Swimming Abundance and Prosperity Sungei Wang Plaza - KEUNGGULAN WANITA LIFESTYLE AUTHOR TRAVEL BLOG

Isnin, 9 Januari 2017

Swimming Abundance and Prosperity Sungei Wang Plaza



Salam...dapat jemputan ke CNY Grand Launch of Abundance &Prosperity kat Sungei Wang Plaza, Bukit Bintang, KL pada hari Sabtu 7hb Jan 2017 jam 12.00 untuk sambutan Chinese New Year pada 28 Jan 2017 tahun ni Tahun Ayam (Rooster). Aku pulak tahun Anjing (1958) heee..dapatlah merasa tengok acara suasana  sambutan orang China di Sungei  Wang Plaza. Bila melangkah masuk masuk kat Atrium tu nampaklah pentas kecil berhiaskan bunga Lotus dan sembilan ikan Koi yang sedang berenang ke pintu gerbang naga simbol kepimpinan yang membawa kejayaan kepada peniaga dan penyewa  dalam menyambut tahun baru. Kalau you all nak tau No 9 dan bunga Lotus (teratai) adalah simbul kemakmuran dan Ikan Koi pula dipercayai dapat memberi kekayaan yang melimpah ruah untuk semua dalam menyambut Tahun Baru China. Juga Hiasa Gantungan Tanglung warna merah dan Ikan Koi dapat memberi suasana ceria kepada peniaga dan pelanggan dalam dalam menyambut hari perayaan.



Acara Grand Launch Of Abundance and Prosperity

Firstly kena daftar dulu nama and dapatlah satu gift bag yang semestinya goodies CNY iaitu sampul angpau, kelender meja, buah limau, hiasan tanglong, voucher Korean Ice cream, jadimapa tunggu lagi aku terus tebus nak rasa sedap tak ice creamnya...hmmm...memang pun sedap.Sebelum menunggu acara dimulakan aku sempatlah berselfie dan round amik gambar peniaga-peniaga di sekitar Concourse Level Sungei Wang Plaza yang nampak meriah sekali sambutan pengunjung di situ.

Lukisan Kaligraf China "Koi Fish"berukuran 8 kaki



















Sementara acara dimulakan pada pukul 1.00 pm orang ramai dah mula berkumpul dan disediakan juadah ringan yang semestinya halal, kenyang jugalah makan sambil berkenalan dengan kawan-kawan yang hadir dan sempat selfie lagi.







Jam 1.30 acara pembukaan dimulakan dengan kehadiran Master Pang Hentg Khan pelukis Kaligraf yang melukis Koi Fish Feng Shui berukuran 8 kaki sambil dipersembahkan dengan Acrobatic Malaysia Lion Dance Champion, Kwong Ngai Lion Dance yang paling hebat dan menghiburkan para tetamu yang hadir. Aku lagilah gembira dapat melihat dari dekat persembahan mereka dan setiap tetamu diberi sebiji buah limau dan juga kehadiran Maskot yang membawa duit emas (coklat) melambangkan kekayaan untuk para tetamu.





Setelah selesai persembahan Lion Dance acara dimulakan dengan kata-kata aluan dari Ms Yuen May Chee Complex Manager Sungei Wang Plaza, setelah selesai ucapan perasmian Abundance and Prosperity dirasmikan bersama Mr Joseph Teo, Head of Marketing Communication dan jemputan khas Major (H) David Teo, Director Silver dan juga pelakon-pelakon "Love From Kampung" Jack, Jeff, Beauty, Bernard, Emily, January, Fancy, Bosvin and Juztin. Kemudian acara diteruskan dengan penampilan dari pelakon-pelakon "Love From Kampung" untuk sesi temua bual bersama tetamu dan sesi bergambar.




Dah selesai para tetamu diajak bersama melakukan Yee Sang Tossing Ceremony bersama pelakon=pelakon dan para jemputan yang hadir termasuklah aku sekali yang tidak pernah melihat Yee Sang dilakukan. Kemudian siaran video Rumah Victory Elderly Home dan pemberian cendermata Koi Fish FengShui Painting -Master Pang kepada Rumah Victory Elderly Home dan cenderhati untuk dari mereka pula untuk Master Pand dan Sungei Wang Plaza.



Yee Sang

 CSR Proggram

CSR Programme - Abundance of LOve for Rumah Victory Elderly Home, representative from Star Cruises, MIG, SCCA, Shaolin GC Academy, Yites, Viralcham, Symbol Jewels and Youth Dreams. Pada 27 Dis 2016 Sungei Wang Plaza management, SCCA dan MIG celebrities melawat Rumah Victory Elderly Home untuk membersih dan menghias sempena sambutan Chinese New Year, service memotong rambut untuk orang-orang tua dan acara "yee sang" dan "tong yuen" bersama-sama pihak penaja dan celebrities. Dan macam-macam lagi aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh pihak Sungei Wang Plaza dari 1 Jan hingga  22 Jan 2017 seperti Chinese New Year Singing Competition, Chinese Cultural Talent Competition, Creative YuSheng Competition, Art & Craft Worshop dan ll.

Untuk keterangan lanjut bolehlah layari:



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Thak You For Your Comment