KHASIAT GARAM KASAR - KEUNGGULAN WANITA LIFESTYLE AUTHOR TRAVEL BLOG

Ahad, 4 Disember 2011

KHASIAT GARAM KASAR


Garam kasar sebenarnya banyak khasiatnya, antara garam halus dan garam kasar, garam kasar lagi bagus digunakan dalam masakan daripada garam halus kerana garam kasar banyak khasiatnya dan sedap. Seri wangi galakkan agar suri rumah menggunakan kasar kasar.

Selain garam kasar digunakan untuk masakan, garam kasar juga mempunyai khasiat dari segi kesihatan. Ianya uga berguna untuk membuang angin dalam badan, meredakan bengkak-bengkak akibat terseliuh, jatuh, hilangkan lenguh-lenguh badan, hilangkan sakit kembung perut terutamanya baby, bertungku di perut untuk perempuan dalam badan sekiranya tiada batu untuk bertungku. Selain itu juga bolih menghilangkan sakit kepala, kempiskan perut,sengugut dan juga ghout. Paling berguna ialah orang yang stroke/lumpuh namun begitu kita kenalah rajin berusaha mempraktikkannya setiap hari agar penyakit cepat sembuh.

Cara menggunakan garan kasar untuk perubatan seperti yang seri wangi sebutkan itu adalah dengan cara menggoreng garam kasar tersebut dalam kuali (sangai) hingga panas, garam mengikut banyak mana yang kita hendak gunakan, biasa seri wangi beli garam timbang dalam rm1.00 saja. Goreng garam biar betul-betul panas kemudian bungkus garam tadi dalam kain atau uncang untuk dibuat tungku seperti tungku orang berpantang. Kemudian demah pada bahagian yang sakit/bengkak, buatlah setiap hari sehingga sakit/bengkak kurang. Oh ya lupalah pulak, bagi orang berpantang sekiranya tidak ada batu tungku, bolehlah guna cara ini untuk tungku perut dan badan.

Sekiranya mahu menghilangkan lenguh satu badan, seri wangi sarankan beli dalam 5 kilo garam. goreng hingga panas dan masukkan dalam sarung bantal yang tidak digunakan lagi, baring di atasnya tetapi sebelum itu alaskan dulu dengan kain lain agar tidak terasa panas apabila berbaring di atasnya, selimut satu badan biarkan berpeluh dan hingga garam sejuk, selepas itu minum segelas air. Cara ini juga berguna untuk orang yang selalu sakit pinggang, sakit belakang dan stroke.

Untuk menghilangkan sakit kaki/lenguh tapak kaki, panaskan air kemudian masukkan garam dalam besen yang berisi air suam kemudian rendamkan kaki dan ianya dapat melegakan sakit kaki dan melembutkan tumit.

Untuk cuci perut pula ambil sebutir besar garam jantan dan masukkan dalam segelas air kemudian diminum di sebelah pagi, sangat elok untuk orang lelaki.  Selamat Mencuba jangan malas-malas nak jaga kesihatan.....

9 ulasan:

  1. Tak kisah asalkan garam kasar, elok beli yang timbang.

    BalasPadam
  2. bp kilogram garam yg perlu dbncuh dengan iar suam utk hilangkan lenguh? berape nisbah air:garam

    BalasPadam
    Balasan
    1. dalam satu cawan dan bancuh dalam besen sebelum merendam kaki

      Padam
  3. Nk try.very simple n practical.tengkiu.

    BalasPadam
  4. Kalau untuk kempiskan perut tu tungku garan ats perut ye??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau rajin buat insyaalah...tungkun satu badang pun bagus utk buang angin

      Padam

Thak You For Your Comment