BELAJAR BUAT CHEESE KEK DAN KUIH CAKOI - KEUNGGULAN WANITA LIFESTYLE AUTHOR TRAVEL BLOG

Rabu, 4 Julai 2012

BELAJAR BUAT CHEESE KEK DAN KUIH CAKOI



Seronoknya dapat belajar buat kek karot, cheese, kuih donat apple dan yang paling best belajar buat kuih cakoi. dari chef Salleh yang banyakbagi petua dan kelakar. Kursus Bakeri ni anjuran PPWN.

cheese kek

Bahan:

1.  Cream cheese           -  250gm
2.  Gula castor                - 200 gm
3.  Telur                         -  8 biji
4.  Wipping cream         - 250ml
5.  Biskut Merry/Oreo  -  secukupnya
6.  Mentega dicairkan  -  secukupnya

Cara:

1.  Sapukan loyang dengan mentega.

2.  Untuk bahagian bawah kek:  campurkan biskut merry yang telah dihancur bersama mentega yang telah dicairkan. Tekan dengan padat campuran biskut tadi  hingga mampat pada dasar loyang pembakar.

3.  Pukul cream cheese dan gula hingga sebati. Masukkan telur sedekit demi sedikit. Pukul pula wipping cream hingga kembang kemudian masukkan wipping cream ke dalam adunan cheese tadi, pukul hingga sebati.

4.  Tuang adunan ke dalam loyang yang di alas dengan kertas foil agar tidak melekat kemudian dibakar pada suhu 160C selama 30-40 minit. Semasa membakar di dalam ketuhar, loyang di letakkan pada alas dulang pembakar yang ditaruh air. 


5.  Apabila kek dah masak, sejukkan dulu sebelum disimpan ke dalam peti sejuk.





Kek Karot dan cheese kek

1 ulasan:

Thak You For Your Comment