CERITA KREATIF - KEUNGGULAN WANITA LIFESTYLE AUTHOR TRAVEL BLOG

Khamis, 11 November 2010

CERITA KREATIF


En.Ben...Oh...En. Ben Ashaari. Oh inilah rupa orangnya ye? Barulah Seri Wangi  kenal siapa dia,macam Seri Wangi baru lagi dalam blogger.Tapi....cuba trylah juga buat entry ni nak masuk contest En Ben Ashaari, manalah tau kot menang. Perasan gamaknya Seri Wangi ni...heee.. Lepas tu diberinya gambar-gambar macam ni, kelakar giler..takpelah Seri Wangi cuba je...minta-minta adalah yang rajin mengundi ye..


Seri Wangi tak kisah pun apa yang En Ben Ashaari suruh buat untuk contest ni, lagipun untuk orang baru dalam blogger ni adalah juga bagusnya, kacang je tu..sebab tulah Seri Wangi senyum je..macam si Tommy relex je...duduk bersantai kat atas kusyen tu. Tak de benda nak fikir, macam Seri Wangi ni,yelah...makan, minum semuanya orang tanggung.

Ehehemmm....jangan jealouslah...tengok gigi Seri Wangi yang baru pasang bracers bertatahkan diamond. Cantik tak? Kalau tengok si kambing putih (senyum kambing) ni macam nilah perasaan Seri Wangi yang begitu gembira dapat joint geng blogger. Dari mula Seri Wangi O tak tau apa-apa, sekarang dah pandai buat blog dan web sendiri. Semua tu kenalah belejar sendiri, kata orang blogwalking?.


 Seri Wangi pun macam ni dulu masa baru nak  pandai buat blog tercari-cari otai-otai blogger yang bolih Seri Wangi belajar. Akhirnya Seri Wangi jumpa juga blog otai muda, ni, orangnya handsome dan lagi kacak bergaya. selamma ni cuma dengar namanya je.. Huh....punyalah ranting tinggi dan ramai visitor, tentu En Ben Ashaari ni dah jutawan kan? Macam Seri Wangi ni cuma kaya anak je dan kaya anak kucing kat rumah yang ada 7 ekor semuanya.



Seri Wangi cukup geram giler dengan anak-anak Seri Wangi suka kacau bila Seri Wangi sedang asyik-masyuk tengah sibuk menulis kat blog. Dia orang kata Seri Wangi ni buang masa je. Tapi...Seri Wangi apa-apa hal siapakan keja rumah dulu barulah mengadap laptop ni...itupun berebut-rebut dengan anak-anak nak pakai komputer yang dah ada 3 komputer kat rumah. Dia orang tu lagi buang masa asyik main games DOTA? entahlah Seri Wangi tak taulah apa bendanya, naik rimas dibuatnya,apakan tidak makan minum sampai lupa, mandi pun tidak...geram-geram..!Dia tak tau ke buat blog ni bolih cari duit?.


Haaa....macam nilah kalau anak-anak Seri Wangi semua dah tidor, barulah Seri Wangi happy sikit, bolihlah sambung menulis di blog Seri Wangi. Seronok bila dapat blogwalking kat blog orang lain kita bolih dapat kawan ramai dan visitor pun ramai.


Seri Wangi dah bolih relax....dah nak siap buat entry yang En Ben Ashaari minta, senang hati Seri Wangi sebab mungkin En Ben Ashaari pilih entry Seri Wangi,perasaan heee...!Dulu tak pandai langsung nak buat apa-apa entry, lopong jelah bila ada blog orang lain menang, sekarang ni Seri Wangi dah  bolih tarik nafas lega sebab dah pandai sikit-sikit kerana tidak pernah berputus asa...sekarang kacang je.


Seri Wangi dah habis idea, dah puas fikir tulis blog untuk contest ni, harap-harap menanglah. Kesian kat Seri Wangi yang baru dalam dunia blogger ni, tengok wajah Seri Wangi yang manis ni dah jadi masam...! Tak apalah possing macam ni kira okeylah ni. Dan Seri Wangi harap En. Ben Ashaari pun puas hati dengan penulisaan Seri Wangi ni. En. Ben Ashaari...LU FIKIRLAH SENDIRI...!







3 ulasan:

Thak You For Your Comment