|
lepas penat tarik tali kapallayar |
|
Masing-masing ada tugas |
|
Sentiasa senyum walaupun penat |
|
Sempat posing di atas kapal
|
Seronoknya Seri Wangi pergi berkursus di atas Kapal Layar KLD Tunas Samudera selama 5 hari. Semasa memohon kursus BI ni dalam kepala ingatkan kami berlajar BI dalam kapal besar dan selesa. Tapi.....bila sampai kat Lumut, Perak.....akhirnya terjawab yang kami kena naik Kapal Layar yang kecil khas untuk latihan. Bayangkan kami makcik-makcik yang dah berusia 50 an naik Kapal Layar Tunas Samudera ni. Nak tergelak pun ada sebab langsung tak ada kursus BI cuma arahan dari Kapt Kapal semua dalam BI.
|
Peserta Kursus kena naik tiang ni. |
|
Muka pun hitam kerana berjemur |
|
Sempit kena naik tangga |
Namun begitu banyak kenangan yang tidakdapat dilupakan kerana dapat merasakan pengalaman anak-anak kapal Tunas Samudera bekerja dengan susah payah. Kalau nak tau semasa kapal tengah belayardi tengah laut kami semua dinasihat tidak membazir air dan kalau boleh jangan mandi kecuali bila kapal dah mendarat. Bayangkan anak-anak kapal memang tak mandi. Tempat tidur kabin pun sempit dan begitu juga dengan dapurnya tapi masakan memang sedap. Seri wangi merasa juga mengemudi kapal semasa bertugas malam dari jam 1200 malam hingga pukul 4.00 pagi. Banyak aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan ketika berada di atas kapal.
Semasa berada di atas kapal yang berlayar dariLumut ke Langkawi keadaan laut sangat tenang dan tidak bergelora. Kami semua bernasib baik kerana tidak mabuk laut sebab laut ketika tidaklah bergelora dan cuaca pula panas terik. Seri Wangi ucapkan ribuan terima kasih kepada Co dan anak-anak kapal KLD Tunas Samudera yang baik hati dan melayan kerenah-kerenah makcik-makcik yang pelbagai ragam. Kalau nak tau seri wangi sempat juga mengurut kekawan di atas kapal dan upahnya seri wangi minta coklat yang nanti mereka beli di Langkawi, mewah gitu seri wangi bawa balik coklat untuk anak-anak. Kekawan yang lain shopping sakan kat pekan Kuah sampai tak muat bas dibuatnya. Seri wangi tak suka sangat shopping dan beli pinggan mangkuk kat sana sebab susah nak bawa naik feri.
|
Lega.....kursus dah tamat
|
|
Sempat posing dengan minah arab |
|
Jangan jelous rumah Biru jadi Johan |
|
seri wangi tidur tkt 2
|
Selepas habis kursus seri wangi demam seminggu kerana beralih angin...nak tau walaupun dah berada di atas daratan terasa lagi macam berada didalam kapal yang beralun sebab semasa sembahyang badan ni kena kontrol takut jatuh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Thak You For Your Comment