`HANBOK` Korean traditional costume |
ANNYEONG HASEYO
Entry kali ni Seri Wangi nak cerita pasal Korea Plaza, rasanya ramai yang tidak tau wujudnya Korea Plaza di Kuala Lumpur kecuali orang yang biasa melancong ke Korea untuk mendapatkan maklumat tentang destinasi ke Korea, Travel Guide dan Discount Coupon yang paling penting jika uoll nak travel ke Korea. Seri Wangi pun baru tau bila terbaca laman web http://www.visitkorea.com.my/ di fb.
KOREA PLAZA |
Oleh sebab ianya terlindung dengan pintu masuk ke ruang tengah Bangunan Hap Seng memang kita tidak perasan, Akhirnya jumpa jugak Korea Plaza, lega rasanya bila dah jumpa, nak belajar masakan Korea punya pasal gigihlah juga berusaha mencari tempatnya. Seri Wangi sampai awal dan terus daftar kat kaunter di situ. Class masakan bermula pukul 2pm Seri Wangi cuma nampak dua tiga orang saja. Jadi sebelum itu Seri Wangi sempatlah meninjau-ninjau dalam Plaza Korea yang tak seberapa besar tapi mencukupi untuk mengendalikan aktiviti-akitiviti yang pihak Korea Tourism Organization (KTO) anjurkan untuk promote produk pelancongan di Malaysia.
Kalau nak tau selain KTO juga adakan class-class percuma seperti Cooking Class, Korean Language Class, Kpop Dancing Class, Beauty Workshop dan macam-macam lagi dan rasanya Seri Wangi ada juga berminat nak masuk Class Bahasa Korea tu sebab Seri Wangi memang peminat drama Korea heeee..tapi sebelum tu kita kenalah jadi ahli #Kaki Korea Club (KKC) percuma jer...rugi rasanya sapa yang tak join. Selain dari itu kita juga berpeluang mengenakan Baju Tradisional Korean Dress "HANBOK", Seri Wangi apalagi siap selfie dengan "Hanbok". Sesiapa yang nak pergi melancong ke Korea Seri Wangi nasihatkan pergilah singgah kat Korea Plaza ni untuk mendapatkan info-info terkini tentang Korea, nasihat dan pakej-pakej yang menarik di sini.
Hot and Spicy Rice Cake (Ddeokbokki)
Sauteed Spinach and Mushroom
Chef Madam Shin |
Untuk maklumat lanjut boleh hubungi:
Korea Plaza (Tourist Information)
Ground Floor, Menara Hap Seng
Jalan P. Ramlee
50250 Kuala Lumpur.
Tel: 03-20722515
03-21439000 (office)
Woah. I have never heard about the korea plaza. But it seems funs with so many interesting activities.
BalasPadamYes...you also can learn Kpop dancing maaa
PadamSalam Kak Halimah! Datang la lagi KTO. InshaAllah kita jumpa lagi
BalasPadamyer..klu panjang umur jpa lg
PadamYes...better go to Korea Plaza byk yg best
BalasPadamIt's Good to Learn English while taking a cooking course to enhance ability to explain what you Learn to anyone even foreigners
BalasPadamI have been there. a nice place for ppl to know more abt Korea
BalasPadamWaa bestnya dapat kenal banyak informasi tentang Korea! The next country I plan to go =)
BalasPadamYes...better you pg Korea Plaza for more information
PadamI also want try to learn korean language.
BalasPadamDdeokbokki, I like it.
Joanne now class session is from 10 Jan until 16 May 17 after that mybe you can stat register.
PadamI like korea food!! Anyway you look cute when you wear hanbook
BalasPadamthank you Kelly
Padam