HALWA BUAH KUNDUR PENAWAR KUNING - KEUNGGULAN WANITA LIFESTYLE AUTHOR TRAVEL BLOG

Jumaat, 26 April 2013

HALWA BUAH KUNDUR PENAWAR KUNING


Baby yang baru lahir senang saja kena demam kuning, kenapa baby senang ke kuning? Kalau nak tahu apa yang Seri Wangi tahu adalah penyebabnya dari ibu itu sendiri. Semasa mengandung ibu-ibu kena jaga pemakanan, elakkan makan asam-asan kecut, apa jenis asam pun kecuali makan buah segar. Kekacang pun kalau boleh dielakkan sebab kacang-kacang putih yang dijual oleh mamak kacang putih ada juga bahan kimia, asam jeruk lagi tidak bagus dimakan. Jadi ibu-ibu kenalah makan makanan yang berkhasiat.

Lagi satu elakkan baby dari benda-benda kuning seperti baju, cadar baby, bantal dan apa saja janganlah berwarna kuning.  Petua untuk demam kuning ni banyak tetapi Seri Wangi tulis dua jenis je iaitu Halwa Buah kundur, rasanya semua tahu kan? Senan je caranya ambil dua atau tiga ketul halwa buah kundur diremdam dalam air panas kemudian bagi baby minum dalam satu atau dua sudu. Lagi satu selepas bersalin dalam seminggu jangan lagi makan jamu kerana jamu panas jadi baby senang kena kuning. Bila baby sudah okey baru boleh makan jamu, terutamanya rempah jamu. Seri Wangi lebih suka minum akar kayu kerana lebih mujarab untuk ibu-ibu lerpas bersalin.


Daun dukung anak rasanya tentu ibu-ibu perasaan kan? Pokok ni memang banyak tumbuh di tepi-tepi semak, tepi longkang, pasu bunga. Ini juga penawar kuning. Daun ini diambil satu pokok dibersihkan kemudian direbus. Air rebusannya dibuat mandi untuk baby. Mandi pada waktu pagi dan petang, tak payah bilas. Insyaallah apa yang ibu-ibu usahakan pasti berjaya.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Thak You For Your Comment