Seri Wangi gembira apabila dapat bertemu sekali dengan Amber Chia, ini adalah kali ketiga Seri Wangi bertemu dengannya di event yang berlainan. Setiap kali pertemuan dengannya dia langsung tidak meninggi diri, seorang yang sangat ramah dengan peminatnya, tidak pernah menolak jika kita mahu bergambar dengannya malah setiap tetamu yang hadir bertemu dengannya ditegur dengan mesra seolah-olah sudah lama mengenalinya dan tidak malu bertutur dalam Bahasa Melayu dengan peminat Melayu. Happy sangat dapat mendengar info-info terkini tentang beauty lifestyle dia dan juga kisah anak-anaknya memandangkan dia juga seorang ibu, apa yang penting dalam hidup ini kita mesti rajin berusaha dan mempunyai kenyakinan diri untuk terus maju jaya.
Kali ini Seri Wangi berpeluang bertemu dengan Amber Chia di Event Shizens, Service Station, Mid Valley Megamall, ground floor untuk pelancaran produk terbaru @Shizens iaitu Silky Matte Foundation dan Lipstik terbarunya. Paling best dengan kehadiran @Samson Chan - Shizens Makeup Trainer yang sudi menunjukkan cara-cara solekan yang betul dan juga tip-tip solekan dengan produk Shizens. Mendengar celoteh Amber Chia yang suka berlawak dan mesra membuatkan tetamu-tetamu yang hadir tidak bosan dan jemu. Paling menarik Samson menunjukkan cara menggunakan Silky Matte Foundation dengan hanya mengolesnya menggunakan jari ke wajah @amber chia dan lipstik pula disapu menggunakan jari di bibir Amber Chia serta sedikit sapuan sebagai blusher di pipinya...Wow...bertambah cantik dan natural kelihatan tanpa solekan yang tebal. Kalau nak tau bedak Silky Matte Foundation juga bertindak sebagai pelembab, gebu dan tanpa menggunakan bedak compact yang lain.
Tip-Tip Solekan |
Seri Wangi bersama tetamu lain banyak dapat tip-tip menarik dan juga kisah liku-liku kehidupannya yang dikongsikan bersama peminatnya dari sejak dia remaja hinggalah menjadi model terkenal. Amber Chia dan Samson Chan juga tidak lokek memberi tunjuk ajar dan nasihat untuk wanita-wanita yang ingin kelihatan cantik baik dari segi kecantikan luaran dan dalaman.
Setelah selesai kami dibawa ke butik Shizens untuk melihat produk-produk Shazens dari Korea ini. Kami juga dijamu dengan minuman petang dan bergambar bersama-sama Amber Chia dan juga boleh mencuba solekan dari produk-produk Shizens.
Untuk Info Lanjut Tentang Produk Shizens:
wahh seronok kak limah dapat jumpa amber chia. :D
BalasPadamHaaa....mestilah, kak dah jumpa dia 3 kali dan tak sombong orgnya..semua org dia layan dgn ramah
Padamuntung laa....Shizens tu...wishlist gak !! hehehe
BalasPadamWishlist awak tu kak yg amik....haaa..
PadamBestnya akak!! Aritu dapat jemputan tapi xleh join sbb ada clash dengan event lain. Cantiknya Amber
BalasPadamAmber chia mrmang cantik dan tinggi bila nak bergambar..adui..segannya kita ni fhm2 jerlah kan?
PadamInformative beauty tips shared by Amber Chia. No wonder she always look young and pretty.
BalasPadamYes..she always looks pretty
PadamSukanya lihat senyuman Amber Chia. Sentiasa pemurah dah ikhlas! Mungkin itulah rahsia dia nampak selalu cantik dan disayangi!
BalasPadamMemang betuk dia seorang yg berbudi bahasa, cakap melayu pun fasih dan mesra
Padamcantiknyaa amber chia , rasa apa lah duduk sebelah dia tu kan ..
BalasPadamHaaa...kita pun tumpsng glamor sekali..
PadamAmboi dapat aura Amber Chia dah sekarang ni heheheh tapi dia bagus semua orang mesra jer tapi ngan laki jer jauh sikit hehehe...
BalasPadamHaaa...mmg pun, dia mesra orgnya dah 3 kali jumpa dia layan jer dan rajin balas IG kalu kita tag dia
PadamPernah jumpa Amber 2x. Memang dia baik dan humble orangnya. Seronoklah dapat pergi event ni. Produk Shizens memang best dan Bella pun pakai produk ni.
BalasPadamHhhmmm..napa xdtg best tau..dia tinggi jd kak duduk kat kerusi siap peluk kita
PadamAmber Chia mmg down to earth org dia..selalu sgt jumpa kat event mmg dia peramah...hehehe...wahhh...Shizen pun tak nak kalah...ade produk baru!
BalasPadamKak suka dgn produk shizens ni sesuai dgn kak
PadamBestnya dapat jumpa amber chia. Cantik dan tinggi dia kan.
BalasPadamHhhmmm...tersangatlah tinggi, dia fhm ramai yg datang tu camner..jd dia pun pandai posing ikut rentak kita
PadamSuka juga produk keluaran shizen ni. Teknik2 makeup pun menarik.
BalasPadamwow bagusnya boleh tangkap gambar dengan Amber Chia, i nak jugak! haha
BalasPadamHaaa...mesti best kalau you pun ada ..
PadamPernah jumpa amber chia dia mmg spoting sekali.. Cantik tinggi lampai orgnya
BalasPadamBetul tu...sporting habis..jd kita pun tak rasa janggal berselfie dgn dia
Padamwow... kak halimah concentrate nya, siap duk depan lagi....
BalasPadamHaaa...best dengar dia cerita mcm2
PadamBestnya dapat tips Dari Amber! Produk nampak menarik
BalasPadamYes, new makeup
PadamCantik colormakeup die.
BalasPadamWawa color fia mmg menarik
Padamuntung seri wangi dapat bergambar dengan amber.. tahniah sis ya!
BalasPadamAmber Chia seorang yg merendah diri, semua org dia layan utk bergambar termasuklah makcik2 ni
Padamhaaa...dah 3 kali dpt jumps dis
Padam