Seri Wangi sudah lama buat perkhidmatan urut bersalin tapi belum lagi hebahkan dalam blog seri wangi ni, sekarang sri wangi rasa perlu tulis dalam blog ni sebab sekarang susah nak cari tukang urut. Seri wangi buat pakej urut bersalin untuk ibu-ibu yang tinggal di sekitar Kuala Lumpur dan yang dekat dengan kawasan Seri Wangi tinggal di Sungai Buloh. Seri Wangi akan pergi ke rumah pelanggan jadi usah risau kalau pelanggan tidak dapat ambil seri wangi di tempat tinggal seri wangi jika jauh. Call saja nanti boleh bincangkan pertemuan dan cara seri wangi ke rumah pelanggan. Seri wangi juga pergi di kawasan Pucong, Shah Alam dan Klang, itu boleh dirundingkan. Pakej urutan selama 3 hari kalau nak lebih pun boleh. Pakej termasuk urutan badan, bertungku dan berbengkung dan mandi babya. Talipon Seri Wangi untuk tempahan dan juga jika ada masalah semasa mengandung dan berpantang. Seri Wangi juga ada ambil pakej untuk penjagaan ibu dalam pantang, ini perlu dirundingkan dulu. Tel: 016-3747052.
URUTAN BADAN
Urutan seluruh badan untuk buang angin, pulihkan kembali tenaga, sakit-sakit badan selepas melahirkan, betulkan urat saraf yang kembang dan urutan kepala dan tapak kaki dan sengkak peranakan.
Setelah berurut seluruh badan, Seri Wangi akan bakar tungku untuk tungku di perut dan badan. Bertungku di perut untuk pulihkan tempat peranakan kita agar cepat kecut dan darah kotor cepat keluar. Bertungku seelok-eloknya dibuat hari-hari hingga habis pantang agar perut cepat kempis dan ramping kembali.
Setelah selesai bertungku barulah Seri Wangi pakaikan bengkung tetapi sebelum berbengkung kenalah sapu dulu dulu kapur sireh+limau nipis/tapel/krim halia di perut agar perut cepat kempis dan peranakan cepat kecut, kalau rajin berbengkung dari pagi hingga ke malam selama berpantang, pasti perut akan cepat kempis dan pinggang kembali.
Pilis dan Param
Setelah semuanya selesai barulah pakai pilis di dahi untuk hindarkan pening kepala atau gelap mata. Sapukan seluruh badan dengan param agar badan tidak masuk angin. Ibu-ibu digalakkan memakai baju lengan panjang dan stokin dalam masa berpantang agar tidak masuk angin.
BERTANGAS
Bertangas ni untuk membersih alat virgina kita agar bersih dan tidak berbau ketika dalam pantang dan memulihkan luka jahitan.
Gambar Hiasan - Bertangas |
Makanan yang perlu dielakkan dan yang boleh dimakan
Set Jamu Bersalin
Di sini Seri Wangi syorkan set-set bersalin yang biasa pelanggan beli, semua terbaik dan kita kenalah rajin makan jamu untuk pulihkan badan dan jangan malas amalkan jamu tersebut sepanjang dalam berpantang. Kalau malas nanti badan kita cepat terkena sakit sendi dan peranakan kita akan mengalami masalah seperti peranakan cepat turun, perut buncit dan ikutlah cara orang kampung berpantang.
Set Bersalin Anugerah |
Set Jamu Mak Dara |
Set Jamu Salidah |
Set Jamu Sendayu Tinggi |
Set Jamu AMWAY |
Set Jamu NR
PRODUK UNTUK LUARAN
|
SWISDERM adalah produk terbaik yang pernah Seri Wangi guna terutamanya untuk menyembuhkan luka-luka, parut, terkena air panas, minyak panas, bekas bisul jika disapu dengan cream swisderm ni ianya akan cepat kering dan menghilangkan bekas parut bisul dan juga scratchmark di perut mungkin akan berkurangan sekiranya bekas tersebut banyak dan tebal mungkin memakan masa untuk hilang atapun berkurangan. Jika ada kemushkilan bolehlah berhubung dengan Seri Wangi.
Untuk maklumat lanjut dan tempahan
pakej bersalin
Tel: 016-3747052
Great Post. Lovely Blog. I am really loving your blog.
BalasPadamI am following your blog. pls follow back,xxx
My blog new post click & comment
thank you
PadamLepas bersalin mesti nak kena urut badan dalam tempoh pantang .. badan nak pakai lama. Pada ibu yang pertama kali bersalin, jaga pantang dengan betul ya!
BalasPadamBetul tu jgn mls jaga bdn dlm pantang tak kiralah anak dah brpa orang
Padamdone folo ur blog :)
BalasPadamalang2 dah join comment program ni :)
terbaik.
mesti berurut lepas bersalin.
melegakan. menyihatkan.
3 kali or lebih. best nyer!
now pun, sekali dlm 2 bulan pasti aida akan pergi berurut.
meleraikan urat2 yg bersimpul :)
Betul tu bagus berurut utk perjalannan darah
PadamTercari-cari kat mana harga pakej berpantang rupanya kena terus call dan whatsapp ya hehe okay boleh survey nanti :)
BalasPadamHaaa..call ajer no problem
Padambertangas tu memang best, kalau rasa badan lemau banyak angin, period pun tak okay memang bertangas lah jawabnya. Bertungku bila period datang senggugut. Selesa je tidur
BalasPadamWah complete semua servis dari urut sampai tangas. Servis terbaik dari serai wangi. Mereka yg duduk berdekatan boleh laaa cuba khidmat serai wangi ni ya
BalasPadamWah. Berapa ni pakej ? Kalau mengurut utk ibu yang sizer ada tak? Contoh selepas 1 tahun, nak urut boleh ? Ingat nak hantar bini la. Lama tak mengurut. Rawang cover?
BalasPadamRawang kat mana?Call/wssap nti kak bg detail
PadamBanyak juga pantang larang orang baru lepas bersalin ni hehehe kita baru tahu ilmu berguna mana tahu satu hari nanti akan dapat anak dan masa tu suami kena main peranan untuk jaga isteri berpantang hehehe kena tahu jugakan..
BalasPadamYe maha...kena betul2 ikut pantang tau..bkn saja2 buat syarat pantang tu tanyalah org tua2 kalau dulu2 lg byk pantangnya lgpun blh libatkan nyawa klu tak ikut pantang kalau nasib tak baik
PadamBila tengok entry akak ni kan, rindu pula zaman berpantang. Best dapat tungku, urut dan bengkung tu semua.
BalasPadamPakej² yang akak tawarkan ni memang untuk orang bersalin je ke?
Maksud Ruby, kalau nak urutan tradisonal betulkan urat dan sengkak untuk yang bukan bersalin, available ke kak
Kalau urut biasa pun kak buat kalau Rubiah nak urut blh dtg umah kak kat sg buloh kalau dekat wssap jer
PadamDone follow akak #214
BalasPadamdone follow jgk
Padamwahhh tak tahu pulak seri wangi ada buat pakej urut bersalin. hebatlah seri wangi. saya sangat salute ! bolehlah nanti saya recommend kawan2 sy yang mencari pakej urut bersalin. susah nak jumpa yg betul2 pakar dalam hal nie
BalasPadamKak dah lama buat pakej urut bersalin, skrg buat pakej jaga dlm pantang dan juga urut biasa
PadamBestnya kak seri wangi ada buat servis urutan ni.. Rindunya moment ni semua masa lepas bersalin dulu. Masa ank kedua tak daapt berpantang betul betul. Sebab dia kena kuning/jaundis. Berulang ke klinik je. Dah tak merasa nak bertungku, berbengkung sangat. Kalau la tempat akk dekat dengan saya, memang nak try juga urutan.
BalasPadamAla..syamira boleh jer urut balik kak duk sg buloh sapa2 blh urut utk urut biasa
PadamSaya suka survey pakej camni. Sebab lepas berpantang mesti mencari tukang urut tu. Best kalau dapat teruskan servis macam berpantang. Nanti nak try la kak. hehehe
BalasPadamwah lengkap sungguh pakej seri wangi nie...nanti anak2 berpantang bole jemput seri wangi untuk berurut. Berurut pada orang perempuan tak bersalin tak da ke??
BalasPadamDulu masa bersalin anak pertama tak ada research sangat pasal berurut dan perpantang ni, so buat apa yang tahu je. Ni dah ada pengalaman, anak kedua memang nak berpantang betul-betul. Kalau ikutkan seronok je berpantang ni.
BalasPadamdalam pantang kalau dapat berurut memang sedap sangat.. lega yang tak boleh nak cakap la.. then berlulur, bertanggas lagi.pergghh mmg terbaik. nak jugak la berurut ni..
BalasPadamfuh.. syoknya kalau dalam pantang dapat berurut dengan sampurna.. rasa urat-urat dan otot badan tu segar je kan.. TB tak merasa nak mengurut time berpantang sebab bersalin czer.. nak urut biasa-biasa pun takut.. ada had dia kan.. so.. dah lama sikti baru lah berurut .. tu pun tak boleh mengurut macam orang biasa.. takuttt..
BalasPadam