WATSONS X SHOPEE CUSTOMER ENGAGEMENT EVENT AT SUNWAY PYRAMID - KEUNGGULAN WANITA LIFESTYLE AUTHOR TRAVEL BLOG

Selasa, 15 Ogos 2017

WATSONS X SHOPEE CUSTOMER ENGAGEMENT EVENT AT SUNWAY PYRAMID



Salam readers tersayang,


First time Seri Wangi joint Watsons x Shopee Beauty Buffet event pada 10 Ogos di Watsons Sunway Pyramid, meriah gitu..happening habis. Tambah-tambah lagi kalau ada offer harga tentulah murah, kalau jadi ahli lagilah banyak dapat potongan harga, Seri Wangi memang dah jadi ahli lebih-lebih lagi senan untuk membeli secara online dengan Shopee.

Haaa..sempat selfie sebelum acara bermula
  
Kalau nak tau semasa daftar Seri Wangi dapat cabutan No 1...hmmm..dalam hati berkata "Bertuah ke?" dan mintak nak tukar no lain...tak boleh, lantaklah kalau ada rezeki dapatlah. Apabila pengacara Watsons & Shopee membuat cabutan sebanyak 15 cabutan, masing-masing dah berdebar termasuklah Seri Wangi...trengg....trenggg....last cabutan No 1 dipanggil..wau...berderau darah Seri Wangi, happy sakan sebab bertuah dapat Lucky Number No. 1 untuk join Beaty Buffet...Bestnya....


Haaa...tak sabar tunggu giliran

Selepas diumumkan pemenang cabutan bertuah, masing-masing diberi 1 kotak untuk memilih apa sahaja barangan kecantikan yang berjumlah tidak melebihi  RM200 dalam masa 60 saat. Hmmm...60 saat?sempat ke nak grap barang kecantikan yang diidamkan? Seri Wangi dalam group ke 2, selepas group 1 habis memilih barangan mereka, tibalah giliran Seri Wangi dalam group No 2...adui...dah berdebar dah ni...! dah fikir masak-masak nak grap barang apa, biar mahal asalkan berbaloi-baloi...bila lagi nak dapat barangan kecantikan yang mahal, harga yang murah boleh kita belikan? 







#Maybelline Pilihan hatiku

Haaa.....bestnya sampai Seri Wangi jadi kelam-kabut nak capai yang mana satu, tapi firtly nak grab #Maybelline Super BB Cushion, Facecream dan Silkygirl Mascara (ps:dah bagi kat member). Seri Wangi tak kisahpun dapat 3 barang tapi hati dah puas dapat barang yang diidam-idamkan...bestnya Watsons nikan? macam-macam ada hingga buat kita keliru & blurrr!


Happy Faces-Sukanya dia...!

Membeli-belah di Shopee Online

Kini rata-rata Rakyat Malaysia suka membeli barangan secara online, maka itu Watsons Malaysia telah melancarkan shopping online iaitu Shopee yang semakin berkembang lebih dari 3 juta rakyat Malaysia dan juga free shipping untuk pelanggan-pelanggannya yang membeli-belah secara online. Lebih 2,000 produk Watsons yang boleh dibeli di Shopee seperti barangan kecantikan, skincare, health supplements, hair care dan pelbagai lagi dan akan mencecah hingga 5,000 produk di Shopee untuk memudahkan pelanggan-pelangganya membeli barangan Watsons di Shopee online. 

Kalau nak tau, Watsons dan Shopee adakan hari wekly special untuk pelanggan-pelangganya iaitu "Watsons Wednesday" di mana terdapat bermacam-macam keistimewaan dan menarik setiap hari Rabu di Shopee dan diberi diskaun 20% untuk pelanggan-pelanggannya. Oleh tu jom cepat-cepat semua mendaftar di Shopee di telefon masing-masing dengan cara memuatnaik Shopee App atau website secara percuma di Apple App Store dan Google Play Store.




Website Shopee App

Jom kita ramai-ramai shopping di Shopee. Untuk lebih lanjut layari:

Website Watsons:  WATSONS

Website Shopee:  SHOPEE

Facebook:  Watson Malaysia

10 ulasan:

  1. bestnya dapat pergi event blogger

    BalasPadam
  2. Bestnya dapat cabutan bertuah. Tahniah.

    BalasPadam
  3. Pandai kak seri shopping... kena menuntut nie he...23x

    BalasPadam
  4. Bestnya.... Saya memang ada kad ahli watson pun. Baru tahu shoppe tu apa! Lepas ni online je la

    BalasPadam
    Balasan
    1. rugilah kalau ada kad xguna, skrg byk promotion dan dpt point

      Padam
  5. Bestnya da cabutan bertuah tu! Selalu walk in je ke watsons nak beli apa-apa. Baru tahu apps Shopee ni. Lagi mudahlah nak shopping ni. Hihi

    BalasPadam

Thak You For Your Comment