Penjagaan dalam pantang mestilah kita perlu ambil berat jangan sekali-kali kita abaikan dan malas mempraktikkannya. Saya tahu ramai ibu-ibu muda sekarang ini tidak begitu menjaga diri ketika dalam pantang kecuali jka mereka dijaga oleh orang tua. Waktu ini ramai ibu-ibu yang bekerja dan mempunyai anak-anak yang bersekolah dan mereka tidak dapat balik ke kampung dan juga terpaksa menjaga diri sendiri ketika dalam pantang. Oleh itu, ramai di antara ibu-ibu muda tidak begitu menitikberat akan diri sendiri ketika di dalam pantang. Mereka tidak tahu bahawa ketika dalam pantanglah kita boleh berehat, diet dalam pemakanan dan menjaga diri dan anak agar sentiasa sihat.
Sebagai Tukang Urut Tradisional untuk ibu-ibu selepas bersalin, di sini saya ingin memberi tip-tip dalam penjagaan Rahim yang kebanyakkan ibu-ibu muda sekarang kurang memberi tumpuan, mereka tidak tahu bahawa penjagaan rahim sangatlah penting untuk kesihatan dan juga perhubungan kelamin antara suami dan isteri. Sekiranya rahim kita tidak dijaga dengan baik ianya akan memudaratkan diri kita sendiri. Apabila rahim kita kendur dan jatuh maka kesakitam di bahagiam bawah amatlah sakit dan menganggu kesihatan kita dan hubungan kelamin bersama suami juga terganggu.
Rahim Kendur |
Buat Senaman
Menaikkan Rahim
Kalau tak ada masa nak buat senaman kegel, boleh cuba senaman ini.
1. Tahan nafas
2. Tanpa kecutkan otot perut, kemutkan faraj seperti sedang menahan kencing
3. Kira sampai 10
4. Lepaskan seperti biasa
5. Ulang 25 kali setiap sesi, buat 3 sesi sehari
MERUANG
Rawatan meruang dilakukan setiap kali berhadas besar. Sama ada selepas haid,
kedatangan nifas atau selepas bersama suami. Ni untuk bersihkan faraj dari sisa
darah dan juga air mani. Cara ni lebih sesuai untuk yang dah berkahwin je.
MINUM AIR KUNYIT
Kunyit juga berkhasiat untuk kecantikan dalaman wanita.Fungsinya: mencuci darah dan kekotoran dalaman, kecutkan rahim (bagus untuk kurangkan buncit), kecutkan buasir, kecutkan fibroid, kecutkan semua jenis ketumbuhan dalaman, menyuburkan peranakan, memulihkan luka2 dalaman, naikkan seri muka, buang angin, elakkan tombong atau rahim keluar atau rahim jatuh dan banyak lagi.
BERURUT
Tujuan berurut satu badan dari hujung kepala hingga ke hujung kaki adalah untuk membuang angin, memulihkan badan yang sakit selepas bersalin dan juga untuk naikkan rahim dan betulkan kedudukan rahim
BERTUNGKU
Bertungku adalah amat penting dalam pantang, kita kena rajin bertungku agar rahim cepat kecut dan pulih seperti sedia kala. Caranya dengan memanaskan batu sungai/besi tungku yang biasa digunakan turun temurun oleh ibu-ibu kita dulu-dulu agar rahim kita cepat pulih ke tempat asalnya dan juga dapat mengempiskan perut serta membuang angin. Ianya dilakukan setiap hari pagi/petang hingga habis pantang. Selepas tungku sebelum memakai bengkung perut disapu dengan tapel/limau dan kapur di perut agar cepat kempis dan juga buang lemak.
BERBENGKUNG
Amalan memakai korset atau bengkung juga membantu memulihkan rahim. Dengan pemakaian bengkung, ia mampu menguatkan kembali otot-otot rahim bagi mengelakkan masalah peranakan turun sekiranya kita banyak bergerak terutamanya yang selalu turun-naik tangga. Memakai bengkung hingga paras punggung adalah yang terbaik kerana ianya juga dapat mengawal pergerakan dan juga mengecilkan pinggul.
JAGA PEMAKANAN
Jaga pemakanan
walaupun sudah lepas habis berpantang biasanya dalam 100 hari kita perlu menjaga pemakanan agar kita benar-benar pulih sepenuhnya. Elakkan memakan makanan
sejuk, banyak air dan ais. Lebihkan makan makanan yang segar, air suam dan
pemakanan seimbang.
MAKAN JAMU ATAU SUPPLEMENT
Digalakkan makan jamu
untuk jaga peranakan dan kesihatan organ dalaman wanita. Jamu-jamu tempatan kini banyak dijual di pasaran dan boleh dibeli di kedai-kedai jamu ataupun secara online dan yang pasti pilih yang
halal dan selamat dan ada pengesahah dari KKM.
PRODUK SHAKLEE
Call: 012-2167342 Zaharah
PRODUK SWISDERM
PRODUK SWISDERM - Produk ni sangat bagus untuk kurangkan stretchmark di perut dan juga bisul dengan hanya spray saja ditempat tersebut.
Elakkan Angkat
Benda Berat - Elakkan buat aktiviti
yang terlalu lasak dan angkat benda-benda yang berat.
Hubungi saya jika anda ingin tahu dan musykil akan penjagaan dalam pantang dan tempahan untuk pakej selepas bersalin dan penjagaan dalam pantang: 0163747052
Rindunya nak rasa pengalaman bersalin dan berpantang sekali lagi...dah hampir 12 tahun SA x beranak lagi...haih kena kahwin lagi sekali cepat2 ni...
BalasPadamhaa...kena canang kat fb ni
PadamInfo yng sngt menarik. Sy suka bertungku dan pkai bngkung tu. Rsa mcm nk buat je blik 2 perkara ni wlpn dh hbis pntng
BalasPadamtak semestinya dlm pantang jer baru nak btgku, jika ada masalah peru kembung, rasa sakit di ari2 elok btgku.
PadamNoted. Untuk rujukan masa hadapan. Hehe
BalasPadamer..hingga ke anak cucu
PadamThank you for sharing these information. Very helpful for us. :)
BalasPadamyou welcome
Padamkalau dah buang rahim, boleh ke minum air kunyit ni lagi..
BalasPadamSalam boleh tanya.. awak ada masalah dgn rahim ke
Padamkalau dah buang rahim, boleh ke minum air kunyit ni lagi..
BalasPadamohhh baru tahu senaman kegel tu bagus untuk menaikkan rahim. tq share semua cara ni :D sangat bermanfaat.
BalasPadamYe amat bagus dan kena rajin senaman utk kesihatan diri
Padam