LAZATNYA SANDWICH EXPRESS DI SUNWAY PYRAMID - KEUNGGULAN WANITA LIFESTYLE AUTHOR TRAVEL BLOG

Sabtu, 20 Mei 2017

LAZATNYA SANDWICH EXPRESS DI SUNWAY PYRAMID


Sandwich Express Sunway Pyramid
Assalamualaikum dan salam sejahtera to my readers,


Seri Wangi dah lama tidak ke Sunway Pyramid, petang tu kawan Seri Wangi Rohani mengajak Seri Wangi ke Sunway Pyramid jalan-jalan cari makan dan bershopping, konon nak cuci-cuci mata cari baju untuk anak daranya yang dua orang tu. Seronok juga round-round satu Sunway Pyramid yang sudah banyak perubahan dan kedai-kedai untuk kita sekeluarga membeli-belah pun banyak pilihan dan taman-taman permainan kanak-kanak pun ada,

Bila dah penat and lapar, mulalah nak cari tempat makan. Seri Wangi lebih suka makan yang ringkas-ringkas saja tapi mengenyangkan. Seri Wangi dan kawan pergi ke tingkat atas berdekatan panggung wayang TGV, kat situ banyak kiosk-kiosk makanan yang kita boleh pilih untuk menjamu selera. Last kami nampak kiosk SANDWICH EXPRESS yang terletak sama level dengan MAXIS di tingkat 1. Kiosk SANDWICH EXPRESS cuma sebuah kiosk kecil saja, kita boleh makan di situ ataupun tapau...! Apalagi Seri Wangi ajak kawan mencuba rasa sandwich yang buat pertama kali Seri Wangi nak makan, kalau tengok memang sedap dan menyelerakan serta yang penting berkhasiat.

Firstly....Seri Wangi diberitahu kita boleh buat pilihan semasa order sandwich tu. Wah...blurr..tengok macam-macam yang kita boleh pilih ikut selera kita dan yang mana kita suka. Nanti dia orang akan terangkan apa yang perlu dan sesuai untuk kita padankan dengan sandwich yang kita nak makan.

No. 1 :  Roti dan No 2 : Sandwich yang kita suka



No. 3: Pilih ONS


No. 4: Sayur-Sayuran



No. 5: Pilih Sauce


No. 6: Pilih Minuman nanti tercekik pulak


Kalau tengok gambar roti tu macam kecik jer...sebenarnya satu roti yang kita pilih boleh dimakan 2/3 orang. Seri Wangi dan kawan pilih Sandwich kesukaan masing-masing, potong 2 dan share jadi boleh sama-sama rasa, jadinya....kami makan satu roti...wah....boleh habis tau....sebab kelaparan tak makan lagi masa sibuk bershopping. Seri Wangi pilih Turkey Slice dan Salad yang boleh ditambah macam-macam jenis kekacang untuk tapau bawak balik rumah , Kawan pilih Roasted Chicken dan Club Sandwich untuk tapau juga.


Salad


Roasted Chicken







Club Sandwich



Wah.....kenyang betul....Seri Wangi dan kawan Rohani elak besar sebab kami boleh habiskan satu Sandwich Express bukannya apa sebab sedap sangat hingga menjilat jari. Lain kali kami akan datang lagi makan kat sini bila nak tengok wayang pulak...!







Kalau nak rasa Sandwich Express ni jom singgah Kiosk-Kiosk Sandwich Express:

Sunway Pyramid
Unit F1.58F Level 1
Sunway Pyramid
Shopping Mall

KLCC
Stall 19 Rasa Food Arena
Level 4, Suria KLCC
Kuala Lumpur


10 ulasan:

  1. Macam menarik je ni. Nanti ke Sunway boleh la mencuba.

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang pun menarik dan seap...l blh hbskan satu roti panjang..haa

      Padam
  2. Roasted Chicken so tempting. Will try it out this weekend.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Roasted Chicken memang sedap, l amik Turkey slice and kawan I amik Roasted Chicken..dua2 pun sedap..

      Padam
  3. wah.. tengok gambar je dah rasa lapar satu macam.. sedapnya lah rasa.. nyum2.. teringin..

    BalasPadam
    Balasan
    1. sedap tu...lps shopping/tgk wayang blh singgah mkn kat Sandwich Express

      Padam
  4. I love a good sandwich meal. Looks very tasty.

    BalasPadam
  5. I suka sangat makan sandwich besar macam ni. Di sini ada banyak combinations. Will drop by one day!

    BalasPadam
  6. Now I have another choice other than subway.

    BalasPadam

Thak You For Your Comment