PANTANG LARANG SEMASA MENGANDUNG DAN DALAM PANTANG - KEUNGGULAN WANITA LIFESTYLE AUTHOR TRAVEL BLOG

Jumaat, 15 Oktober 2010

PANTANG LARANG SEMASA MENGANDUNG DAN DALAM PANTANG

Seri Wangi nak nasihat je ni, nasihat orang dulu-dululah, itupun kalau nak ikut atau pun tidak. Seri Wangi tak kisah...! Kadang-kala nasihat orang dulu-dulu ada yang logik dan ada yang tidak, tapi...nasihat orang dulu-dulu banyak kiasan dan kadang kala ada yang logik untuk diikut. Lagipun nasihat ni dari pengalaman Seri Wangi sendirilah...! Biasalah orang muda zaman sekarang mana nak ikut nasihat orang tua-tua, ikut suka hati dia je nak buat apa yg dia suka, ikut kepala dia orang. Lebih-lebih lagi jika nenek kat kampong tu berleter, terus tak nak balik kampong, sakit telinga katanya. Betul tak?

Bab pantang larang semasa mengandung ni banyak, Seri Wangi cerita yang mana bolih jelah. Semasa mengandung bab makanan kenalah jaga, jangan makan makanan asam jeruk yang dijual kat kedai, bahaya untuk kesihatan baby kerana banyak bahan kimia, kacang parang pun tak bolih makan kerana bolih menyebabkan anak kena kuning.,  Pantang larang orang tua-tua lagi...kalau bolih tu sisuami tak digalakkan memancing nanti takut anak mulut sumbing, percaya tak? Kalau nak ikut atau tak nak terpulanglah. Menjahit bantal pun tak bolih, jangan siksa binatang terutamanya kucing, kalau tak suka kucing jangan tendang dia, sepak dia nanti takut Allah balas kena pada anak kita. Percaya tak? Susah juga nak percaya tetapi kawan Seri wangi pernah cerita pasal seorang perempuan yang mengandung tak suka kucing, lalu dia tendang kucing tu, sepak dan pukul sampai kucing tu mati, mata terbeliak, tangan kucing tu hancur dipukul dengan kayu. Nak tau apa cerita selepas dia bersalin? Anak perempuan apabla lahir cacat macam kucing yang dia pukul, badan berbulu, mata terbeliak. Isshh....ngeri dan baby tu meninggal dunia, itu adalah satu pengajaran jangan siksa binatang.


Masa mengandung tu elakkan tengok cerita seram, takut bila kita terperanjat, kenan kat baby dalam perut tu. Lagi satu kalau suami suka masuk hutan memburu, takut kena badi binatang , semasa memotong ikan jangan potong mulutnya itu juga bolih menyebabkan mulut baby sumbing. Percaya tak? Susah nakj kata.Tapi itulah selalunya orang tua-tua nasihatkan kita kalau tak percaya tanyalah nenek kat kampong. Biasalah kita kena ikut nasihat nenek sebab semua itu adalah nasihat yang berguna untuk dijadikan tauladan. Orang mengandung jangan selalu keluar malam-malam takut, masa seri wangi mengandung dulu  mak nasihatkan membawa paku panjang dan diselitkan dikepala untuk mengelakkan benda halus menganggu kita. Sebenarnya semasa mengandung kita kenalah sentiasa menjaga adab, banyak pantang larang utk orang mengandung yang masa sekarang orang dah lupa. Banyakkan baca ayat-ayat suci terutamanya membaca surah Yusuf dan mariam untuk kebaikan baby.

Berbengkung untuk kempiskan perut

Pantang larang untuk orang dalam pantang pula, semasa dalam pantang orang tua-tua marah kalau kita keluar rumah, sidai baju kat luar rumah dilarangnya, jangan terlalu main air takut urat-urat kembang dan sejuk.  Kalau keluar rumah kerana terpaksa eloklah ibu jari kaki tu dikat dengan kain yang sudah dibalu dengan lada hitam yang ditumbuk halus bersama minyak untuk mengelakkan terlangar sesuatu. Nak percaya atau tidak terpulanglah. Sebenarnya orang dlaam pantang wangi kata orang, benda-benda halus memang suka sebab itulah orang-orang tua larang kita keluar rumah, lebih-lebih lagi waktu senja. Takut nanti kena angin meroyan. Nak tau apa dia angin meronyan tu? Kalau ikut sains dan doktor kata histeria kerana pesakit akan meronta-ronta dan menjerit-jerit seperti takutkan sesuatu. Kenalah rajin pakai bengkung dan jangan malas walaupun tidak rasa selesa.

Bila Magrib jangan tinggalkan baby keseorangan

Jadi  kita kenalah jaga betul-betul pemakanan kita semasa dalam pantang, jangan malas makan jamu macam Jamu Mak Dara tu, Sendayu Tinggi ke, jamu HPA atau jamu Warisan...senang nanti kena bentan dan menggigil sebab salah makan. Kalau asyik murung saja dan sedih bolih menyebabkan angin meroyan. Bila kita murung dan sedih senang saja syaitan mengganggu kita dan masa itulah kita bolih terdengar bisikan suara-suara ghaib dan bolih ternampak sesuatu yang menakutkan kadang-kala anak dia sendiri dia nampak macam hantu, itulah sebab ada kes yang bunuh anak sendiri kerana dia ingatkan dia nampak hantu. Jadi para suami iseri wangi nak ingatkan, kita kena sentiasa jaga perasaan isteri dan berikan kasih sayang dan layanan sepenuhnya semasa dalam pantang kerana bukan senang hendak jaga baby semasa dalam pantang. Bukannya semua baby yang elok perangai dan ragamnya. Jadi itu sajalah seri wangi nak cerita sebenarnya banyak lagi cuma kalau nak tau banyak...rajin-rajinlah tanya kat nenek di kampong tu. Percaya tau tidak, nak ikut atau tidak terpulanglah....tapi kebanyakannya sudah jadi kenyataan sebab seri wangi pernah melaluinya dari mengalaman. 


Share




9 ulasan:

  1. banyak juga pantang larang org mengandong yer..

    BalasPadam
  2. seri wangi... rajin tak nak datang urut saya kat lumut?

    BalasPadam
  3. @Makbedhhaaa....kalau sudi jemput serwi kat K.L tak kisah...pun.

    BalasPadam
  4. Pantang masa mengandung.. Si suami jgn dok rajin sgt menukang.. Nanti uri lekat / terkoyak. Bile lekat / terkoyak & tertinggal dlm rahim.. Nurse akan mskkan tgnnya sehingga lbh kurang separuh tgn drp siku. Mcm mangarutkan..

    Dan itu jgk la pengalaman nani yg pertama ketika melahirkan ank yg sulung.. sama ada kebetulan ataupun tidak.. Allah lebih mengetahui..

    (Masa mengandung dok umah mak mentua.. time tu nak besarkan umah mak mentua.. so.. hubby n abg ipar yg dok menukang utk besarkan umah tu.. :) )

    BalasPadam
  5. bab pantang larang ni..jgn percaya sgt..nnt klu percaya boleh membawa kepada syirik.. dosa hukumnya.. bila berbuat sesuatu slalu lah ingat Allah swt.. slalu beristifar..itu yg tebaik..

    BalasPadam
  6. betol ke pntang larang nie???

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terpulang kepada diri masing-masing, biasanya orang tua-tua dulu ada sebab tentang pantang larang ni,lagi pun sri wangi sendiri pernah mengalaminya.Kalau tak percaya tanya pada nenek di kampung mesti banyak ceritanya terutama dalam pantang cuma orang muda zaman sekarang malas nak ikut.

      Padam
  7. Bagi saya, mana yang pantang larang yang tak melanggar syariah Islam, boleh jea ikut.. Yang penting, untuk ibu mengandung dan berpantang, banyakkan baca Al-Quran dan berzikir agar kita sentiasa dipagari dengan ayat-ayat Allah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye betul tu...masa mengandung pun kena jaga pantang larang,,kena rajin berzikir dan baca ayat qursi ketika keluar rumah

      Padam

Thak You For Your Comment