Salam Ramadhan,
Seri Wangi dah mula terbayangkan kampung halaman di Melaka, tapi tu kampung hubby bukan kampung Seri Wangi tauuu! Seri Wangi ini memang tinggal di KL, family semua di KL juga namun begitu ibuayah Seri Wangi sudah lama pergi, begitu juga dengan ibubapa mertua Seri Wangi. Namun begitu suasana berhari raya di kampung suasananya berbeza walaupun yang tinggal di rumah pusaka kat kampung sekarang cuma kakak ipar Seri Wangi dan adik-beradik hubby Seri Wangi semua tinggal di Melaka, jadi seronoklah kami round semua rumah, dan yang kecik-kecik tu apalagi kutip duit raya. Anak-anak rasa teruja nak balik ke Melaka. Thun ni pun balik Melakalah juga, kemudian baru raya di KL.
Seri Wangi taklah heboh sangat tergesa-gesa nak balik Melaka, dekat jer...2/3 jam dah sampai biasanya Seri Wangi balik malam raya. Dalam bulan puasa ni Seri Wangi selalu dapat jemputan berbuka puasa @review sekalilah bufet Ramadhan tukan...? Kali ni Seri Wangi dapat jemputan berbuka puasa di The Chicken Rice Shop, LG 09 & LG10, Quill City Mall KL
Sememangnya menu di The Chicken Rice Shop sedap-sedap belaka, patutlah Seri Wangi lihat ramai pelanggan yang datang ke sini untuk berbuka puasa. Seri Wangi ni pertama kali makan di restoren ni..memanglah sedap sesedapnya hingga tak terkata. Sekarang ni The Chicken Rice Shop adakan promosi dalam bulan Ramadhan dan juga menu terbaru dari Dato' Chef Ismail iaitu Ayam Rempah Aroma, resepi beliau sendiri, memang sedap sebab Seri Wangi dah makan.
Seri Wangi lihat di The Chicken Rice Shop mempunyai beberapa Set menu Meal dari Set Meal A hingga Set Mnu D yang boleh dipilih mengikut citarasa dan bujet kita.
Set Menu yang dihidangkan kepada kami ialah Set Meal C iaitu:
Set Meal C |
Chicken Rice |
Chicken Roasted |
Ayam Rempah Aroma |
Spicy Savoury Ladies Fingers |
Penang Rojak |
Nyonya Pai Tee |
Golden Fortune Wings |
Soya 3 Sensasi (Mix Soya+Cincau+Madu & perasa pandan) |
Hhmmm.....sedapkan? Jom bawak satu family berbuka di sini selepas penat berjalan-jalan dan bershopping di Quill City Mall KL. Seri Wangi lagilah happy dan full dan dah larat nak makan lagi, lain kali pasti Seri Wangi bawak anak-anak berbuka puasa di Restoran The Chicken Rice Shop.
Reader yang teringin ke Restoran The Chicken Rice Shop masih boleh lagi datang makan di sini rugi tau sebab ada promosi untuk bulan Ramadhan. Layari laman social media berikut:
Website: The Chicken Rice Shop
Facebook: The Chicken Rice Shop
Instagram: @thechickenriceshop/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Thak You For Your Comment