KEPERLUAN IBU BERSALIN UNTUK DI BAWA KE HOSPITAL - KEUNGGULAN WANITA LIFESTYLE AUTHOR TRAVEL BLOG

Isnin, 28 Mac 2011

KEPERLUAN IBU BERSALIN UNTUK DI BAWA KE HOSPITAL

Seri wangi nak bagi tau kepada ibu-ibu muda yang akan melahirkan anak pertama persediaan yang perlu dibawa  ke hospital kerajaan. Persediaan untuk baby dan ibu kerana bukannya semua yang tau apa yang harus dilakukan sebab ibu-ibu muda yang tinggal di bandar jauh dari ibubapa dan kadang-kala terpaksa menguruskan diri sendiri. Buat ibu-ibu yang buntu di sini seri wangi nak bagi tau sedikit-sebanyak apa yang mesti dibawa semasa tiba waktunya hendak bersalin.

Persediaan untuk baby

*   Baju/seluar panjang baby -  6 helai
*   Barut baby - 6 helai
*   Sarung tangan/setokin baby -  6 pasang
*   Topi Baby/Penutup kepala -  2 
*   Tuala mandi baby - 1 helai
*   Pampas Size kecil  -  4 pack
*   Lampin  -  1 pack
*   Blanket  -  1 helai
*   Baju sejuk - 2 helai
*   Minyak baby - Minyak Kayu Putih untuk perut
*   Botol susu jika perlu
*   Satu tin susu tepung baby jika perlu
*   Tisu baby
*   Losen/Baby Oil/Shampoo - 1 botol

Persediaan untuk ibu 


*  Baju lengan panjang dan longgar -  5 helai
*  Kain batik    -  5 helai
*  Baju sejuk -  1 helai
*  Stokin tebal dan panjang hingga betis - 2 pasang
*  Tuala mandi - 1 helai
*  Tuala muka/tisu muka
*  Tuala Wanita bertali -  5/6 pack
*  Seluar dalam/seluar dalam pakai buang   -  5/6 helai
*  Baju dalam khas yg boleh dibuka -  5/6 helai
*  Termos Air Panas
*  Air mineral/Susu Tepung/Milo
*  Jus Ole Vera/Jely Gamat diminum selepas bersalin
*  Sadle/selipar
*  Sabun mandi/ubat gigi/berus gigi/bedak/shampoo/cuci muka
*  Bengkung moden selepas bersalin dan berada di hospital

Keperluan Semasa Pendaftaran


*  I/C
*  Kad Kesihatan ibu mengandung
*  Guarantee Letter
*  Kad Insurance jika ada
*  Surat dari majikan jika diperlukan
*  Surat dari hospital/klinik jika ibu mempunyai masalah kesihatan
*  Handphone/charges/duit syilling jika menggunakan telefon awam


Untuk pengetahuan ibu-ibu tanda-tanda datang gesa hendak bersalin biasanya apabila kita terasa semakin kerap sakit setiap 5 minit di pinggang, di ari-air macam segugut, rasa macam nak buang air besar, datang tanda iaitu sewaktu buag air kecil keluar darah bercampur lendir atau ketuban pecah dan keluar banyak air tetapi tidak rasa sakit hendak bersalin cepat-cepatlah ke hospital.

2 ulasan:

Thak You For Your Comment