MENJAMU SELERA DI MUHIBBAH MAKAN PLACE, PLAZA ALAM SENTRAL, SHAH ALAM - KEUNGGULAN WANITA LIFESTYLE AUTHOR TRAVEL BLOG

Jumaat, 28 April 2017

MENJAMU SELERA DI MUHIBBAH MAKAN PLACE, PLAZA ALAM SENTRAL, SHAH ALAM

FOOD COURT MUHIBBAH MAKAN PLACE

Salam Pembaca Budiman,


Entry Seri Wangi kali ini kita cerita pasal makan-makan. Sapa yang tak suka makan kan? Seri Wangi mendapat jemputan untuk Majlis Perasmian Medan Selera Makan Place, Food Court yang baru dibuka di Plaza Alam Sentral, Shah Alam. Food Court tersebut terletak di Tingkat 5, suasananya sangat nyaman, luas dan cantik. Food Court tersebut dikendalikan oleh Chef terkenal dan berpengalaman iaitu Chef Wan dan Chef Bala yang telah menceburi dalam bidang pemakanan serta katering, Berpengetahuan selama 25 tahun dalam perniagaan tesebut untuk majlis korporat, majlis perkahwinan dan food court serta mempunyao seramai 3000 orang pekerja dan mempunyai centre kitchen di Ampang, Multiple Corporate Kitchen dan Commercial Office di Puchong.

Chef Wan dan Chef Bala

Pemandangan Plaza Alam Sentral dari Tkt 5

Majlis tersebut dihiburkan oleh Siti Aishah dan Maulana dari Akademik Fantasia serta Chef jemputan Masterchef Fame, Abang Joe. Pada majlis tersebut Muhibbah Makan Place telah memberi makanan dan minuman percuma kepada pelanggan yang datang dan makan di Plaza Alam Sentral sempena perasmian medan selera mereka. Sememangnya Seri Wangilah yang paling gembira kerana dapat goodies dan hamper yangmana banyak aktiviti-aktiviti yang happening semasa majlis tersebut. Siti Aishah yang comel, cantik dan bersuara merdu sangat peramah dan mesra melayan peminat-peminatnya yang hadir dan begitu juga Maulana yang bergandingan dengan Siti Aishah menghiburkan peminat di Majlis tersebut.










Seri Wangi tak sabar nak menjamu selera, perut pun dah lapar, sambil berhibur sambil makan-makan. Kami yang hadir dilayan dengan istimewa sekali dimana kami boleh order apa saja menu yang diberikan. Lama juga fikir nak makan apa, semuanya sedap-sedap belaka. Seri Wangi dan kawan Rohani hanya tersenyum fikir nak makan apa...blurr sekejap. Las Seri Wangi order Nasi Kukus Pandan Ayam Goreng Berempah dan kawan Seri Wangi Sizzling Lamb Rice with Egg dan order lagi selepas habis makan nasi kukus tadi.  Kawan-kawan yg=ang lain ada yang order Roast Chiken Rice, Asam Laksa, Curry Laksa, Maggi Kari Ketam dan banyak lagi.





Seri Wangi tengok menu yang diberikan memang blurr nak makan dan order semuanya sedap belaka belum lagi makan satay dan kambing panggang yang disediakan, pastinya berebut orang beratur.

Sambil itu Seri Wangi pusing-pusing tengok suasana di kawasan Food Court tersebut, ramainya orang. Ada beberapa stall di Food Court Muhibbah Makan Place seperti Hot Plat, Hot Wok, Thai Food, Curry, Laksa, Chiken Rice dan Minuman.







Seri Wangi rasa bertuah dapat jemputan dari Muhibbah Makan Place sebab dapat merasa makan yang sedap dan lazat kalau panjang umur Seri Wangi akan datang lagi di sini untuk berbuka di bulan Ramadhan pulak. Kalau dapat jemputan lagi lagi bagus heee...

Jom jalan-jalan cari makan di Muhibbah Makan Place, Tkt 5, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, Selangor.

4 ulasan:

  1. Bestnya! Looks like you had a great time dining at Muhibbah Makan Place. Will drop by when i have the time :D

    BalasPadam
  2. looks like nice place to eat.
    the day was busy with son's tuition, shall take time to go visit there.

    BalasPadam

Thak You For Your Comment