MENGETEH DI KLUANG STATION, QUILL CITY MALL KL - KEUNGGULAN WANITA LIFESTYLE AUTHOR TRAVEL BLOG

Jumaat, 23 Jun 2017

MENGETEH DI KLUANG STATION, QUILL CITY MALL KL


Salam Ramadhan dan Selamat Hari Raya


Semalam mungkin dah ramai orang-orang KL yang berpusu-pusu nak balik kampung, sunyilah bandar Kuala Lumpur nanti, kampung pulak yang sibukkan? Nanti jangan lupa singgah mengeteh kat Kluang Station!Seri Wangi pulak belum balik kampung lagi...masih boleh lepak-lepak lagi mengeteh tauuu! Ala...kampung kat Melaka, malam raya baru balik...!

Semalam Seri Wangi mengeteh sementara menunggu waktu berbuka puasa dengan kawan-kawan di Kluang Station yang terkenal dengan Kopi O Hainannya yang harum bau aromanya dan enak rasanya, pekat dan manis. Sempenan bulan Ramadhan ni Kluang Station menyediakan menu istimewanya iaitu Combo Set untuk Bulan Ramadhan.


/seri Wangi pilih Set 1 iaitu Mee Mamak, favorite Seri Wangi dan hubby yang sama mengikut mengeteh berbuka puasa di Kluang Station dan minuman pilihan Creamy Soya Corn ataupun Air Asam Boi. Memang sedap giler Mee Mamak Kluang Station, macam-macam ada perencahnya seperti sotong, udang, tauhu dan telor, Combo Set 2 pulak Nasi Dagang dengan Gulai Ikan Tongkol dan juga menu sampingan yang lain.



Set 1 - Mee Mamak & Creamy Soya Corn

Nasi Dagang

Nasi Leman + Peha Ayam Goreng

Hainenese Chicken Chop


Roti Bakar Kaya



Kalau nak pilih minuman lain pun boleh, seperti Teh Tarik, Kluang Kopi O dan Cham (campuran) dan bayak lagi minuman sejuk.

Teh Tarik, Kopi Cham & Kopi O

Seri Wangi rasa gembira dapat singgah di Kluang Station mengetah dengan rakan-rakan terasa seperti kita mengeteh di station keretapi sambil menunggu keretapi sampai nak balik kampung. Macam kita berada di Bandar Kluang Station Keretapi pulak. Apa-apa pun terima kasih kepada owner Kluang Station Heritage Shared dan juga staff mereka yang bagi layanan mesra. Hari tu memang ramai pelanggan yang datang berbuka puasa dan mengambil masa menyediakan pesanan.










Untuk Keterangan Lanjut:


Alamat:

LG-05, Lower Ground Floor, Quill City Mall, No.1018, Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur
Tel/Fax:+603-2602 2039



4 ulasan:

  1. Wah macam sedapnya Hainenese Chicken Chop, Teringin Ika nak ni!

    BalasPadam
  2. Saya pun suka dengan Kluang Station - memang lazat kan juadah-juadah dia

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi, Rawlins,
      Memang lazat makanan dia dia macam-macam ada..firstly roti bakar

      Padam

Thak You For Your Comment