants) dengan mesej khas kepada Mother Nature menggunakan perkhidmatan awam yang kurang pembebasan karbon seperti MRT/LRT.
Bring Your Own Plant |
Selain dari itu bermula jam 4.30 pelbagai aktiviti menarik diadakan di Chillax Zone (di sekitar tiang Bendera Dataran Merdeka) seperti persembahan Buskers, Permainan Rakyat, Permainan Rakyat seperti Teng-Teng, Galah Panjang, Zero Point, batu seremban, congkak, baling selipar, #SayangMalaysia Messege dan Photowall untuk orang ramai mengekspresikan perasaan cintakan Malaysia, Parti Mangkuk Tingkat dan Konti Radio Matic.fm.
Chillax Zone |
Fiesta Trak Makanan (Food Track) Citrawarna@Kuala Lumpur- Bila dah ke sana ke mari, dah habis bermain dan macam-macam aktiviti yang dilakukan pasti lepas tu laparkan? Hmmm...jangan risau kita boleh merasai membeli makanan secara "Cashless" menggunakan telefon pintar melalui kerjasama di antara pihak BARRA dan BOOST (anak syarikat Kumpulan Axiata).
Fiesta Trak Makanan (Food Track) |
PELANCARAN CITRAWARNA@KUALA LUMPUR 2017
Citrawarna@Kuala Lumpur 2017 mengambil inspirasi tema Hari Pelancongan Sedunia yang disambut pada 28 Sept 2017 iaitu Sustainable Tourism-A Tool For Development yang turut menekankan kepentingan alam semulajadi serta ek-pelancongan yang menjadi salah satu elemen teras di dalam pelancongan. Konsep penganjuran Citrawarna kali ini ialah gabungan elemen teater tarian, muzikal dan Street Parade. Pada tahun 2015 dan 2016 , konsep yang dipersembahkan ialah teaterikal gabungan drama tari dengan Sreet Parade. Seri Wangi pertama kali melihat persembahan Citrawarna yang sangat hebat, penuh warna-warni dengan persembahan teater tarian, pentas bergerak, nyanyian dan Bunga Api. YB Dato' Seri Mohamed Nzri bin Abdul Aziz - Menteria Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia berucap di Sidang Media SEmpena penganjuran Citrawarna@Kuala Lumpur 2017, "Ramai yang tidak menyedari bahawa alam semulajadi kita banyak mempengaruhi serta memberi inspirasi dalam pembentukan kebudayaan seperti tarian yang dihasilkan daripada pergerakan haiwan, adat resam seperti pesta menuai atau Nine Emperor Gods untuk masyarakat Cina, Warisan seperti corak bunga dalam anyaman, lukisan atau ukiran".
#motac #matic #citrawarnaKL2017 #cuticutimalaysia #EatTravelWrite #ETWD17 #MyEvent #MyNBOS ##gayatravel #SayangMalaysia #BYOP17 #VisitKL
Very informative post for travellers to Malaysia and lots of photos for reference too! Thank you for sharing this :)
BalasPadamyou welcome, more beautiful place you can visit Malaysia.
PadamWah seronoknya k.halimah byk tpt p. Sy suka alam smljd, mungkin sbb ni Allah letak sy di bumi sintok. Dah belas thn juga tak tgk citrawarna.
BalasPadamHmm...siannya, kak pun sebenarnya first time tgk sambutan Citrawarna sbb kadang-kala xda masa...bila dah tengok rasa happy pulak.
PadamBanyaknya tempat menarik untuk dilawati. Memang sesuai untuk #eat #travel #write dan #doodle.
BalasPadamMemang pun cuma kita yang xda masa...jd peluang macam ni ikut joint...
PadamMaya..memang byk tempat yang kita boleh pergi di Kuala Lumpur, jd kena rajin intai-intai utk melihat jika ada info-info tentang program di Kuala Lumpur.
BalasPadamwahhh.. banyak rupanya tempat menarik kat KL tu.. walaupun dekat je tapi tak jalan-jalan merata lagi..
BalasPadamnanti nak buat family trip ke KL la gini.. hahaha..
Haaa...kadang2 kita jer yang blur...nk bawak bdk2 jln kat KL..
PadamSeronoknya jenjalan byk tempat. Mesti penat lepastu hehe
BalasPadamhaa...mmg penat, suruh cik suami urut...
PadamKita ni dah lama duk kl pun tak habis jln2 lg kat kl ni , hehe
BalasPadammemang pun emi, kita jer yang xda masa nk jln2..
PadamQuite interesting places, bookmarked, thanks for the article
BalasPadamYou welcome..so many place in KL you can visit.
Padamwow banyak tempay best to visit la..thanks for sharing!
BalasPadamhaaa...memang banyak tempat only we don't know
PadamWhat a wonderful trip you had. I wished I could join as well but the dates clashed with my doctor's appointment. I had waited for two weeks for that. so I couldn't afford to postpone it!
BalasPadamOh...siannya...best and I very enjoyed it
PadamThat is definitely an interesting trip full of fun.... too bad I missed out
BalasPadamMemang best walaupun cuma di KL jer...tapi kadang-kala kita tiak ada masa terluang hendak bercutikan?
PadamA lot of places and photos!! Very good post :)))) Thanks !
BalasPadamThank you, Sherlyn
PadamA lot of fun things to do during this event! Great time to visit Malaysia :)
BalasPadamYes...Malaysia is the beautiful place to visit, come to malaysia for holiday
PadamHahaha... do you believe that I have not been to Planetarium Negara Kuala Lumpur yet? Thanks for sharing :)
BalasPadamHaaa...samalah dgn I semua tempat tu I belum pegi lagi tau...l rasa bertuah dpt joint gaya travel and motac ikut trip ni.
PadamOMG bestnya the event! So happening and full of activities with the kids too! Dapat juga explore banyak tempat and activities too!
BalasPadamGreat experience i suppose, Good pics, i felt like i took the trip
BalasPadam