Salam Ramadhan,
Seri Wangi nak ucapkan Selamat Berpuasa kepada semua umat muslimin dan muslimat walaupun kita sedang menjalani ibadah puasa. Bila cerita pasal puasa mulalah otak kita ni fikir nak makan apa, nak masak apa, nak berbuka beli kat mana, di jalan-jalan cari makan untuk berbuka puasa kat mana yang best kan?
Bagi suri rumah yang tak bekerja tu tak jadi masalah, mereka biasanya masak sendiri tapi bagi orang yang bekerja tentu tdak ada masa nak memasak, penat dan letih apalagi nak balik rumah memasak, itupun kalaulah sempat. Sekarang ni dah banyak pilihan dah untuk kita berbuka puasa dengan family, lagi meriah ramai-ramaikan?
Apa kata kali ini Seri Wangi syorkan anda semua berbuka puasa di Kuala Lumpur International Hotel yang mengadakan promosi berbuka puasa bertemakan Masakan Kampung Sejati bertempat di Toppot Cafe, Aras 4. Sajian buffet Ramadhan bermula dari 6,30pm hingga 9.30 malam. Kadar harga RM69.00 (dewasa) dan RM35.00 (kanak-kanak 4-12 tahun) termasuk 6% gst, Selain itu ada juga promosi Diskaun Kredit Kad, Pakej Bilik Mesyuarat Percuma, Pakej Berkumpulan, Pakej Ahli Facebook, Pakej Penajaan, Baucer Pra-bayar dan Set Pakej Katering "Take-Away".
TOPPOT CAFE |
Selepas kita berbuka puasa, pihak hotel juga menganjurkan sembahyang Magrib, Isyak dan Terawikh di surau mereka secara berjemaah yang dipimpin oleh Imam bertauliah yang dijemput khas. Kaunter Zakat Fitrah pula akan beroperasi di lobi hotel pada 20 - 27 Ramadhan oleh Pegawai PPZ.
Sajian Bufet Ramadhan
Wah,,,,Seri Wangi sendiri melihat sajian yang terhidang di depan mata, sajian bufet 'ala BONDA' yang merupakan Masakan Melayu Sejati dengan pelbagai resepi dan menu-menu yang pelbagai rasa dan hidangan. Lebih 100 jenis hidangan disajikan setiap hari dan menu mengikut hari dari Isnin hingga Ahad yang menyediakan berlainan masakan dan hidangan. Seri Wangi datang pada hari Rabu jadi inilah hidangan masakan hari Rabu yang Seri Wangi berbuka:
Lauk-Pauk Tradisi Melayu
Dalca Sayur Daging Tetel |
Rendang Ayam Kampung |
Acar Buah |
Ikan Keli Berlado |
Kari Ketam Ala Bonda |
Sebenarnya banyak lagi menu-menu lain yang ada, kalau nak cerita memang tak habis nak tulis. Jadi Seri Wangi tulis apa yang Seri Wangi Makan masa berbuka puasa, memang tak larat nak makan tau...!
MENU ISTIMEWA
30 Jenis Kerabu |
Sotong Kangkong |
Pasembor |
Ramuan Aneka Bubur |
Rojak Buah |
LOK-LOK
Nasi Ayam |
Ikan Bakar |
Cucur Udang dan Pisang Goreng |
Roti Jala |
ABC dan Icecream |
Buah-buahan, Kuih dan Aneka Bubur |
Gerai Kanak-Kanak |
Minuman Panas dan Sejuk |
Seri Wangi rasa bufet Ramadhan di Kl International Hotel yang paling menarik hingga Seri Wangi tidak tahu nak memilih menu yang terlalu banyak. Jadi sebelum berbuka Seri Wangi ambil makanan yang mana Seri Wangi jarang makan.
Wajah-Wajah Happy Selepas Berbuka |
Untuk Keterangan Lanjut Tentang Perkhidmatan, Promosi dan Pakej-Pakej Lain Boleh Hubungi:
En. Azli bin Ariffin
Pengurus Jualan & Pemasaran
Kuala International Hotel
Lorong Haji Hussein 2
Off Jalan Raja Muda Abdul Aziz
50300 Kuala Lumpur
Tel: 019-3822100
Social Media
Website: KL International Hotel
Facebook: Kuala Lumpur International Hotel
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Thak You For Your Comment